cp 40

69 11 0
                                    

"Tembak!"

Puluhan anak panah terbang ke langit dan mengena tentera Evosthil namun sempat ditangkis dengan perisai besi yang mereka bawa.

"Tembak!"

Sekali lagi arahan itu dikatakan dan anak panah itu mula ditembak ke langit. Kali ini anak panah itu terdapat api yang membara.

Hal itu membuat beberapa kuda tentera Evosthil terkena sehingga menjatuhkan tentera tersebut. Evosthil tidak menyerah. Mereka terus jara ke hadapan dan apabila jarak mereka semakin dekat, tentera berkuda Argena mula bergerak untuk menyerang.

Seketika itu berlaku serangan yang dahsyat antara Argena dan Evosthil. Kedua pasukan tentera tidak mahu menyerah kalah. Tentera Argena kuat dengan pertahanan mereka dan mereka tidak berhenti memanahkan anak panah ke arah Evosthil membuat mereka kesusahan.

Noah yang menjadi komander di sana sedar bahawa serangan anak panah itu dapat meruntuhkan tenteranya kerana mereka tidak dapat mengelak anak panah pada masa yang sama berlawan dengan tentera berkuda Argena.

Namun mereka tidak boleh berundur selagi mereka tidak sampai titik penolakan tentera itu.

"Jangan berundur! Teruskan serangan!" Arah Noah.

Semua tentera mengikuti arahannya sehingga tidak ada seorang pun berundur walaupun sudah ada yang tercedera. Begitu juga dengan Noah. Lelaki itu tangkas melawan musuhnya dan menjauhkan satu persatu musuh yang cuba menyerang dia.

Pedangnya sekarang bahkan kelihatan sungguh kotor dehgan darah para musuh.

Srak!

Tiba hadir satu pedang yang tepat dihayunkan ke tangannya membuat dia hampir terjatuh kuda. Tangannya berdarah namun dia tidak menyerah untuk menyerang orang tadi.

Pedangnya laju melibas kuda orang itu sehingga orang itu jatuh dari kuda dan kemudian salah seorang tentera Evosthil terus menusuk orang tadi.

"Tuan, tidak apa-apa?" Soal tentera yang menolongnya tadi.

"Aku tidak-" katanya terhenti apabila terdengar suara hentakan kaki kuda yang cukup banyak.

Dia menoleh ke belakang dan melihat banyak tentera sudah datang dengan pantas menuju ke situ. Dia yakin itu adalah unit Cain. Sekarang dia akan menuju ke rancangan kedua.

"Semua kuatkan pertahanan. Kita akan menyerang sekarang!"

Semua tentera yang terdengar itu mula menyelesaikan musuh di hadapan mereka lalu mengeluarkan perisai besi mereka. Kali ini rancangan mereka adalah dimana unit Cain akan menyerang dan unit Noah akan cuba melindungi tentera unit Cain.

Dekis sudah menjangka semua ini. Awalnya rancangan mereka adalah melakukan serangan hendap tetapi dia ada menjangka bahawa ada kemungkinan tentera Argena tahu akan penyerangan mereka, jadi sebab itu kenapa Dekis membuat dua rancangan.

Sekiranya memang batuk Argena tahu akan pergerakan Evosthil maka rancangan kedua iaitu unit Cain akan bermula.

Unit yang diketuai oleh Cain bergerak laju menyerang tentera Argena. Manakala unit Noah pula melindungi mereka dari serangan atas mahupun serangan yang tersembunyi.

Sekarang tentera Argena yang telah mencapai tahap pengunduran dimana tentera itu tidak dapat terus melawan dengan keadaan banyak tentera yang tercedera dan ada yang telah mati.

Argena yang semakin berundur itu membuat Zeke berasa kesal. Dia tahu bahawa mereka akan kalah kalau terus begitu.

"Dimana budak tu?" Soal Zeke kepada tentera yang sedang mencari sosok Dekis menggunakan teropongnya.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now