.1.

2.8K 102 7
                                    

Perhatian kepada Farah Ain, Nureen Camillia, Aisyah Athirah, Syafiqa Irish dan Ayuni Natasha dari kelas 2 Putra. Sila pergi ke pejabat sekarang.

Semua pelajar kelas 2 Putra memandang ke arah 5 gadis yang dipanggil sebentar tadi yang tidak memberikan apa apa reaksi. Muka innocents mereka dipandang sebelum mereka melangkah keluar dari kelas.

"Kau rasa kenapa Mama Lily panggil kita?" tanya Ieqa yang sudah curiga.

"Tahla. Nak cakap kita mengadu dekat dia pasal geng senior tu takde la pulak" kata Farah yang mula risau.

Mereka lantas mencepatkan langkah menuju ke pejabat. Pintu pejabat dibuka dan mereka masuk dengan selamba badak mereka saja.

"Dah sampai pun kamu semua. Maaf sebab kacau masa kamu" kata Mama Lily aka pengetua SPHS aka Mama Ieqa.

"Apa yang mama nak bincang dengan kitaorang" kata Farah yang duduk di hadapan Mama Lily.

"Ada surat khas buat Blue Rose" kata Mama Lily yang tersenyum.

Mereka menadang kertas itu dengan bersahaja. Farah lantas membuka isi surat itu dan memberikan kepada Blue Rose yang lain.

~•~

Kepada Blue Rose,

Tahniah. Kalian dipilih untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom bagi program pertukaran pelajar pada tahun ini. Kalian perlu menghadirkan diri untuk sesi pendaftaran pada masa dan waktu yang telah ditetapkan.

Tarikh: 2 minggu lagi

Masa: 1pm- 5pm

Tempat: Ruby Internasional High School

~•~

"So kamu semua setuju?" tanya Mama Lily yang mengharapkan jawapan dari mereka berlima.

"Kalau itu yang terbaik. Kami terima" kata Farah sebelum keluar dari pejabat bersama yang lain

"Mama yakin ini yang terbaik untuk kamu" kata Mama Lily apabila Blue Roses keluar dari pejabatnya.

KLIA Airport

"Ingat makan tau sayang. Dekat sana jangan buat benda bukan bukan" pesan Mama Rose pada Farah.

"Jaga diri kamu. Jangan ikut orang yang kamu tak kenal" pesan Ibu Airin pada Nureen

"Belajar elok elok ye. Jangan main main je dekat sana" kata Umi Atilia pada Athirah

"Dengar cakap yang lain. Jangan buat perangai gila kamu tu dekat sana" pesan Ibu Aini pada Ayuni

Blue Roses mendengar pesanan tu yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Mereka sudah lali dengan pesanan itu.

"Penat Mama dengan yang lain pesan kamu semua buat bodoh je." marah Mama Rose

"Ye Mama. Kami ingat semua pesanan tu sebab Mama selalu bagitahu kami" kata Farah yang sudah mengantuk itu.

Flight mereka pada tengah malam memang patutla mereka semua tak ambil kisah dengan pesanan ibu mereka.

"Sampai sana tinggallah dengan grandpa kamu ye" pesan Abah Kim pada Blue Roses

"Ok pa. Kitaorang gerak dulu eh" kata Farah yang menyalam keluarganya

Begitu juga dengan Blue Roses yang lain, mereka lantas menyalam dan memeluk keluarganya tuk kali terakhir.

"Nanti kalau akak dah balik sini call kitaorang tau" kata Afiq yang masih memegang erat tangan Farah

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now