cp 16

64 11 0
                                    

Kaki aku melangkah memasuki hutan ini sambil mata aku memandang sekeliling mencari herba yang aku mahu. Sejak aku mula masuk tadi, sudah banyak herba yang aku dapat namun kali ini aku berhasrat untuk berjalan lebih jauh ke dalam hutan.

Biasanya datuk tidak akan benarkan aku berjalan begitu jauh tanpanya kerana takut aku akan tersesat namun tanpa dia tahu, aku selalu berjalan jauh untuk mengetahui selok belok hutan ini.

Aku juga sebenarnya pernah berjalan sehingga ke pembatasan negara ini. Sejak kejadian 2 tahun lepas, aku memang tidak dapat lupakan bagaimana aku diperlakukan oleh pasangan durjana itu. Mereka merampas hak milik aku lalu membuang aku di pembatasan ini.

Mungkin mereka fikir bahawa aku akan mati tetapi mereka silap kerana aku telah berjanji dengan menjual jiwa aku kepada raja iblis untuk membalas dendam. Hanya tunggu masa maka mereka akan menerima segala yang telah mereka lakukan.

Setelah hampir beberapa jam aku meredah hutan, aku mula tiba di sebuah tasik yang berada tepat di dalam hutan ini. Tasik itu bukanlah besar sangat tetapi tasik ini merupakan salah satu tempat dimana adanya herba yang jarang ditemui.

Kaki aku berjalan mendekati pokok yang tertanam di tepi tasik itu lalu aku menundukkan badan melihat aatu cendawan yang berwarna ungu hidup di dalam pokok itu.

Inilah herba yang aku katakan. Tumbuhan cendawan ini hanya akan hidup di tanah lembap berdekatan yang pokok yang tumbuh di tepi tasik yang harus airnya sentiasa jernih. Memang sangat susah untuk menemui cendawan ini kerana tempat dia tumbuh itu sangatlah susah untuk dicari.

Cendawan ini merupakan cendawan yang sangat beracun namun walaupun begitu, cendawan ini boleh dijadikan ubat yang mujarab sekiranya kita pandai membuatnya.

Cendawan ini juga katanya boleh membuat satu bangkai itu luput dengan lebih cepat kalau aku letak cecairnya di atas bangkai haiwan.

Datuk banyak mengajar aku tentang herba dan makanan yang beracun di dalam hutan. Katanya kalau aku mahu mengembara satu hari nanti, aku mesti tahu tumbuhan yang elok di makan dan beracun. Dia juga akan kata bahawa tumbuhan beracun ini tidak semuanya buruk.

Racun mempunyai kebaikannya tersendiri seperti boleh dijadikan senjata untuk membunuh musuh tanpa mereka sedar.

Memang banyak yang telah aku belajar dari datuk. Rasanya apa yang datuk ajar aku lebih berbaloi daripiada apa yang aku pelajari dahulu. Dulu aku hanya belajar tentang politik dan urusan negara tetapi itu tidak dapat menolong aku kalau aku dalam keadaan begini.

Jadi bagi aku pembelajaran yang datuk berikan adalah lebih baik kerana aku boleh gunakannya di mana sahaja aku pergi.

Srk... Srk...

Sambil aku memetik cendawan tadi, tiba aku terdengar seakan ada pergerakan di balik semak yang tidak jauh dari aku. Kepala aku diangkat melihat semak yang bergerak di hujung tasik ini.

Semak itu bergerak sejenak dan tiba aku melihat ada seekor rusa keluar sari semak itu.

Kenapa rusa ada di sini?

Ini bukan habitat dia dan pelik rusa untuk ada di sini.

Rusa itu keluar dari semak tadi lalu dia berlari memasuki hutan yang berada di hadapannya. Bukan seekor sahaja rusa yang ada malah ada ramai seakan sekumpulan rusa itu.

Tidak cukup dengan rusa ada juga haiwan lain seperti arnab, musang dan kancil yang berlari mengikuti arah rusa tadi. Itu sungguh pelik.

Untuk sekumpulan haiwan berlari begitu, ada satu makna sahaja. Mereka sedang melarikan diri dari pemangsa yang sedang memburu mereka.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now