Beberapa hari kemudian,
"Hazim dah ready nak balik jumpa grandpa?" tanya Farah yang mengemas barang milik Hazim. Dia cuba senyum semanis yang mungkin tapi semua tahu betapa sedihnya Farah untuk berpisah dengan Hazim.
"Mama jangan nangis macam ni. Nanti Hazim ikut nangis" kata Hazim yang memeluk Farah.
"Mama tak nangis sayang. Mama cuma sedih sebab kita takkan berjumpa lagi" kata Farah yang mengusap rambut Hazim.
"Hazim janji yang Hazim akan call mama. Lagipun mama kan ada Ain dan Airin, mama ada diorang nak ganti Hazim" kata Hazim.
"Nanti janji dengan mama yang Hazim takkan nakal. Jaga grandpa elok elok sebab grandpa dah tua sayang. Jangan susahkan grandpa" kata Farah yang teringat masa kecil dia dengan Syafiq yang selalu menyusahkan grandpa.
Flashback
"Farah, aku cari ni" kata Syafiq yang selesai mengira. Mereka berdua bermain sorok sorok di laman belakang rumah grandpa. Syafiq memulakan pencariannya mencari Farah yang bersembunyi di laman yang besar itu.
"Farah mana kau?" tanya Syafiq yang mula risaukan Farah setelah setengah jam dia mencari Farah di tempat yang biasa mereka bermain namun bayang Farah pun tidak dijumpainya.
"Takkan Farah masuk pagar sesat tu?" teka Syafiq sendiri. Dia lantas masuk ke pagar sesat itu walaupun grandpa sudah melarang mereka untuk masuk ke situ takut sesat betul betul and hari sudah lewat petang.
"Farah" jerit Syafiq yang lalu di lorong lorng yang ada di situ. Dia seakan tergamam disebabkan sekelilingnya sama semua. Dia mula rasa takut dan lantas berlari dari situ tanpa dia tahu yang dia sudah jauh ke tengah pagar sesat itu.
Dia lantas terjumpa Farah yang pengsan di salah satu lorong yang dia lalu. Sungguh terkejut dia melihat Farah yang terbaring lemah di atas rumput sambil kepalanya berdarah.
"Grandpa" jerit Syafiq sekuat hatinya sambil mendapatkan Farah. Dipeluk Farah dengan kuat kerana takut kehilangan Farah pada masa itu. Jeritan Syafiq itu didengari oleh pekerja kebun yang kebetulan lalu di situ.
Pekerja itu lantas mencari Syafiq dengan mengikut bunyi suara jeritan Syafiq. Pekerja itu terkejut melihat Syafiq yang memeluk erat Farah yang terbaring tidak dsedarkan diri.
"Uncle, please help me" kata Syafiq yang menangis itu. Pekerja itu lantas mendapatkan Farah dan mengangkat Farah diikuti dengan Syafiq keluar dari pagar sesat itu. Perkerja itu lantas menuju ke rumah dan mendapatkan grandpa yang baru saja keluar dari pejabatnya.
"Apa yang berlaku ni?" tanya grandpa.
"Fa- Farah pengsan. Banyak darah dekat kepala dia grandpa" kata Syafiq sambil menangis. Grandpa segera memangil doktor peribadi mereka untuk memeriksa keadaan Farah. dia lantas menenangkan Syafiq yang menangis itu.
"It's okay, semua akan baik baik saja" kata grandpa yang memeluk Syafiq dengan erat.
"What if-"
"Nothing bad gonna happen to Farah, okay" kata grandpa
End flashback
"Mama?"
Teguran Hazim memyentak Farah dari terus berada di alam dia. Farah memandang Hazim yang sudah bersiap itu dengan senyuman kecilnya.
"Hensem anak mama. Nanti bila besar nanti jangan jadi playboy tau" pesan Farah yang membetulkan rambut Hazim yang sedikit serabai itu.
"Taknak. Hazim nak jadi lelaki yang jaga mama dengan adik adik" kata Hazim dengan semangat.
"Macam ni la anak mama" kata Farah yang memeluk Hazim dengan erat. Nick yang berada di situ tanpa mereka berdua sedar akan kehadiran dia.
Dia tersenyum kecil melihat Farah yang begitu menyayangi Hazim sepenuh hatinya. Dia tahu yang Farah tak sanggup melepaskan Hazim lagi or buat selamanya.
"Eh papa" kata Hazim yang perasan kehadiran Nick di situ.
"Hei anak papa. Dah sedia ke nak jumpa grandpa?" tanya Nick yang masuk ke bilik Hazim.
