"Arghh..... Tak guna kau Ayuni"
Barang solek di atas meja solek itu dibaling ke lantai dengan geram. Habis berkecai botol botol kaca miliknya. Licin permukaan meja solek itu akibat marahnya.
"Macam mana dia boleh layan minah hodoh tu hah? Takkan minyak yang aku guna tak berkesan dah" kata PA Dark Knight, Amelia.
Dia memandang cermin meja soleknya dan melihat pantulan mukanya yang kegeraman dan rambutnya yang serabut.
Telefonnya dicapai dan satu nombor yang disimpannya dipanggil. Tak lama kemudian, panggilan itu diangkat.
"Kenapa kesan minyak tu dah tak berkesan? Aryan dah rapat dengan minah tak guna tu sekarang ni" kata Amelia dengan bengang. Kesian pada orang yang angkat panggilan minah ni.
"Mestila kesan ubat tu dah tak berkesan kalau dia dah kena ubat yang lagi kuat dari minyak pengasih tu" kata orang sebelah sana.
"Maksud kau, minah tak guna tu dapat tahu yang aku jampi Aryan dan dia batalkan jampi aku?" tanya Amelia untuk kepastian.
"Mungkin macam tu." kata orang itu.
"Kalau macam tu, aku nak kau sihirkan minah tak guna tu untuk aku. Aku dah malas nak bersaing dengan minah tu" kata Amelia dengan geram dan menamatkan panggilan tanpa mendengar perjelasan orang sebelah sana.
Dia menghempaskan dirinya di atas katil dan melihat beberapa gambar Ayuni dan Aryan di galerinya.
"Kau takkan berjaya curi Aryan dari aku" kata Amelia sebelum menghantar gambar Ayuni kepada orang itu melalui wassap. Dia lantas tidur dengan harapan Ayuni takkan sesekali mengacau hidupnya lagi.
Flashback
"Hai Amelia." sapa Aryan sebaik saja Dark Knight masuk ke sekolah. Amelia yang merupakan pengawas unit kawalan melambai lambaian Aryan.
Ramai pelajar di situ meng-ship-kan Aryan dengan Amelia kerana mereka lihat Aryan selalu baik dengan Amelia berbanding pelajar lain dan Dark Knight jugak.
"Amboi Aryan, makin lama makin baik kau dengan Amelia. Ada apa apa ke yang aku tak tahu ni?" tanya Qalif yang melihat Aryan tersenyum sipi.
"Aku? Dengan Amelia? Aku just kawan baik je dengan dia. Mungkin?" kata Aryan.
"Kawan? Baik benor kau dengan dia." kata Mieza yang menyakat Aryan. Nick dan Aidil tidak melepaskan peluang itu untuk mengusik Aryan.
"Ok, mungkin aku ada perasaan dekat dia but aku taknak persahabatan kitaorang putus lepas dia tahu yang aku suka dekat dia" kata Aryan yang tersenyum kerang busuk itu.
"Kan dah agak. Apa tunggu lagi? Pergi la mengayat, kang melepas si Amelia tu, kau jugak yang meroyan" kata Nick yang memberi semangat.
"Nanti nanti je la. Aku tak sure yang dia suka dekat aku tau tak. Kang kena reject, sakit oii" kata Aryan yang acah deep itu.
"Reject atau tak, kau still kena confess. Mana tau yang dia suka dekat kau jugak" kata Qalif yang memberi harapan pada Qalif.
"Tahla, aku pun tak pasti pasal perasaan aku jugak. Mungkin aku suka dekat dia sebab dia cantik je. Tahla" kata Aryan lagi.
"Kalau macam tu kau kena betulkan apa perasaan kau yang sebenarnya. Jangan bertindak melulu" kata Mieza yang menasihati Aryan.
Tanpa mereka berlima sangka, seseorang mendengar perbualan mereka setengah jalan dan berlalu pergi dari situ dengan senyuman sinis.
"Abang Dark Knight! Jumpa jugak abang akhirnya"
Dark Knight memandang pengawas junior mereka yang lelah penat berlari.
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...