"Kita ada berapa clue yang ada buat masa sekarang ni?" tanya Ayuni yang mula serius.
"Kita ada full but sesetengah mengejutkan kita semua" kata Abid yang meletakkan petunjuk yang dia dapat.
Ayuni dan Mark terkejut melihat petunjuk yang ada di papan putih itu. Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat sekarang ni.
"Betul ke apa yang aku lihat ni?" tanya Ayuni yang terkejut. Dia tidak tahu perkara ni akan berlaku dalam hidupnya.
"Betul. Mark, tolong hantar Ayuni dan Athirah ke bahagian pertahanan dan senjata. Mereka perlukan perkara tu buat masa sekarang ni" kata Abid tanpa memandang mereka berdua. Mark memandang Ayuni supaya mengikutnya.
Mereka mengambil Athirah di bahagian digital sebelum mereka pergi ke bahagian pertahanan dan senjata. Setibanya mereka di situ, mereka dapat melihat Ieqa yang berada di tingkat atas berlatih menembak sasaran yang di tingkat bawah dan Nureen yang memukul dan menumbuk beberapa patung di situ sampai terkeluar isi dalam patung itu.
Mark membawa Ayuni dan Athriah di bahagian pertahanan. Nureen dan Faris terkejut melihat keberadaan mereka bertiga di situ.
"Abid suruh kau ajar Athirah dan Ayuni ni sekali but kau kena ingat yang Ayuni ni snipper dan Athirah hacker. Ajar mana yang mereka patut tahu ikut diorang punya part" kata Mark pada Faris.
"Ok Mark" kata Faris.
Nureen menyambut kehadiran Ayuni dan Athirah di situ. Nureen dan Athirah pelik memandang Ayuni yang mendiamkan diri seperti ada apa apa yang berlaku.
"Ayuni, lepas satu jam setengah nanti akan ada KK datang jemput kau bawak ke bahagian senjata. Dalam tiga jam dari sekarang, korang berlatih dan ajar yang mana patut sbeelum ke meeting nanti. Aku pergi ke Abid sekarang ni" kata Mark dengan tegas.
Farah pov ( minda Farah)
Farah melihat keadaan sekelilingnya, dia cuba mencari sesuatu atau seseorang yang dia kenal. Dia berjalan di situ tanpa arah tuju kerana sekelilingnya kosong dan putih.
"Kenapa kau datang sini lagi?"
'Suara tu'
Farah memandang ke arah belakang melihat dirinya dengan mata merah. Farah tersenyum melihat 'orang' itu lantas menuju ke arahnya.
"Aku perlukan kau buat kali terakhir" kata Farah yang memegang tangan orang itu.
"Kenapa kau nak pertolongan aku? au tak kuat lagi ke?" tanya orang itu dengan risau
"Tak, aku nak kau jumpa orang ni buat kali terakhir sebab tu la aku nak kau tolong aku" kata Farah pada orang itu.
"Tapi kau tahu kan yang kalau aku ambil alih, kau boleh mati" kata orang itu
"Aku tahu apa yang aku buat and aku takkan menyesal dengan perkara ni" kata Farah dengan yakin.
Dia tahu apa yang dia lakukan dan demi itu dia memerlukan bantuan orang itu.
"Kau boleh eh tolong aku" kata Farah lagi.
Dia betul mahukan orang itu berada bersamanya.
"Boleh, kalau itu yang kau mahukan" kata orang itu dengan tersenyum sinis
"Thanks, Red" kata Farah sebelum orang itu a.k.a Red menghilangkan dirinya.
Markas utama Blue Roses
Knock knock
Abid mengizinkan orang masuk ke pejabat utama itu. Dia memandang Hunter dan Blue Roses yang baru saja lepas latihan berada di situ.
"Aku tahu korang penat so take your time. Aku akan mulakan meeting ni tak lama lagi" kata Abid.
Dia dan Mark berbual sedikit perkara yang perlu ditambah dan diubah suai agar rancangan mereka berjaya.
"So aku rasa kita dah boleh start meeting sekarang" kata Mark yang sedar beberapa minit sudah berlalu.
Abid mengambil tempatnya di tepi papan putih yang dipenuhi dengan petunjuk.