"Sudah papa. Papa, nanti jaga mama baik baik tau. Kalau mama nakal ke bagithau Hazim" kata Hazim pada Nick.
"Amboi budak ni, bukan main lagi dia" kata Farah yang mencubit perlahan Hazim.
"Takpe, papa tahu macam mana nak denda mama kalau mama nakal sangat" kata Nick sambil tersenyum sinis.
"Sudah, tak larat la nak hadap budak berdua ni." kata Farah yang pasrah itu. Dia lantas menyiapkan apa yang perlu sebelum meletakkan bagasi milik Hazim di tepi pintu bilik.
"Jom kita gerak. Nanti terlepas pulak flight Hazim" kata Nick yang mengendong Hazim.
"Ehem, beg ni sapa nak angkat?" kata Farah yang berpeluk tubuh. Nick memandang Hazim dengan senyuman kecilnya. Dia lantas menurunkan Hazim dan mengambil bagasi Hazim untuk dibawa turun.
"Silakan Puan Tengku Farah Ain untuk berjalan dahulu" usik Nick. Farah lantas keluar dari bilik itu dengan sengaja melanggar bahu Nick.
Mereka bertiga lantas turun dari bilik Hazim menuju ke arah ruang tamu. Blue Roses, Dark Knight dan anak anak mereka sudah tunggu mereka disitu.
"Amboii, lihat la suami isteri tu. Tak boleh berpisah kejap" usik Ieqa yang makan lolipopnya.
"Alah bukan macam kau, diam diam berisi" kata Ayuni yang menyakat Ieqa.
"Eh bila pulak aku berisi ni?" balas Ieqa yang ingin bergaduh.
"Sudah la, jom pergi sekarang. Nanti terlepas pulak flight Hazim kang." kata Farah yang sudah siap itu.
Mereka lantas bersiap siap dan memeriksa semua keperluan sebelum mengunci rumah tersebut.
"Kau ok ke tak ni Farah?" tanya Nureen yang risaukan Farah. Manakan tidak, dia mengenali Farah dengan lebih dalam sampaikan riak muka Farah saja boleh berikan hint kepadanya.
"Aku ok je. Sedih sikit bila Hazim tinggalkan aku" kata Farah yang menuju ke kereta Nick. Mereka lantas keluar dari perkarangan rumah itu menuju ke airport.
Setibanya di airport, mereka berjumpa dengan Mark, Shadow dan Hunter yang berada di situ menanti ketibaan Blue Roses, Dark Knight dan anak anak.
"Hei Hazim, dah ready nak jumpa grandpa?" tanya Mark yang menyapa Hazim.
"Dah uncle, tapi uncle takpe ke kalau mama tinggal dekat sini?" tanya Hazim yang bimbangkan Farah.
"Takpe, Hazim pergi tinggal dengan grandpa sana. Kalau ada masa nanti Hazim datang sini balik, ok?" kata Farah.
"Baik mama" kata Hazim yang memeluk erat Farah untuk kali terakhir. Farah membalas pelukan Hazim dengan erat sekali bagaikan dia tidak mahu melepaskan Hazim buat selamanya.
"So Hantu, kau pun ikut hantar Hazim balik ke macam mana ni?" tanya Aryan.
"Tak la, aku dengan KK ada urusan penting dekat Korea." kata Hantu yang melihat teleponnya.
"Ohh, bila korang balik nanti?" tanya Qalif.
"Mungkin 3 bulan macam tu. Tak tahu lagi kalau diorang nak expand lama lagi ke" kata KK dengan selamba.
Perhatian kepada semua penumpang BOA53, anda semua dikehendaki untuk check in dan naik ke pesawat sekarang. Pesawat akan berlepas dalam masa 15 minit lagi. Harap maklum
"Dah bunyi dah announcement tu, Hazim pergi dengan uncle Mark ye sayang" kata Farah yang melepaskn pelukannya dengan Hazim. Dia mengelap air matanya keluar secara senyap.
"Jom kita pergi sekarang. Bye korang" kata Mark. Hazim lantas memeluk semua orang di situ sebelum dia pergi bersama Mark. KK, Hantu dan Deena juga mengikut mereka pergi dari situ.
"Tapi bukan kak Farah ikut sekali ke?" tanya Deena yang tidak tahu lagi perancangan mereka.
"Manti Farah ikut sekali, first kita check in dekat hotel dulu" kata KK yang membawa mereka menuju ke hotel yang berada di situ.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...