Prolog

633 20 6
                                    

"Aku sudah mendengar kata kau, wahai manusia."

Tiba aku mendengar seseorang seakan bercakap dengan aku. Aku cuba mengangkat sedikit pandangan aku.

"Dendam kau memang sangat kuat," ujar seorang lelaki yang muncul di balik cahaya di hadapan aku.

Aku terkejut melihat kelibat lelaki berambut perang serta matanya mempunyai dua warna yang berbeza. Mata kiri berwarna emas dan mata kanan berwarna merah. Wajahnya tersenyum melihat ke arah aku.

Siapa dia? Adakah dia seorang penyihir?

"Aku tanya kau, adakah kau masih mahu hidup sekarang?"

Aku terdiam. Terkejut aku melihat dia sehingga suara aku sukar untuk keluar.

"Aku tahu dendam yang tersimpan di hati kau sangatlah kuat. Jadi aku akan beri kau peluang untuk hidup dengan satu syarat."

Lelaki itu mula menunduk melihat aku. Kepala aku yang rebah diangkat olehnya. Mata kami saling bertembung.

"Jawab soalan aku, adakah kau mahu membalas dendam atas apa yang manusia lakukan pada kau?"

Aku melihat mukanya. Dia sangat memaksudkan pertanyaan tadi. Aku yang tidak terdaya mahu bersuara itu hanya menganggukkan kepala.

Aku memang mahu membalas dendam. Bukan terhadap keluarga itu sahaja tetapi terhadap satu dunia ini.

Dunia yang dikatakan penuh keadilan, rupanya tidak. Semua itu hanya satu penipuan.

"Bagus, aku suka jiwa kau itu," lelaki tadi tersenyum.

Dan tiba-tiba satu cahaya muncul di tangan satunya. Tangan itu mula menyentuh kepala aku dan satu kesakitan yang sukar diterang mengena diri ini.

"Argh!" Aku menjerit kesakitan. Ini lebih sakit dari pukulan tadi.

Kepala aku seakan mahu pecah dan badan aku terasa panas seperti dibakar oleh api. Ini sungguh menyakitkan.

Aku tidak boleh mati sekarang. Aku mahukan dendam bukan kematian. Jadi tolong jangan ambil nyawa aku.

Tangan lelaki tadi melepaskan kepala aku. Semua kesakitan yang aku rasakan tadi terus menghilang tetapi aku masih lagi tidak terdaya.

"Aku berikan kau peluang kedua. Kau akan hidup kembali tetapi kau akan menjadi hamba aku, raja iblis," ucap lelaki itu.

Mata aku terbeliak besar.

Raja iblis!

Lelaki ini adalah raja iblis. Raja yang ditakuti oleh semua mahluk. Dia berikan aku peluang untuk hidup dan aku kena menjadi hamba dia. Kenapa dia lakukan semua itu?

"Sekarang kau adalah hamba aku. Balaslah dendam kau pada para manusia dan buat aku tertarik dengan hidup baru kau, Ryzel... Tak! Aries."

Aries?

Itu bukan nama aku.

"Ryzel bukan lagi nama kau. Kau adalah hamba aku, jadi nama baru kau ialah Aries. Dengar nama kau ialah Aries."

Aku memang sudah menjadi hamba dia. Dia menukar nama yang menjadi kebanggaan ibu bapa aku kepada nama yang aku sendiri tidak tahu maksudnya.

Lelaki itu mula berdiri. Satu cahaya muncul dibelakangnya. Aku melihat muka yang menjadikan aku hamba ini.

"Aries, balaslah dendam kau dan buatlah sesuatu untuk menarik perhatian aku," ujar dia sambil tersenyum sebelum masuk ke cahaya tadi.

Hilangnya sosok tadi, pandangan aku juga turut menghilang. Semuanya bertukar hitam dan kesakitan tadi terus menghilang begitu sahaja.

.
.
.

Sebelum aku nak mulakan cerita ni, aku hanya nak beritahu, jangan harapkan genre romance dlm cite ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebelum aku nak mulakan cerita ni, aku hanya nak beritahu, jangan harapkan genre romance dlm cite ni.

Cite ini tidak ada romance sama sekali. Mungkin ada tetapi itu bukan genre utama.

Also kalau ada yang tanya tentang Delina. Sorry dia tak ada keluar sbb cite ni hanya menceritakan tentang perjalanan Aries (Ryzel) menjadi seorang penyihir yang hebat.

Prolog sudah pub, so apa pendapat korang tentang permulaan cerita ini?

Servant of EvilWhere stories live. Discover now