~106~

459 37 8
                                    

Beberapa bulan kemudian,

"Hai Aryan" kata Amelia sambil tersenyum. Dia memandang Aryan yang dingin itu. Walaupun banyak cacian dan carutan Aryan berikan pada dirinya, dia masih tidak serik untuk mengejar Aryan.

Sekarang, Aryan sudah terlepas dari genggaman Amelia. Jin yang dihantar oleh Amelia sudah tiada pada dirinya. Dia menyesal dengan apa yang dia buat pada Ayuni selama dia tidak sedarkan diri disihir oleh Amelia.

Namun dia masih tidak tahu siapa yang menghantar jin itu pada dirinya. Siapa yang terlampau dengki akan keluarganya sehingga menyiksanya sebegitu rupa?

Dia memandang Amelia di meja kerjanya dan dipanggil masuk ke dalam ofisnya. Surat berhenti kerja berada di dalam genggamannya dipegang erat.

"Amelia, selama ni aku anggap kau sebagai kawan aku. Tapi ini untuk kebaikan kita berdua. Kau dibuang kerja dan ini gaji terakhir kau jadi PA aku" kata Aryan yang menyerahkan surat berhenti kerja Amelia dan gaji selama 3 bulan seperti dalam syarat pekerja.

Amelia terkejut mendengar perkara itu. Tidak terlintas dalam fikirannya yang dirinya akan dibuang kerja oleh Aryan sendiri.

Tangannya digenggam. Cuma satu cara saja yang dia boleh lakukan untuk dapatkan Aryan.

"Aku pun nak bagitahu kau satu benda" kata Amelia yang membuka laci dan mengambil sesuatu.

Aryan memandang Amelia dengan pelik. Gambar scan bayi dan alat pregnancy yang menunjukkan positive diserahkan pada Aryan.

Aryan memandang pelik dua benda itu. "Aku mengandungkan anak kau" kata Amelia yang menunjukkan perutnya yang sudah terbentuk itu.

Aryan tersentak dengan perkara itu. Dia tidak tahu apa yang patut dia lalukan sekarang. "Ini bukan anak aku" kata Aryan dengan tegas.

"Ni betul betul anak kau Aryan. Ki- kita buat benda ni sama kau penat buat kerja kau. Time tu, Farah dan Ayuni datang lepas kita dah siap and nak pakai baju je" kata Amelia.

Aryan mula teringat sesuatu. Dark Knight pernah nampak dirinya dan Amelia yang dalam keadaan serabai masa tu. Aryan mengusutkan rambutnya dan menyisirnya ke belakang.

"Shit" carut Aryan. Dia ada anak luar nikah dengan Amelia sementara anak kandungnya mati dalam kemalangan beberapa bulan lepas.

Dia teringat saat dia berjumpa Ayuni yang sudah tidak berdaya lagi.

Flashback,

Ruangan kecemasan menjadi kecoh apabila 3 pesakit kemalangan dibawa masuk ke ruangan kecemasan. Para doktor dan nurse bertungkus lumus membuat kerja mereka menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Farah dan Ayuni dibawa ke ruangan ICU untuk mendapatkan bantuan selanjutnya sementara Ieqa dibawa ke bilik kecemasan.

Farah dan Ayuni yang tersepit di tempat mereka dan berlumuran darah akibat dari kesan hentakan stereng dan dashboard.

Keadaan menjadi parah apabila keadaan kereta mereka dalam keadaan terbalik. Darah dalam badan mereka sudah hampir memasuki paparu mereka apabila pihak penyelamat sampai bagi tujuan penyelamatan.

Dalam masa 15 minit, Farah dan Ayuni dikeluarkan dari kereta itu dan sebelum kereta itu meletup akibat tumpahan minyak.

Ieqa yang tercampak keluar kehilangan banyak darah. Badannya penuh dengan kesan calar dan luka terkena jalan tar.

Dahinya terhentak di pintu kereta dan jalan tar menyebabkan ketulan darah beku yang besar di dahinya. Ieqa hanya melakukan operasi untuk membuang ketulan darah beku itu saja.

Perkara lebih teruk adalah, Ayuni dan Ieqa mengandung anak kedua mereka.

Malangnya, anak dalam kandungan Ayuni telah gugur akibat hentakan kuat dan anak dalam kandungan Ieqa terselamat namun Ieqa tidak dibenarkan untuk melakukan perkara berat untuk mengelakkan keguguran.

