.19.

1.7K 72 2
                                    

"Tu, perkara biasa je" tipu Farah

"Aku tak rasa tu perkara biasa. Kau tak pernah carut melebih kalau tu bukan perkara yang biasa" kata Athirah yang ragu dengan Farah. Dark Knight hanya jadi pemerhati saja kerana mereka tak tahu perkara sebenar

"Korang akan tahu tak lama lagi. Sama ada aku terangkan atau orang lain yang terangkan." kata Farah dengan perlahan

"Kali ni aku percayakan kau Farah. Kau buat aku curiga setiap kali kau tipu kitaorang" kata Nureen

"Tipu? Aku ingat korang takkan perasan yang aku tipu korang" kata Farah dengan rasa bersalah

"Apa yang kau tipu kitaorang? Bagitahu cepat" paksa Mieza

"Budak yang aku buli ni mereka hampir nak rogol junior tadi" kata Farah yang memandang mereka semua.

"Kenapa kau tak suruh mereka pergi ke bilik disiplin?" marah Aryan

"Kenapa kau nak marah? Kau takde hak nak marah dekat aku" tengking Farah.

"Please, aku tahu apa yang aku buat. Lepas ni mereka akan dibuang sekolah" kata Farah lagi

"Tu bukan jawapan yang aku nak tahu tapi takpela" kata Nureen yang memandang muka Farah yang menahan air mata. Dia tahu ada perkara yang Farah sembunyikan dari mereka even Blue Roses sendiri.

"Akak."

Dark Knight dan Blue Roses memandang ke arah Alisa dan Alice yang menuju ke arah mereka. Farah tersenyum melihat mereka yang mampu tersenyum semula.

"Thanks akak sebab tolong kitaorang" kata Alisa.

"Jom kita makan buah. Woii, lama lagi ke korang nak petik buah tu. Aku nak makan ni" jerit Farah pada pembuli tu.

Pembuli tu lantas membawa bakul yang penuh dengan buah yang ada di Villa Hijau. Villa Hijau ialah taman yang penuh dengan buah buahan, sayur sayuran dan tanaman bunga yang mencantikkan lagi SPHS.

Farah lantas mengeluarkan pisau lipatnya dan mengupas kulit manga. Dark Knight, Blue Roses, Alice dan Alisa makan buah yang dibawa tadi sehingga kenyang

***

"Ok gais, kita practice lagi tuk kali terakhir." kata Farah yang memainkan semula lagu Wannabe by Itzy.

Blue Roses lantas mengambil tempat memasing. Lagu dimainkan dengan itu mereka segera menari dan menyanyi mengikut part masing masing. Dark Knight baru tiba di bilik latihan itu terpegun melihat gerakan Blue Roses menari dan menyanyi.

Seusai saja lagu berhenti, Ayuni dan Ieqa lantas terbaring di lantai, Nureen dan Athirah duduk manakala Farah membuat regangan sebelum dia terbaring di sebelah Ayuni. Tepukan diberikan oleh Dark Knight pada Blue Roses

"Korang buat apa dekat sini?" tanya Ayuni yang tidak perasan kehadiran Dark Knight

"Kitorang just nak support korang je" kata Qalif

"Tak perlu pun. Kitaorang tak perlukan bantuan korang" kata Ieqa

"Dah la. Korang mesti penat kan? Ni kitaorang ada bawakkan air tuk korang" kata Aryan yang memberikan plastik yang berisi dengan air gas pada Blue Roses.

Blue Roses lantas minum air yang diberikan kecuali Farah yang menuju ke bahagian air mineral. Dia lantas minum air di situ

"Kenapa kau tak minum air tu?" tanya Nick yang perasan Farah tak minum air yang mereka beli

"Dia tak minum air gas." kata Nureen

"Kenapa tak cakap? Ni air jus kitorang beli tadi" kata Nick yang berikan Farah air jus yogurt kesukaannya.

[C] Blue Roses Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang