.47.

1.3K 57 1
                                    

"Bosannya sekolah" kata Nureen yang membelek buku rujukannya. Mereka sudah berada dalam fasa nazak iaitu fasa SPM. Semua budak form 5 sibuk study untuk memudahkan mereka jawab SPM nanti

"Wee, aku, satu hapak pun tak faham apa yang aku baca" kata Ieqa yang membelek komik.

"Kalau bodoh tu simpan tuk diri kau sorang. Orang lain baca buku rujukan, kau pulak baca komik" kata Ayuni yang fokus membuat latihan

"Cakap dekat aku sorang tapi tu tengok sebelah kau tu baca buku apa" suruh Ieqa yang menyimpan buku komiknya

"Dia baca buku ru-.......... Ni lagi satu bodoh. Dah nak SPM gi baca novel" kata Ayuni yang menepuk kepala Farah

"Weee, sakit la kepala aku. Kau pahal tepuk kepala aku" marah Farah yang ketenangannya terganggu.

"Wee makcik, kalau ye pun kau pandai jangan nak menunjuk dekat sini la" kata Ieqa yang menghadap buku latihannya

"Kisah apa aku. Dah pergi sana main je jauh" kata Farah yang sambung baca novel. Novel tersebut dirampas dengan kejam dari tangan Farah

"Waeyo?" kata Farah pada Nick.

"Baca buku lain not novel or komik. Sekarang ni dah nak SPM" kata Nick yang menyimpan novel Farah dalam laci meja dia

"Sikit lagi dah nak habis" kata Farah yang tak puas hati

"Nope. Jangan nak melawan" kata Nick dengan tegas

"Tak dengar cakap suami berdosa besar" sampuk Aryan

Ayuni lantas menolak meja Aryan manakala Farah mengetuk kepala Aryan.

"Kau ni giler kuasa la. Dekat memana pun kau nak giler kuasakan. Kau cakap lagi sekali benda tu aku tumbuk kau" ugut Farah yang tidak puas hati dengan Aryan.

Dia lantas mengeluarkan buku rujukannya dan tidur. Boleh pulak dia jadikan buku tu bantal dia. Ayuni pula join Farah yang sudah tidur. Tak lama kemudian, Ieqa pula yang join minah berdua tu tidur.

"Aik, patutla senyap. Pergi tidur pulak" kata Athirah yang perasan keadaan sunyi.

Dark Knight dan Nureen lantas memandang minah beruk bertiga tu tidur dengan nyenyaknya.

"Wooiii bangun." kejut Mieza dengan perlahan mengerakkan kerusi Ieqa

"Biarkan mereka tidur. Lagipun, diorang tidur lewat selalu" kata Nick yang sambung baca

"Tidur lewat? Tuk apa?" tanya Aryan yang pelik

"Tu la kau. Tidur tak ingat dunia. Mereka study time malam" kata Mieza

"Study? Rajinnya" kata Aryan yang sambung study. Tak lama kemudian, kak sal masuk kelas untuk mengajar mereka. Kal sal perasan tiga beruk yang sedang nyenyak tidur di belakang.

"Farah, Ayuni, Ieqa. Bangun sekarang" panggil kak sal. Ayuni dan Ieqa lantas bangun sebab suara kak sal tapi Farah still tidur lagi. Ayuni lantas mengambil airpod dan kejutkan Farah.

"Wee bodoh bangun. Kak sal dah kejut tadi" kejut Ayuni

"Thanks bodoh" balas Farah yang membuat regangan

"Syok kamu tidur dalam kelas. Patutnya kamu buat study memandangkan tak lama lagi exam SPM" bising kak sal

"Bagi kami tidur cikgu sal. Kami mengantuk ni" kata Farah yang mengantuk

"Ok. Jawab semu soalan cikgu and kamu boleh tidur sepanjang masa cikgu" kata kak sal

"Boleh bossku" kata Ayuni, Farah dan Ieqa serentak. Kak sal lantas membuka teponnya tuk cari soalan SPM.

