~104~

422 41 2
                                    

"ARYAN"

Tanpa banyak kata, Farah melempang Aryan sekuat hatinya. Terjatuh ke belakang Aryan dibuatnya membuatkan Ayuni dan Farah ketawa.

"Lah, baru kena lempang sikit dah jatuh. Ni belum angkat kau lagi Yuni oii. Mahu patah riuk budak ni nanti kang" kata Farah yang tergelak. Dia tidak dapat menahan ketawa melihat Aryan yang terjatuh itu.

"Yang kau menangis ni dah kenapa? Lap air mata tu. Kalau berharga takpe jugak" kata Farah yang membaling bekas tisunya pada Ayuni.

"Oh lagi satu" kata Farah yang melihat sekeliling dan ternampak pasu bunga mini di atas meja berdekatannya. Diambil pasu kaca itu dan diserahkan pada Ayuni. Ayuni memandang bekas kaca itu dengan blur.

"Nak buat apa dengan bekas ni?" tanya Ayuni yang loading. Farah menepuk dahinya melihat sepupunya itu dijangkiti dengan virus Blur Nureen.

"Aku kasi kau dua target. Satu mamat ni. satu lagi minah tu. Kau rasa nak target mana satu" kata Farah membuatkan Ayuni mengangguk faham. Dengan senyuman penuh bermakna, dia membaling bekas kaca itu pada Amelia yang tersandar di dinding sambil mengigil ketakutan.

Balingan itu terkena kaki Amelia dan serpihannya terkena juga kakinya. Ayuni lantas menghigh five Farah dengan gembira.

Aryan yang bangun itu disedari oleh Ayuni. Dia cuba untuk menolong Aryan namun ditolak kasar oleh Aryan sendiri.

Farah apa lagi, ditariknya rambut Aryan membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan. "Lain kali orang nak tolong terima je dengan ikhlas." bebel Farah sambil mengeratkan lagi genggamannya.

Ayuni tiba tiba muntah darah di situ membuatkan Farah panik. Masih menarik rambut Aryan, dia datang memerhatikan Ayuni yang masih muntah darah itu.

Amelia yang melihat perkara itu dari jauh tersenyum kecik melihat plannya sudah berjaya. Namun Farah perasan tindakan Amelia itu dan pura pura tidak mengetahuinya sampai masa yang sesuai.

"Kau muntah banyak banyak. Nak muntah dekat minah pelacur tu pun boleh, aku tak kisah. Tapi bagi aku mintak tolong dekat Dark Knight" kata Farah yang lantas keluar dari pejabat Aryan itu.

"Wee mangkuk......." Tidak sempat menghalang, Farah sudah keluar dari pejabat Aryan. "Kalau ye pun, lepaskan la suami aku tu. Yang kau heret tu laki aku nyah" kata Ayuni dengan perlahan.

Tak lama kemudian, Dark Knight datang ke situ dengan muka cemas memasing. Farah yang masih memegang erat rambut Aryan mengheret Aryan satu ofis untuk mendapatkan bantuan dari Dark Knight.

"Tolong bawak minah ni ke tempat lain. Menyemak je pemandangan aku. Dah la ofis ni tak cantik, tambah pulak dengan minah ni. Kalau aku, memang tak ingin nak masuk dekat sini lagi" kata Farah.

Dia lantas mendapatkan Ayuni yang sudah habis muntah. Akhirnya, genggaman tangan Farah pada kepala Aryan dilepaskan.

"Jangan ingat kau boleh lari dari aku" kata Farah dengan tegas. Beberapa minit lepas tu, beberapa abang nurse datang ke situ dan menolong Ayuni untuk dihantar ke hospital.

Farah yang melihat dua orang nurse itu membantu Amelia lantas menahannya. "Biarkan dia macam tu. Luka kecil macam tu takkan tak dapat tahan kot. Bukannya lepas lima kali 'buang' anak haram patut dah tak rasa sakit ke kalau luka sikit" sindir Farah sebelum pergi dari situ.

