"Farah"
Farah yang baru saja sedar dari tidur terkejut dengan jeritan dari Ayuni dan Ieqa. Nurse yang berada di situ lantas mengisyaratkan supaya mereka tidak membuat bising di situ.
"Sorry" kata Yuni dengan Ieqa perlahan. Mereka berempat lantas berdiri di sisi Farah. Nureen membantu Farah untuk duduk.
"Korang berdua kalau tak buat bising memang tak sah. Ni nasib aku dah terjaga kalau tak mahu nye dah meninggal dulu" kata Farah yang minum air.
"Mulut tu kalau boleh celupar lagi. Ni, kan aku dengan Nureen dah pesan jangan pergi pejabat kang beranak dekat office. Tengok apa dah jadi" kata Yuni yang start sesi bebelannya.
"Betul tu, nasib Nureen ni suruh Nick jenguk kau dekat office. Ni pun dia tak tahu yang kau senyap senyap pergi office tau. Kalau tak mengamuk dia dekat kau" kata Ieqa.
"Sorry la, lagipun banyak kerja la dekat office tu" kata Farah tanpa rasa bersalah.
"Memang, kerja je yang kau pentingkan. Ni baby mana?" tanya Athirah.
"Ada, nanti nurse bawakkan ke sini tuk menyusu" kata Farah.
"Ni kau takde complication kan?" tanya Nureen
"Setakat ni takde pun. Tapi tu la tekanan darah aku rendah sangat sebab darah banyak keluar time bersalin" kata Farah
"Lepas ni jangan degil sangat, buat semua benda ikut kata kepala otak kau je. Ni time berpantang ni jangan harap kau dapat masuk office lagi" kata Ayuni dengan nada tegas.
"Ok Puan Ayuni. Saya menurut perintah ye" kata Farah yang malas nak melayan perangai mereka sorang sorang.
Tak lama kemudian, datang nurse bersama troli baby masuk ke dalam wad Farah. Nurse tersebut meletakkan troli itu di tepi katil Farah dan memberikan baby di troli itu kepada Farah. Farah mengambil bayi itu dan didukung dengan lembut.
"Comelnye" kata Blue Roses menengok bayi yang didukung Farah. Ayuni lantas mencubit lembut pipi baby itu.
"Sapa nama dia?" tanya Athirah
"Tak tahu lagi. Aku tak bincang dengan Nick lagi" kata Farah.
"Korang still dekat sini lagi ke? Laki korang semua call aku tanya pasal korang semua" kata Nick yang baru tiba di ward Farah
"Ye ke? Kau jangan memain" kata Nureen yang memandang Nick
"Betul la, laki korang semua tengah risau dekat rumah tu cari korang. Diroang call pun tak angkat" kata Nick
"Bila masa pulak diorang call?" tanya Ieqa yang segera memandang ke teleponnya. Terdapat beberapa miss call dari Mieza.
"Wee, tengok phone memasing" kata Ieqa yang cemas
"Haah?"
Segera yang lain memandang telepon mereka masing masing, terdapat miss call dari suami mereka sendiri.
"Mati la kita nak" kata Nureen yang memandang ke arah Ieqa, Athirah dan Yuni.
"Buat apa lagi? Kita balik la. Farah, kau tunggu turn kau bila kau balik rumah. Bye" kata Ayuni yang ditarik keluar dari ward Farah. Farah memandang saja gelagat mereka berempat keluar dari wardnya.
"Masih sakit lagi ke?" tanya Nick yang mengusap ubun ubun Farah. Farah hanya mengelengkan kepalanya dan memandang baby yang berada di dakapannya.
"Comel, macam Farah" kata Nick.
"Dia ada mata dan rambut macam kau" kata Farah yang menyusukan babynya itu.
"Kita nak namakan dia apa?" tanya Nick.
"Tengku Aliana Eryna" cadang Farah.
"Cantik nama tu." kata Nick yang tersenyum pada Farah.
"Hai sayang, papa dengan mama akan jaga sayang. Sayang membesar dengan baik eh, jangan susahkan kakak, papa and mama" kata Nick yang bercakap dengan Alia seperti dia mengerti apa yang Nick katakan itu.