Manakala Farah yang mempunyai kecederaan teruk di bahagian bawah perutnya menyebabkan dia tidak boleh mengandung lagi atau erti kata lain mandul.

Dark Knight, Nureen dan Athirah segera datang ke situ untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang kesihatan mereka bertiga.

"Kita doakan yang baik baik saja untuk mereka bertiga" kata Nureen yang cuba memberi semangat. Dia dan Athirah memeluk satu sama lain untuk memberi semangat.

Sungguh tidak terjangka yang hari itu akan berlaku perkara seperti ini. Dalang kemalangan itu masih tidak ditemui kerana tiada bukti ataupun petunjuk yang dapat mencari dalang tersebut.

Selepas menunggu sejam setengah, doktor yang merawat Ieqa lantas keluar dari bilik pembedahan.

"Pesakit dalam keadaan stabil dan akan bangun dalam beberapa jam atau seharian. Kandungannya dapat diselamatkan kerana kandungan tidak terjejas dalam kemalangan" kata doktor itu sebelum pergi dari situ.

Mieza mengeluh nafas lega apabila mendengar berita itu. Dia bersyukur yang Ieqa terselamat dari kemalangan itu dan tidak cedera parah namun leganya tidak dapat menutupi rasa risaunya pada Ayuni dan Farah yang masih di ruangan ICU.

Nick menguatkan pendiriannya dan semangatnya untuk Farah selamat dari kemalangan itu. Sayangnya, Aryan tiada di situ akibat badannya yang lemah dan rawatannya tidak selesai lagi.

Beberapa jam kemudian, doktor yang merawat Ayuni dan Farah keluar serentak dari ruangan ICU. Mereka lantas mendapatkan dua doktor itu.

"Pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi. Paru parunya sudah dimasuki darah namun kami sempat membuang darah tersebut. Buat masa sekarang ni, pesakit perlu gunakan topeng oksigen untuk bernafas" kata doktor yang merawat Farah.

"Pesakit ada kesan retakan di kaki dan bahunya. Malangnya, pesakit sudah keguguran akibat hentakan kuat dari kemalangan. Pesakit sekarang dalam keadaan kritikal" kata doktor yang merawat Ayuni.

Luluh hati mereka berenam apabila mendengar perkara itu. Sungguh tidak terjangka yang mereka akan terlibat dalam kemalangan seteruk ini.

Mereka melihat Farah dan Ayuni yang dipindahkan ke ward ICU manakala Ieqa dipindahkan ke dalam ward VIP. Mieza dan Aidil menuju ke ward Ieqa, Nick dan Nureen pergi ke ward ICU Farah dan Athirah dan Qalif pergi ke ward ICU Ayuni.

Aryan datang menjenguk Ayuni sebaik saja dia sihat. Dielus pipinya Ayuni dengan lembut dan perlahan. Ayuni mula tersedar dan memandang Aryan yang terkejut.

Sudah 3 hari Ayuni tidak sedarkan diri. Aryan gembira melihat Ayuni yang sudah sedar namun kegembiraannya tidak lama sebaik saja Ayuni tercungap seperti tidak cukup nafas.

Aryan memanggil doktor sambil mengenggam erat tangan Ayuni seakan tidak mahu melepaskan Ayuni walau sesaat pun. Ayuni sempat tersenyum lemah pada Aryan sebelum dirinya tidak sedarkan diri semula.

Sementara itu, tangki oksigen yang disalurkan ke Farah mengeluarkan bunyi amaran yang menunjukkan paras oksigen dalam badan Farah semakin berkurang.

"Kalau ini pertemuan kita untuk kali terakhir, aku maafkan segala kesalahan kau dekat aku" kata Nick yang sempat membisikkan perkara itu dan mencium dahi Farah sebelum meminta bantuan doktor.

Aryan segera mendapatkan Nick yang baru keluar dari ward ICU Farah dengan muka sedihnya. Dia dapat rasakan apa yang Nick rasakan sekarang ni.

Mereka berdua sedang menanti isteri mereka untuk kembali semula pada mereka dengan senyuman selepas beberapa hari mereka terseksa tanpa si isteri di samping mereka.


















TO BE CONTINUE~~~

[C] Blue Roses Where stories live. Discover now