"Aku dan Farah ada buat siasatan tentang mesej seseorang yang ugut Farah masa dia tengah pregnant. And aku tahu yang korang akan terkejut dengan perkara ni tapi aku akan terangkan mana yang penting dulu." kata Abid.
Dia lantas menerangkan apa yang berlaku bermula dari Farah terima pesanan mesej itu sehinggalah apa yang berlaku sekarang ni.
"Farah ada bagitahu aku dengan Mark yang kalau ada apa apa berlaku nanti masa dia takde, dia nak Blue Roses masuk balik ke dalam dunia mafia untuk selesaikan apa yang berlaku dan itu sebabnye aku bawak korang berempat datang sini. Kita kena selesaikan apa yang berlaku selama ni." kata Abid.
"So Farah ada bagi beberapa info yang agak mengejutkan buat kita semua. Ace, ketua mafia Black Dragon dan identiti sebenar dia adalah Syafiq" kata Mark.
Semua yang berada di situ terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Mark.
"Betul, Syafiq tidak mati tapi dia selamat." tambah Abid.
"Tapi kenapa Grandpa kata yang Syafiq dah mati masa tu?" tanya Nureen yang tidak dapat memahami apa yang berlaku.
"Or- Grandpa buat semua tu bersebab. Mungkin Grandpa sengaja sembunyikan Syafiq dari pengetahuan kita semua ataupun Grandpa tidak suka hubungan darah dengan Syafiq masa tu" kata Ayuni yang membuat tekaannya sendiri.
"Betul apa yang kau cakap tu Yuni. Farah dan Syafiq adalah adik beradik susuan dan Grandpa tak tahu nak beritahu perkara itu dan anggap kalau dia sembunyikan Syafiq, Farah akan terima yang dia bukan untuk Syafiq" kata Mark yang menyokong tekaan Ayuni tu.
"Kenapa? Kenapa tak explain je dekat kira orang. Like kita orang bukan budak lagi masa tu" kata Ieqa yang tak percaya.
"Habis tu kita nak buat macam mana sekarang ni?" tanya Athirah. Dia tidak mahu keruhkan lagi keadaan.
"Aku dan Mark dah rancang semua benda. First, dari petunjuk yang kita ada sekarang ni adalah Iz, salah sorang pembantu Faris dah letakkan alat pengesan pada van yang culik Dark Knight pada masa tu." kata Abid
"So kau nak jejak van tu ke macam mana?" tanya Ayuni
"BINGO, akmal dah jejak van tu dan ni lokasi terakhir van tu berada." kata Mark yang menunjuk ke arah slide yang ada di situ.
Mereka semua memandang ke arah lokasi yang dimaksudkan. Tempat yang dikelilingi hutan dan jauh dari jalan raya.
"So macam mana kita nak masuk ke situ? Jalan raya jauh dari tempat tu" kata Ieqa
"Kita masuk ikut jalan tikus. Faiz sudah jumpa jalan tikus yang ada di situ beberapa hari lalu. Nanti kita akan berpecah mengikut beberapa kumpulan" kata Abid
"Kumpulan Alpha diketuai oleh Hunter kecuali aku dan Abid sebab kita orang berdua kena jaga korang berempat. Blue Roses akan tunggu pusingan kedua dimana separuh atau laluan masuk ke dalam tempat itu clear. Bila dah clear tanpa orang Syafiq, korang akan masuk ke dalam bersama pasukan Beta." kata Mark
"Aku dan Mark akan masuk dulu sebelum Blue Roses untuk pastikan laluan sudah clear" kata Abid.
"Tapi kau yakin ke tempat tu ada Dark Knight, Farah dan anak kita orang? Kalau dibuatnye yang Syafiq tu letak Farah dekat tempat lain, anak kita orang dekat tempat lain" kata Nureen
"Farah dah aktifkan loket dia yag ada alat pengesan. Buat masa sekarang ni lokasi Farah ada di tempat yang sama dengan lokasi akhir van tu. So kita orang anggap yang Syafiq sengaja kumpulkan mereka dalam satu tempat agar senang kerjanya nanti" kata Mark dan Abid selang seli
"Jadi bila kita nak start serang?" tanya Ayuni
"Kita rehat dulu. Esok tengah hari kita gerak pergi sana" kata Abid
TO BE CONTINUE ~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...