Hari demi hari Amelia tinggal di situ, dia mula menunjukkan belangnya yang sebenar.
Di depan Dark Knight terutamanya Aryan, dia menunjukkan sisi baiknya namun dibelakang, dia menunjukkan belangnya.
Blue Roses menahan semua perangai melampau Amelia untuk meneruskan plan mereka. Amelia semakin senang dengan layanan yang diberikan oleh Aryan dan Dark Knight.
Sehingga satu hari dimana Blue Roses dan Dark Knight terpaksa pergi ke pejabat mereka kerana meeting tergempar diadakan oleh lembaga pengarah.
Amelia yang bosan duduk di dalam biliknya membuat keputusan untuk berjalan jalan di luar rumah itu.
Dia mengelilingi taman belakang rumah dengan senang hatinya dan memikirkan cara untuk membuatkan Aryan berkahwin dengannya dan mengusir Dark Knight dan Blue Roses dari rumah tersebut.
Sedang asyik dia berfikir tentang plannya, dia terpandang taman mini yang tersorok di situ. Dia melihat dua orang perempuan yang membelakanginya sedang sibuk berborak antara satu sama lain.
Dia cuba untuk mendekati dua perempuan itu tapi dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.
'Farah? Ayuni? Takkan diorang hidup lagi? Bukan diorang dah mati ke' fikir Amelia sendiri.
Dia perasan dua pembantu menuju ke arahnya dan bersembunyi di sebalik pokok besar di situ.
"Puan Farah, Puan Ayuni. Sekarang masa untuk berehat dalam bilik" kata salah seorang pembantu itu.
Amelia terkejut mendengar perkara itu. Dia memandang Farah dan Ayuni yang berada di kerusi roda ditolak keluar dari taman mini itu.
Dia mengikuti jejak Farah dan Ayuni dengan perlahan dan terlindung untuk mengetahui bilik Farah dan Ayuni. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat yang Farah masuk ke bilik Nick dan Ayuni masuk ke bilik Aryan.
'Tak, tak mungkin benda ni boleh berlaku. Aku kena bunuh dia sekarang jugak' kata Amelia yang nekad. Dia mencari gunting di salah satu bilik yang terbuka dan menjumpainya.
Digenggam gunting itu dengan erat, dia melangkah ke bilik Aryan dengan niatnya untuk membunuh Ayuni. Namun belum sempat dia membuka pintu itu, Aryan menahan pergerakannya.
"Apa yang kau buat dekat sini?" kata Aryan yang memandang Amelia dengan tajam.
Amelia menyembunyikan gunting di tangannya dan berpura pura manja.
"Aku nampak Ayuni masuk dalam bilik ni" kata Amelia yang ketakutan. "Mana ada Ayuni. Ayuni dah lama mati" kata Aryan dengan tegas.
"T-Tapi-"
"Nak sangat kan, tengok la" kata Aryan yang membuka besar pintu biliknya itu.
Amelia memandang ke dalam bilik Aryan namun kelibat Ayuni tidak dijumpainya.
"Puas hati kau? Sekarang masuk bilik. Pergi rehat sana. Mungkin kau dah penat" kata Aryan dengan tegas. Amelia menurut kata Aryan dan meninggalkan bilik Aryan.
"Aku taknak anak aku cacat disebabkan kau" kata Aryan sebelum masuk ke dalam biliknya.
Tersentak Amelia di situ. Dia mula meraba perutnya dan terkejut. Dia segera masuk ke dalam biliknya.
Amelia memandang pantulan dirinya di cermin. Dirinya yang berisi itu diteleknya. Dia yakin yang dia lihat sebentar tadi adalah Ayuni dan Farah.
"Aku akan bunuh kau sampai kau mati" kata Amelia dengan nekad.
Sebaik saja malam, dia perlahan keluar dari biliknya. Dia memandang sekeliling dan mula menuju ke dua bilik bersebelahannya.
Dia membuka pintu itu dan melihat bilik itu kosong seperti tiada yang mengunakannya. Dia perlahan menuju ke dapur untuk mengambil pisau.
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...