STILL FLASHBACK
Farah yang mendengar bunyi jeritan Ayuni dari bilik sebelah hanya mampu mengelengkan kepalanya.
'Mesti budak ni prank Aryan balik' bisik hati Farah.
Nick di sebelahnya membaca buku tentang tanggungjawab ketika berumah tangga manakala dirinya sibuk mengscroll IG. Nampak la isteri derhaka di situ.
"Nick" panggil Farah dengan perlahan. Nick memandang ke arah Farah yang sibuk dengan telefonnya. "Ye nak apa?" tanya Nick yang pelik.
"Maaf, aku tak patut palaukan kau selama ni" kata Farah tanpa memandang Nick. Nick menutup buku itu dan diletakkan di meja kecil tepi katil. Muka Farah dipandang dari tepi.
"Aku tahu yang aku tak patut dekat The Diva tu tapi diorang yang rapat dengan kitaorang" kata Nick yang perlahan memegang tangan Farah.
Tangannya mengenggam erat tangan Farah seakan dirinya pula yang bersalah. Farah membiarkan saja tidak mahu berasa gugup bila dengan Nick.
"Aku pun tak patut abaikan kau. Kau ada hak nak rapat dengan sesiapa pun" kata Farah.
Nick tersenyum sinis bila dia dapat peluang untuk mengenakan Farah balik.
"So kalau lepas ni aku rapat orang lain, kau takkan marah or jeles?" tanya Nick dengan nada serius untuk mengusik Farah.
"Mmm" kata Farah yang menyetujui. "Kalau macam tu, aku nak isteri no 2 la. Since kau dah bagi izin" usik Nick yang menahan gelaknya.
Terbuntang mata Farah bila dengar perkara itu. Amboi, ni la orang cakap. Bila dah bagi muka, nak penampar dekat muka tu pulak.
Farah lantas memukul manja Nick tanda protes.
"Bila masa aku bagi izin tuk kahwin dua" kata Farah dengan marah. Nick mengambil peluang itu dan memeluk Farah.
Farah terkejut dengan perkara itu. Tangannya menyentuh dada Nick bila Nick memeluknya. Nick merehatkan kepalanya di bahu Farah.
"Stay like this for 5 minute"
Ambik kau, speaking terus. Farah membiarkan Nick memeluknya dan duduk diam. Farah mula tidak selesa dengan keadaan itu. Dia ingin melepaskan pelukan itu namun tidak sampai hati.
"Maaf, aku tak selalu ada dekat kau. Tak selalu dengar kata kau. Aku isteri derhaka untuk kau" kata Farah yang menyandarkan kepalanya pada bahu Nick pula.
Nick yang terdengar perkara itu hanya mampu tersenyum kecil dan mencium leher Farah. Dia tahu yang Farah masih cuba mengubah sikapnya untuk jadi isteri solehah baginya namun itu akan makan masa yang lama.
Beberapa minit kemudian, Nick melepaskan pelukan dan melihat Farah yang sudah tertidur. Dia perlahan membaringkan Farah dan menyelimutinya.
Juraian rambut Farah yang menutupi mukanya dialihkan ke belakang dengan lembut.
"Aku tahu kau kuat. Walau apa pun masalah yang datang, aku harap kau ada di sisi aku, berikan aku semangat seperti sekarang. Kau isteri terbaik pernah aku ada dan takkan ada pengganti selain kau" kata Nick yang memandang wajah tidur Farah.
Skip Time
"Tuan Aryan, ni surat berhenti kerja saya" kata PA Aryan, Puan Munirah. Aryan terkejut bila mendengar perkara itu. Dia sudah anggap yang Puan Munirah itu macam ibunya sendiri.
"Tapi kenapa Kak Irah nak berhenti kerja?" tanya Aryan sambil membuat muka 50 sen dia. Ingat comel ke hah.
"Kak Irah rasa sampai masa tuk Kak Irah berhenti. Akak dah umur 40 lebih dah. Patutnya akak dah duduk dekat rumah jaga cucu akak" kata Puan Munirah sambil tersenyum kecil teringatkan cucunya yang masih bayi itu.
"Kalau macam tu, Aryan nak buat macam mana lagi. Aryan tak boleh halang akak tapi Aryan harap kita boleh jumpa lagi eh kak. Nanti boleh la cucu akak kawan dengan anak Aryan" kata Aryan yang senang dengan keputusan Puan Munirah.
