Hari demi hari, keakraban Dark Knight dan Blue Roses menjadi tumpuan semua pelajar di sekolah itu. Amelia yang memerhati keakraban mereka itu mula dengki pada Blue Roses terutama sekali pada Ayuni.
Dia tidak suka Ayuni rapat dengan Aryan walaupun setakat bergaduh saja. Dia takut yang Aryan akan tinggalkan dia sama seperti bekas kekasihnya dulu yang curang belakang dia secara diam diam.
"Aku takkan kalah dengan kau Ayuni. Aku akan buat apa saja untuk dapatkan Aryan walaupun aku kena bunuh kau" kata Amelia dengan nekad dan beredar dari situ.
Ayuni yang perasan sesuatu terpandang Amelia yang jauh dari situ. Perasaannya mula tidak senang melihat Amelia di situ.
"Kau tengok apa tu Yuni?" bisik Ieqa memandangkan mereka tengah berada dengan Dark Knight.
"Aku perasan macam Amelia tu tak suka je dekat aku" kata Ayuni yang melihat Amelia dari jauh.
"Alah, lantak dia la minah tu. bukannye dia ada kaitan dengan kita pun" kata Ieqa yang cuba menenangkan Ayuni.
"Betul jugak. Bukan ada kaitan dengan aku so buat apa aku nak risau" kata Ayuni yang tidak mahu memikirkan perkara itu lagi.
Tanpa sangka, Dark Knight dapat rasa apa yang dirasakan oleh Ayuni sebentar tadi terutamanya Aryan. Perasaannya mula berbelah bahagi terhadap Ayuni dan Amelia.
Dark Knight Villa
"Weh Aryan" panggil Nick yang baru tiba di ruang tamu. Aryan yang terlentang melihat tv memandang Nick yang duduk di sofa sebelahnya.
"Hang nak apa?" tanya Aryan yang tidak memberikan perhatian pada Nick. Matanya tertumpu kuat pada tv itu memandangkan dia tengah tengok drama Hollywood kegemarannya.
"Aku nak tanya ni sakai. Kau macam mana dengan Amelia sekarang ni?" tanya Nick sambil chat dengan Farah dekat wassap.
"Asal? Kau nak masuk jarum sekali ke apa?" tanya Aryan yang tidak senang dengan soalan Nick itu. Nick memandang Aryan dengan muka tak percayanya.
"Weh bongok. Aku nak cakap ni, baik kau jangan mainkan perasaan Amelia kalau betul kau dah takde hati dekat dia" kata Nick menasihati Aryan.
"Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Memang betul aku suka dekat Amelia tapi dalam masa yang sama aku suka dekat minah mangkuk ayun tu" kata Aryan setelah Nick berjaya mengambil perhatiannya.
"Aku cuma nak nasihatkan kau je. Aku takut yang si Amelia tu kena fake hope dengan kau. Kang merana budak tu. Belum tambah lagi dengan minah mangkuk ayun kau tu" kata Nick.
"Hmm. Nanti la aku fikirkan. Lagipun, Amelia tu bukannya tahu pun yang aku suka dekat dia" kata Aryan yang hilang mood tengok drama kegemarannya.
"Ok, tapi ingat. Kau ada satu hati untuk dijaga sekarang. Jangan sebab sikap tamak kau, kau lepaskan hati yang ada untuk yang baru" pesan Nick sebelum pergi dari situ.
Aryan memandang Nick yang pergi dari situ dengan berat hatinya. Bukan sebab dia gay eh. Dia tengah fikir patut ke dia lepaskan perasaannya dekat Ayuni untuk Amelia ataupun lepaskan Amelia untuk Ayuni.
Dia melangkah ke kolam ikan di luar rumah. Taman mini mereka diterangi dengan cahaya bulan yang malar. Dia dapat melihat pantulan bulan penuh di permukaan kolam itu.
"Mungkin aku perlukan masa untuk tentukan siapa yang patut ada dengan aku" kata Aryan. Dia duduk di situ hingga tengah malam melayan perasaannya yang tidak tentu.
"TENGKU ARYAN SHAH"
Aryan yang sedang bertugas berkawal di bahagian padang sekolah dan beberapa tempat sukan memandang Ayuni yang berlari mendapatkannya.
Amelia yang menemani Aryan itu mendengus geram melihat kehadiran Ayuni di situ. Dia menyumpah Ayuni kerana merosakkan keadaan dia dan Aryan.