"Bila aku boleh keluar dari sini?" tanya Farah
"Doktor cadangkan untuk tahan kau 2, 3 hari lagi sebab takut kau ada komplikasi lepas bersalin. Pasal Ain dengan Airin, aku dengan yang lain akan jaga. Yang penting sekarang ni, kau dengan Alia kena sihat dan kuat macam biasa" kata Nick.
"Hmmm, yela" kata Farah yang sudah redha.
Dia tahu yang lepas ni dia tidak mampu mengandung lagi kerana masa dia bersalinkan Alia, dia hampir meninggal dunia. Doktor sarankan agar dia tidak mengandung lagi or mengambil beberapa tahun untuk mengandung lagi.
"Hei, fikir pasal apa ni? Orang panggil pun tak dengar" kata Nick yang perasan Farah termenung.
"T-tak, just terfikir yang kalau aku mengandung lagi nanti akan ada banyak komplikasi yang akan berlaku" kata Farah.
"Farah, aku kahwin dengan kau bukan untuk zuriat tapi aku sayang kau dengan seadaanya. Soal anak ni kita serahkan pada yang Esa. Kita hanya mampu merancang tapi dia ada rancangan yang lebih baik untuk kita.
Kalau kau tak boleh mengandung pun, aku dah bersyukur sebab kau selamat lahirkan semua anak kita walaupun kau dalam keadaan tidak sihat" kata Nick yang memberi semangat.
"Ok" kata Farah dengan tenang
Beberapa hari kemudian,
"Semua dah ada kan?" tanya Nick yang mengalas beg pakaian Farah. Farah hanya mengangguk kepala sambil mengendong Alia. Mereka berdua lantas meninggalkan hospital selepas membuat bayaran hospital.
"Farah"
"Mama"
Kedatangan Farah disambut dengan meriah oleh Blue Roses dan anak Farah. Memasing tidak mahu mengalah memeluk erat Farah.
"Dah la tu, kau nak aku mati awal ke" kata Farah yang sudah rimas dipeluk dengan Ayuni dan Ieqa.
"Sorry"
"Sorry not sorry ah" kata Farah yang masuk ke dalam rumah.
"So kau dah sihat la sekarang ni" kata Nureen
"Haah, but kena pantang lebih sikit" kata Farah.
"Ok la tu, kau pun satu. Bukan senang nak ikut pantang ni semua" kata Athirah.
"Eh, melampau ni. Mana Dark Knight? Tak nampak pun" kata Farah yang perasan keadaan rumah yang kosong sementara anak mereka semua berada di taman belakang rumah untuk bermain.
"Pergi kerja la farah oii, laki kitaorang ni bukan CEO macam laki dia boleh cuti sesuka hati" kata Ieqa.
"Eh, mengata aku pulak eh" kata Nick yang dibahan.
"Betul la, untung le dapat kahwin dengan CEO. Nak cuti pun last minit takde hal" kata Ayuni yang mengusik Farah.
"Amboi, bukan main lagi nak perli aku. Fikir jadi CEO ni senang? Berlambak kerja aku dekat office tu tahu tak" kata Farah
"Berlambak apanye kalau semua kerja kau aku yang buatkan. Acah je lebih" kata Nureen pulak
"Amboii, demand nampak. Dah la lepas ni aku pecat korang bertiga." kata Farah
"Giler kuasa la kau ni. Nampak ah berjangkit dengan sapa" kata Ieqa yang ingin kenakan Yuni
"Eh, asal pulak kau pandang aku? Tahu la aku cantik tapi jangan pandang macam tu" kata Ayuni yang perasan dirinya jadi tumpuan.
"Perasan lebih. Nak muntah aku tengok muka kau hari hari tahu tak" sindir Farah.
TO BE CONTINUE ~~~
YOU ARE READING
[C] Blue Roses
Teen FictionKembalinya Blue Roses ke Sapphire High School untuk membalas dendam kepada pembunuh kawan baik mereka. Kehadiran Dark Knight dalam hidup mereka menjadi penghalang bagi Blue Roses. Kehilangan Tengku Farah Ain bersama The Diva merisaukan semua orang...