Puan Munirah mengucap terima kasih pada Aryan dan selamat tinggal juga. Aryan memandang Puan Munirah yang mengemas meja kerjanya dan pergi buat kali terakhir.
Dia mengemas mejanya dan beredar dari situ untuk meninjau bahagian marketing. Butang lif tingkat 5 ditekannya. Tak lama kemudian, pintu lift dibuka sebaik saja tiba di tingkat 5 bangunan itu.
"Selamat petang, Encik Aryan" sapa ketua marketing di situ. Aryan membalasnya dengan senyuman kecil. Dia memantau seluruh isi pekerja di situ dengan serius.
"Ini hasil marketing kita untuk bulan ni" kata ketua marketing itu. "Thanks, Encik Amer." balas Aryan sebaik saja mereka berdua masuk ke bilik meeting di situ.
Aryan membelek kertas kerja itu dengan serius. Hasil marketing mereka tidak banyak berubah pada bulan itu. Aryan mengeluh perlahan membuatkan Encik Amer perasan.
"Kenapa ni Aryan?" tanya Encik Amer.
Kebanyakkan yang sudah lama bertugas di situ sangat rapat dengan Dark Knight namun sesetengah dari mereka tidak mengetahui latar belakang Dark Knight yang sebenar.
"Kak Irah dah berhenti. Sekarang ni Aryan dah takde PA nak uruskan kerja Aryan" luah Aryan.
Dia risau yang dia tak dapat nak uruskan kesemua kerjanya sendiri walaupun boleh minta tolong dari Dark Knight yang lain.
"Uncle ada anak perempuan yang tengah cari kerja kosong sementara tunggu panggilan universiti. Apa kata Aryan ambik dia kerja sekejap untuk beberapa bulan ni" kata Encik Amer.
"Boleh jugak tu. Takde la Aryan nak stress cari PA baru semua ni. Nanti kalau anak uncle nak start kerja, suruh dia masuk ke kerja" kata Aryan.
"Baik la kalau macam tu" kata Encik Amer. Aryan dan Encik Amer sambung perbincangan mereka untuk menaikkan marketing syarikat.
Masa sekarang menunjukkan sudah pukul 6.30 petang, Encik Amer mengemas meja kerjanya dan beredar dari pejabat. Dia segera menuju ke rumahnya untuk berehat dan berikan berita baik pada anaknya itu.
"Ayah balik" kata Encik Amer yang menanggalkan kasutnya. Isterinya, Puan Ayla menyambut kepulangan suaminya dan bersalaman.
"Mana Amelia? Sunyi je rumah" kata Encik Amer yang menanyakan tentang satu satunya anaknya itu.
"Macam biasa la bang. Amel tu bukannya reti sangat melekat dekat rumah ni" kata Puan Ayla.
"Macam macam je la budak tu" kata Encik Amer. Dia lantas masuk ke biliknya dan membersihkan diri sebelum ke ruang makan untuk dinner sekali dengan isterinya.
Amelia yang mabuk itu masuk ke dalam rumah sambil terhuyung hayang. Dia tak dapat seimbangkan dirinya kerana terlampau mabuk.
"Siti Amelia Afrina. Kenapa kamu balik tengah malam ni" marah Encik Amer yang melihat anaknya yang balik tengah malam dalam keadaan mabuk.
"Alah, ayah ni pun. Biar la Amel nak balik pukul berapa pun. Bukan masalah ayah pun" kata Amelia yang melawan ayahnya itu.
"Sampai bila kamu nak jadi macam ni hah Amel? Ramai orang sebaya kamu dah ada kerja dah, ada yang sambung belajar. Kamu? Habiskan duit mak bapak je" marah Encik Amer.
"Amel tengah cari kerja kan. Yang ayah nak marah Amel ni dah kenapa? Ayah patut marahkan orang yang tak ambil Amel kerja tahu tak" kata Amel dengan keras.
"Kalau macam ni perangai kamu, ayah pun tak sanggup ambil kamu berkerja tahu tak" kata Encik Amer dengan marah. Sampai bila anaknya itu hendak berubah.
"Alah, ayah ni banyak bunyi pulak memalam ni. Dahla, Amel nak tidur" kata Amelia yang naik ke atas.
"Mulai minggu depan, kamu kerja dengan ayah. Ayah taknak dengar apa apa dari kamu" kata tegas Encik Amer.
End flashback
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...