-75-

584 44 4
                                    

Beberapa bulan kemudian,

"Farah, kau ok ke pergi sendiri ni? Yela, biasanye mesti ada sorang dua orang kita yang ikut kau pergi" kata Hantu yang memastikan kembali.

"Takpe, lagipun aku pergi meeting and tinggal dekat rumah Grandpa. Tak perlu la orang tuk jaga aku" kata Farah.

"Betul ke pilihan kau ni? Kenapa aku tak sedap hati pasal perkara ni?" tanya Athirah

"Kau memang selalu tak sedap hati, thirah oiii. Aku janji yang sampai je dekat sana aku akan call korang semua" kata Farah.

'Perhatian kepada penumpang CGD 273, anda diminta untuk naik ke pesawat dengan kadar segera. Pesawat akan berlepas dalam masa 15 minit kemudian'

"Dah, pengumunan dah keluar dah tu. jaga diri dekat sana ok" kata Nick yang memeluk Farah.

Farah hanya mengiyakan saja sebelum beredar dari situ menuju ke bahagian pelepasan. Blue Roses dan Nick melambai pergi Farah yang sudah makin hilang dari penglihatan mereka.

"Dah, kejap je Farah pergi. Seminggu je pun, sebelum ni elok je dia takde 3 bulan" kata Hantu yang melihat Blue Roses yang sedih itu.

"Memang la, kau sendiri tahu kan yang kitaorang ni tak pernah berpisah lama lama" kata Ieqa

"Dah, jom balik." kata Nick yang sudah mahu pergi dari situ.

"Semoga kau dapat apa yang kau nak selama ni Farah" kata Abid perlahan sebelum meninggalkan airport.

Farah pov

"Ish, tak sampai pulak" kata Farah yang mahu menyimpan beg bagasinya di ruangan penyimpanan atas tempat duduknya.

"Mari saya tolong" kata seorang lelaki yang mengambil beg bagasi Farah dan meletakkan di tempat tersebut.

"Terima kasih" kata Farah dengan lembut.

"Sama sama. Awak duduk dekat sini jugak ke?" tanya lelaki itu

"Haah, awak pulak?" tanya Farah

"Tempat saya pun dekat sini" kata lelaki itu.

"Oh, silakan" kata Farah memandangkan tempat dia di bahagian luar bukan di tepi tingkap.

"Tak, duduk la dekat tepi tingkap. Macam tak elok pulak perempuan cantik macam awak duduk tepi. Kang nanti disambar buaya pulak" kata lelaki itu

"Memandai je" kata Farah.

Farah menikmati flightnya dengan hati yang tenang walaupun dia tahu yang tujuannya datang ke situ bukan untuk meeting saja.

Beberapa minggu lepas,

"Betul ke kau nak buat ni? Kau tak rasa ke yang ni semua perangkap?" tanya Hantu sebaik saja dia tahu rancangan Farah.

"Aku perlukan jawapan untuk apa yang berlaku selama ni, kau sendiri akan buat macam ni kalau kau berada dekat tempat aku" kata Farah

"Tapi benda ni bahaya la tuk kau" kata Abid yang tidak mahu Farah terlibat sama sekali

"Bahaya atau tak benda ni terlibat dengan aku. Mungkin aku punca perkara ni berlaku, kau faham tak" kata Farah yang cuba menenangkan perasaannya.

"Aku tahu tapi-"

"Takde tapi tapi, sekarang ni kau aturkan meeting mafia tu dalam masa terdekat and aku akan pergi sana selama seminggu. Jangan risau aku akan tinggal dengan Grandpa dekat sana. And pastikan perkara ni just ktia berdua je yang tahu sebab kalau ramai yang tahu perkara akan makin sulit" kata Farah

"Baik, tapi kalau apa apa berlaku dekat kau, kau kena bagitahu aku dengan Hunter secepat mungkin kalau boleh." kata Abid yang makin risau itu.