Nick membawa Farah menuju ke hospital untuk menemani Ayuni manakala Dark Knight pulang ke rumah untuk mengambil Blue Roses untuk dibawa sekali menuju ke hospital.

Sesampai saja di sana, Farah mendaftarkan boring pesakit Ayuni bersama Nick. sebaik saja selesai, mereka berdua berdiri di luar bilik kecemasan.

Gugup hati Farah bila melihat Ayuni yang muntah sebanyak itu dalam hidupnya. Ditambah juga dengan helaian rambut yang datang dari mana dan beberapa lagi benda halus yang turut ada di darah muntah itu.

Blue Roses datang ke situ dan memeluk Farah yang mula menangis. Mereka cuba menenangkan sesama sendiri dan yakin yang Ayuni akan sihat sihat saja seperti sebelumnya.

Tak lama kemudian, doktor yang merawat Ayuni keluar dari bilik kecemasan. Blue Roses segera mendapatkan doktor itu.

"Macam mana dengan keadaan setan tu sekarang dok?" tanya Farah. Doktor tersebut memandang Farah dengan pelik. Dia rawat sapa sebenarnya? Manusia ke setan?

"Dah la tu dok. Biarkan dia macam tu. Otak tak berapa betul" kata Nureen yang mengetuk kepala Farah dengan kuat.

"Oh, ok? Pesakit sekarang kekurangan banyak darah akibat muntah darah. So, saya sudah salurkan bekalan darah yang cukup untuk dia agar badannya sihat kembali" kata doktor itu.

"Terima kasih dok" kata Athirah sebaik saja doktor itu meminta diri untuk pergi. "Boleh tak jangan buat perangai gila kau dekat sini" kata Athirah yang marah pada Farah.

"Bukan selalu" kata Farah sambil membuat muka 50 sen. Setiap hari, mereka bergilir gilir menganti tugas untuk merawat Ayuni di hospital sehingga Ayuni dibenarkan balik.

"Weh, kau tak terasa nak berubat ke? Aku tengok kau macam dah nak mati je. Baik kau pergi berubat" kata Farah yang meluangkan masa bersama Ayuni di taman mini mereka.

"Aku bukan taknak tapi kau tengok la sikap si Aryan tu lepas benda tu jadi" kata Ayuni yang mengeluh perlahan. "Aku tahu memang sakit tapi jangan nak mati depan mata aku boleh tak? Kalau nak matipun, belakang aku. Jangan sesekali kau berani mati depan aku" ugut Farah sambil menghulurkan pisau makan ditangannya.

"Memang tak la aku nak mati depan kau. Baik aku mati depan lelaki hensem je. Atleast maruah aku terjaga" kata Ayuni yang menyindir Farah.

"Amboi, ada yang aku tolak masuk kolam ikan ni kang" kata Farah yang menunjuk ke arah kolam ikan berdekatannya.

"Tapikan, kau rasa Aryan tu boleh berubat lagi ke?" tanya Ayuni yang tidak pasti. "Boleh, aku tahu nak buat macam mana tentang Aryan tu." kata Farah.

Dia dah bincang dengan Dark Knight untuk menghantar Aryan pergi ke pusat rawatan islam bagi pulihkan Aryan balik dari minyak pengasih yang diberikan oleh Amelia.

"Jangan nak mengada ngada tumbuk laki aku tu eh. Aku lesing kau nanti. Dah la tarik rambut dia sampai pusing satu pejabat" kata Ayuni. Farah tergelak mendengar perkara itu dan baginya benda tu kelakar.

"Tak, yang masalahnya aku genggam je rambut dia. Tapi dia tu yang tak melawan balik dah kenapa. Kan dah kena tarik dengan aku gi pusing satu ofis" kata Farah sambil ketawa jahat.

"Dah dah. Kenapa tu jangan nak melebih sangat. Kang bukan kita je ada dekat sini. Kak punti pun ada nanti kang" kata Ayuni yang melihat Farah masih tergelak jahat.

"Biarla kak punti tu join kita sekali. Bukan selalu pun dia join" kata Farah yang mendapatkan ketukan kepala dari Ayuni.














TO BE CONTINUE~~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now