"Tunggu" tahan Nureen
"Apa yang akak Nureen nak dari Faiz?" tanya Faiz
"Akak ada benda nak bincang dengan Hunter. Please jangan pergi lagi" rayu Nureen
"Baik akak bincang cepat sebelum kita semua kehilangan kak Farah" kata Faiz
"Akak nak tanya selama ni kamu tahu ni rancangan Farah?" tanya Nureen dengan dingin
"Haah, semua ni plan Farah sendiri. Sepatutnya dia dah munculkan diri dia tapi korang sendiri halau dia." kata Akmal dengan dingin
"Kenapa Farah sampai bakar mayat mereka semua?" tanya Athirah
"Dia tak bakar mayat." kata Farish
"Jangan cakap yang dia-"
"Yes. Dia bakar hidup hidup. Kitaorang semua saksi dan kitaorang jugak bunuh mereka" kata Abid dengan bangga
"Kenapa dan mengapa?" tanya Ieqa yang terkejut.
"Sebab Syafiq. Dia takkan terima kematian Syafiq selagi The Divas tak mati and now dia baru terima kematian Syafiq" kata KK dengan serius
"Gaiss, kenapa aku nampak Farah dekat luar tadi?" tanya Ayuni yang baru turun dari atas
"Kak Ayuni nampak kak Farah ke tadi?" tanya Alia
"Haah tapi dia keluar semula. Dia nak pergi mana?" tanya Ayuni yang clueless
"Nanti aku ceritakan. Sekarang, kita sambung" kata Nureen
"The Divas ada darah Syafiq sebab tu dia tak boleh terima kematian Syafiq" kata Farish
"Apa maksud kau ni?" tanya Ayuni
"Korang semua tak tahu tapi kitaorang tahu. Syafiq pernah dermakan darah dia pada The Divas yang nazak sampaikan dia hampir mati. Sebab itu la Farah bunuh The Divas kerana hutang darah Syafiq" kata Akmal
"Kalau tak de perkara, kitaorang pergi dulu. Lepas ni jangan sesekali call kitoarang atau cari kitaorang" kata Hunter yang pergi dari situ.
Tiada sapa yang dapat hentikan Hunter yang pergi dari situ sama ada Shadow even Dark Knight sendiri
"Kenapa semua ni? Apa yang berlaku?" tanya Ayuni yang tak puas hati
"Ada salah faham antara kita dengan Farah." kata Eva yang cuba tuk tenangkan Ayuni
"Ni semua salah aku. Aku patut percayakan dia dari sesiapa pun" kata Nick yang mula menyesal
"Ni memang salah kau. Jangan ingat kau boleh terlepas dari aku dan Farah. Farah bagi peluang terakhir dekat kau so kau kena manfaatkan peluang tu sebaik mungkin" kata Ayuni yang memandang tajam Nick
"Akak tahu?" tanya Khat
"Aku dah dengar semuanya. Farah menangis sebab kau tak percayakan dia. Kau tahu tak satu benda tentang Farah. Dia akan bagi hak dia pada orang yang dia sayang dan orang tu adalah kau. Aku tak nak anak buah aku mati sebab kau" kata Ayuni sebelum pergi dari situ.
Tiga bulan berlalu tanpa sebarang perkembangan atau maklumat tentang Hunter dan Farah. Mereka seakan akan hilang dari dunia ni. Dan sekarang saatnya yang ditunggu oleh semua pelajar lepasan SPM iaitu result SPM
Blue Roses dan Dark Knight sudah berda di sekolah bagi melancarkan event itu. Mereka masih berdiam diri sejak hari itu terutamanya Nick. Dia lebih percayakan orang luar dari isterinya sendiri.
"Pelajar terbaik SPM untuk tahun ni jatuh kepada Tengku Farah Ain yang mendapat straight A+" kata mama Lily.
Semua yang berada di situ bertepuk tangan tanda bangga dengan Farah namun kelibat Farah masih tiada di atas pentas tuk terima resultnya. Nick yang ingin jadi wakil Farah terhenti sebaik saja Alif menggantikan Farah terima result.
Mereka berkumpul di pondok koperasi untuk tunjukkan result masing masing. Walaupun mereka dapat result straight A+ tapi mereka masih tidak gembira seakan mereka dapat semua gagal.