"Jangan risau, aku tahu apa yang aku buat" kata Farah

"Tapi kau tak rasa ke yang lain akan perasan perkara ni? Kau biasa pergi dekat sana bila ada hal mafia je" kata Abid

"Tak, diorang just tahu yang aku pergi situ atas urusan kerja. Tak lebih and tak kurang dari itu." kata Farah

"Jangan terlalu yakin Farah, aku risau kalau kau takde dekat sini banyak benda akan berlaku" kata Abid

"Sebab tu aku amanahkan semua perkara dekat sini pada kau. Aku tahu kau dapat handle semua benda dekat sini. Hunter ada untuk tolong kau" kata Farah

"Tapi kalau jadi apa apa yang teruk, bagi signal dekat aku" kata Abid

"Ok" kata Farah dengan tenang.

Harapannya sekarang ni cuma mahu mencari kebenaran yang selama ni disembunyikan dari mereka semua

Flashback end

"Thanks" kata farah yang mengambil beg bagasinya semua sebaik saja flight mereka sudah tiba di destinasi mereka. Farah dan lelaki itu mengucap selamat tinggal sebelum mereka berdua berpisah mengikut haluan masing masing.

"Farah"

Farah memandang suara yang memanggilnya dan terjumpa dengan Grandpa yang menunggu kehadirannya di situ.

Farah lantas memeluk erat Grandpa, melepaskan rindunya selama ni dia tidak dapat menjenguk Grandpa yang keseorangan di situ.

"Farah tinggal dekat sini berapa lama?" tanya Grandpa

"Just seminggu je dekat sini. Tak boleh lama lama tinggalkan anak anak dekat Blue Roses tu. Bukan boleh percaya masing masing terutamanya Ayuni dan Ieqa tu." kata Farah

"Ye la tu." kata Grandpa.

Sepanjang perjalanan Farah merehatkan diri sepanjang menuju ke rumah Grandpa. Grandpa yng melihat Farah terlelap itu hanya tersenyum senang melihat cucu kesayangannya ada dengan dia.

"Farah, bangun. Kita dah sampai ni" kata Grandpa yang mengejutkan Farah yang terlelap itu.

"Oh, ok Grandpa" kata Farah yang masih mamai.

Dia lantas masuk ke dalam rumah dan terus menuju kebiliknya. Beg bagasinya dikeluarkan oleh pemandu Grandpa dan dihantar ke bilik oleh pembantu yang bertugas.

"Kesian Farah, makin letih Grandpa lihat" kata Grandpa dengan perlahan bila dia melihat Farah yang mamai masuk ke biliknya.

"Maaf tuan, 'dia' sudah datang" kata pembantu bertugas. Grandpa lantas masuk ke bilik mesyuaratnya dan berjumpa dengan orang yang sudah menunggunya. Tanpa Grandpa sedar, Farah memerhati gerak geri Grandpa dari atas.

"Ni masanya tuk tahu semua benda" kata Farah yang lantas masuk ke pejabat Grandpa. Dia lantas mencari fail yang berkaitan. Dari satu rak ke rak fail yang lain Farah menyelongkar fail. Satu per satu fail dibelek dengan teliti.

Ahkirnya Farah jumpa fail yang dia carinya. Dia lantas membawa fail tersebut ke dalam biliknya dan mula membaca semua maklumat dari fail tersebut. Air matanya mengalir dengan deras sebaik saja dia mula mengerti semua perakra yang berlaku dalam hidupnya.

"Kenapa? Kenapa Grandpa buat macam ni dekat kami semua?" tanya Farah dengn perlahan. Dia tidak mahu sesiapa mendengar tangisannya. Dia akhirnya tertidur dalam tangisannya, fail di tangannya digenggam erat walaupun dalam tidur.

Keesokannya,

"Grandpa" kata Farah yang baru saja bersiap menyapa Grandpa yang tengah bersarapan. Grandpa hanya melayankan perangai Farah yang ceria itu.

"Good morning, meh sarapan dulu. Tak lari mana pun meeting tu" kata Grandpa yang menahan Farah dari pergi.

"Tapi Grandpa, Farah ada kerja nak uruskan dekat office tapi Farah janji, lepas je meeting kita pergi lunch sesame ok" kata Farah yang mencium pipi Grandpa.

"Hati hati" kata Grandpa.

"Ok Grandpa" kata Farah yang lantas keluar dari rumah itu. Bunyi eksos kereta Farah membisingkan keadaan yang sunyi itu perlahan menghilang. 














TO BE CONTINUE ~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now