"Ada apa kau panggil aku mangkuk" tanya Aryan yang pelik. Selama ni Ayuni mana pernah nak jumpa dia secara depan depan sendiri.
"Weh mangkuk, kau lupa ke yang harini ada perjumpaan dengan Grandpa." kata Ayuni sambil mengambil nafasnya yang hilang.
Aryan lantas menepuk dahinya. Dia lupa pasal perkara itu memandangkan Amelia mengajaknya untuk meronda hari tu.
"Sorry, aku lupa" kata Aryan. "Sorry taik hidung kau la. Jom cepat. Kang ada yang aku penggal kepala dia kang dekat sini" kata Ayuni yang marah.
Tak pepasal dia terpaksa cari Aryan satu sekolah sebab Aryan pergi meronda dengan Amelia. Amelia? Ayuni memandang sebelah Aryan dan melihat Amelia yang seakan tidak menyukai kehadirannya di situ.
"Patut la lupa. Tengah date rupanya. K lah, cau dulu. Enjoy your date" kata Ayuni yang lantas beredar dari situ. Entah kenapa dia berasa sakit di hatinya.
Aryan panik melihat Ayuni pergi dari situ lantas berlari ke Ayuni meninggalkan Amelia di situ berseorangan. Dia lantas menari tangan Ayuni dan berlari dari situ sambil berpegangan tangan.
Amelia cemburu melihat Ayuni yang dapat perhatian Aryan dengan senang. Dia mencampakkan buku nota kawalannya di tanah dengan geram.
"Kenapa kau datang dekat sini? Kenapa kau hidup lagi lepas kena tembak dengan The Divas tu. Aku patut tembak kau instead orang yang aku upah tu" kata Amelia yang beredar dari situ. Tiada mood untuknya meronda lagi.
"Hah, sampai pun" kata Farah yang melihat Ayuni dan Aryan yang tiba di situ. Aryan memandang pelik ke arah Dark Knight dan Blue Roses.
"Mana Grandpa?" tanya Aryan yang keliru.
"Kau merepek apa ni nyah?" kata Mieza yang pelik dengan Aryan itu.
"Tadi Ayuni cakap kita dah lewat nak gi jumpa Grandpa" kata Aryan dan mula sedar yang Ayuni menipunya.
Dia memandang Ayuni yang tiada reaksi. Kebiasaannya, Ayuni akan gelak bila dirinya dikenakan tapi Ayuni malah mendiamkan diri saja.
"Dahla, jom masuk kelas" kata Athirah yang tidak tahu dan tak nak ambik tahu apa yang terjadi antara Ayuni dan Aryan.
Mereka bersepuluh bergerak menuju ke kelas mereka. Aryan memandang Ayuni yang masih mendiamkan dirinya dan tidak melayan sesiapa yang cuba bercakap dengannya.
Aryan menahan Ayuni menyebabkan mereka berdua terpisah dari Dark Knight dan Blue Roses. Ayuni memandang Aryan yang berdiri di hadapannya dengan riak kosongnya. Dia memberikan Aryan aura di mana dia tidak mahu bercakap langsung dengan Aryan.
"Ayuni, kenapa kau macam ni? Dari tadi kau senyap? Kenapa? Tak puas nak kenakan aku ke tadi?" tanya Aryan bertubi tubi.
Ayuni tidak menjawab dan cuba untuk pergi dari situ. Aryan menahan tangan Ayuni dari pergi tinggalkan dia. Dia dapat rasakan apa yang tak kena dengan Ayuni.
"Kau jeles ke yang aku rapat dengan Amelia?" tanya Aryan dengan perlahan. Hanya mereka berdua dapat dengar soalan itu.
"Sapa cakap aku jeles? Kau ada hak untuk berkawan dengan sesiapa pun. Bukan hak aku untuk halang kau berkawan dengan sesiapa pun." kata Ayuni yang menafikan perkara itu.
"Dah tu, kenapa kau tak cakap dengan aku?" tanya Aryan. "Sebab aku tak de masa nak layan perangai playboy kau tu" kata Ayuni dengan lemah.
Secara natural, Aryan memeluk Ayuni dan mengelus lembut bahu Ayuni. Dia dapat rasakan air mata Ayuni membasahi bahunya.
"Jangan salah faham dengan apa yang berlaku. Aku dengan dia cuma kawan je, tak lebih dan tak kurang dari tu. Aku takkan curang dekat belakang kau, Yuni" kata Aryan.
TO BE CONTINUE~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...