"Ieqa, terangkan tentang pembuatan asid sulfurik" kata cikgu sal

"Proses pembuatan asid sulfurik adalah proses sentuh. Ia menggunakan mangkin vanadium v oksida dalam tekanan 1 atm dan bersuhu 450 hingga 500" kata Ieqa

"Baikla, kamu boleh tidur. Seterusnya Ayuni, terangkan pasal prinsip pascal" kata cikgu sal

"paskal bukan tentera laut ke cikgu?" tanya Ayuni yang blur

"Fizik sakai." kata Farah yang menguap

"Ohh, prinsip pascal ialah tekanan yang dikenakan pada cecair di dalam bekas tertutup akan dipindahkan secara seragam ke semua arah. Formulanya adalah pa=pb" kata Ayuni yang lantas tidur

"Aik, terus tidur? Baikla Farah, terangkan tentang mitosis" kata cikgu sal

"Mitosis adalah pembahagian sel induk untuk menghasilkan 2 sel anak. Mitosis ada 4 fasa iaitu pak mat, profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Kemudian sel itu akan mengalami sitokinesis untuk membentuk 2 sel anak" kata Farah yang mengantuk

"Baikla. Kamu boleh tidur. Yang lain boleh sambung study" kata kak sal

Farah lantas menyumbat airpod ke telinganya dan tidur dengan aman tanpa gangguan makhluk sepanjang masa kak sal.

***

Sudah tiba saatnya untuk form 5 mengambil ujian paling penting dalam hidup mereka, SPM. Penting ke? Tahla.

"Semua barang dah ada kan? Takde yang tertinggal?" tanya Farah untuk buat pemeriksaan terakhir

"Ieqa tertinggal otak dia dekat rumah. Macam mana ni?" tanya Ayuni

"Aku rasa otak kau yang tertinggal" kata Farah yang malas nak melayan Ayuni yang ingin bergurau.

"Aku bergurau jela. Apa pun, good luck gaiss" kata Ayuni

"Dahla. Jom beratur cepat" kata Nick yang terpandang cikgu yang bertugas memanggil calon SPM tuk berkumpul. Blue Roses lantas bersalaman dengan Dark Knight kononnya mintak restu biar semua berjalan lancar.

Skip

"Merdeka" kata Ieqa sebaik saja keluar dari dewan peperiksaan

"Woiii, tak de adab ke hah. Menjerit macam orang giler. Kau tertinggal otak kau dalam dewan ke ni hah" kata Ayuni yang sakit telinga sebab Ieqa berada di sebelahnya

"Sorry la. Aku happy yang kita dah habis sekolah" kata Ieqa yang happy tu

"Tapi lepas ni kita akan busy dengan syarikat" kata Farah yang spoilkan mood Ieqa

"Kau ni tak habis nak spoilkan mood aku. Memang tak bagi aku gembira sikit la" merajuk Ieqa dibuatnya. Dark Knight hanya memandang saja Blue Roses yang kebudak budakkan.

"Apa kata kita gi cuti lepas ni?" tanya Aryan

"I don't think so sebab lepas ni kita akan sibuk uruskan pasal graduasi" kata Nick. Farah lantas tersedar sesuatu.

"Kau kenapa ni Farah? Ok tak?" tanya Nureen yang melihat Farah

"Oh tak. Aku baru teringat pasal benda tu nasib ada orang ingatkan kalau tak memang tak berlaku la graduasi" tipu Farah

"Dahla. Graduasi tu lambat lagi nak buat. Bulan 3 nanti kan sekali dengan keputusan SPM" kata Mieza

"Senangnya kau cakap. Graduasi dengan result SPM bulan 3 nanti tapi kita kan ada malam prom" kata Farah

"Haah la. Kenapa majlis penting tu aku boleh lupa" kata Nureen

"Kau memang nyanyuk pun so aku tak terkejut kalau kau lupa" kata Farah dengan dingin

"So kita nak bincang bila pasal ni?" tanya Aidil

"Kita bincang esok jela dengan yang lain. Aku nak majlis tu berjalan dengan lancar" kata Farah 

























TO BE CONTINUE ~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now