"Papa"
Mereka memandang Hazim yang berlari mendapatkan Nick dan lain lain. Alif dan Afiq juga berada di situ untuk perhatikan Hazim
"Hey sayang. Kenapa kamu boleh ada dekat sini?" tanya Nick yang memangku Hazim
"Uncle Alif ajak ambik keputusan mama. Mama mana papa?" tanya Hazim
"Mama ada je. Dia pergi toilet" tipu Nick. Dia terpaksa menipu Hazim atau perkara akan lebih teruk. Hazim yang ternampak kelibat Farah di hujung koridor blok lantas pergi dari situ
"Mama" jerit Hazim yang pergi jauh dari situ.
"Korang jangan risau. Kitaorang jaga Hazim, korang enjoy la harini" kata Alif yang melihat Afiq yang sudah mengejar Hazim. Dark Knight dan Blue Roses hanya mengangguk saja dan Alif pergi dari situ.
Hazim memeluk kaki Farah sebaik saja dia dapat orang itu. Orang yang berhoodie hitam dan menutup mukanya dengan mask. Afiq dan Alif yang berada di situ melihat orang itu dengan terkejut
"Mama pergi tandas ke tadi? Hazim rindu dekat mama" kata Hazim yang mengeratkan pelukannya. Orang itu lantas melutut untuk samakan ketinggiannya dengan Hazim
"Mama pun rindu dekat Hazim. Hazim makin hensem tiap kali jumpa mama" kata Farah yang tersenyum gembira. Dia lantas memeluk Hazim dengan erat dan menangis kegembiraan
"Kenapa mama menangis ni? Nanti mama tak cantik" kata Hazim yang mengelap air mata Farah.
Blue Roses pov
"Dia makin mirip dengan Syafiq. No wonder la kalau Farah sayang separuh nyawa dekat Hazim" kata Ieqa yang melihat Hazim pergi dari situ.
"Haah. Kalau la Syafiq ada mesti dia gembira tengok adik dia yang mirip macam dia" kata Ayuni
"Dahla. Lepas ni kita party nak tak? Aku dah lama tak party" kata Aidil yang teruja
"Ambik kau. Ko je la yang boleh party, yang dua mak buyung ni nak letak mana?" tanya Qalif
"Sorry. Kita pergi sekali lagipun korang takde pantang pun kan" kata Aidil
"Boleh gak. Aku takde pantang lagi so jom la kita enjoy this life" kata Ayuni yang teruja
"Ehemm"
Blue Roses dan Dark Knight lantas memandang ke arah satu group yag mereka tak kenali.
"Ye nak apa?" tanya Mieza yang pelik
"Awak semua ni kawan Farah ke?" tanya orang itu
"Kami ni keluarga Farah. Kenapa ye?" tanya Nick
"Boleh ikut kami tak? Kami ada perkara nak cakap tentang Farah" kata orang itu.
"Kalau kami tak nak macam mana?" tanya Nureen yang berhati hati
Mereka lantas ditutup hidung dan mulut dengan sapu tangan oleh anak buah orang itu. Sebaik saja mereka tidak sedarkan diri, mereka dibawa pergi dari situ tanpa mereka perasan kehadiran Farah di situ
Farah pov
"Hazim kena ikut uncle Alif dengan Afiq balik sekarang" kata Farah yang risau tentang keadaan Hazim. Dia dapat merasakan ada orang akan serang mereka di sekolah itu
"Kenapa ni kak?" tanya Alif yang pelik dengan kelakuan kakaknya
"Instinct aku kuat cakap yang ada perkara yang akan berlaku. Please bawak Hazim pergi dari sini" kata Farah yang menyerahkan Hazim kepada Afiq
"Tapi Hazim nak mama" kata Hazim yang menangis dalam pelukan Afiq
"Mama janji lepas ni mama akan berada dengan Hazim sorang je. Hazim kena pergi sekarang kalau tak adik Hazim tak nak kawan dengan Hazim" umpan Farah agar Hazim tidak menangis lagi
"Hazim dapat adik lagi ke mama?" tanya Hazim yang gembira
"Ye, kalau Hazim nak adik. Hazim kena ikut uncle Alif dengan Afiq dulu, boleh?" tanya Farah yang meminta kerjasama dari Hazim yang manja dengannya
"Boleh" kata Hazim yang mengelap air matanya sendiri. Alif dan Afiq lantas bawak Hazim pergi dari situ sementara Farah menyembunyikan dirinya di situ.
TO BE CONTINUE ~~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...