"Aries..."
Tiba aku terdengar suara memanggil nama aku. Sikit demi sedikit aku membuka mata aku dan aku melihat sosok lelaki tua duduk di samping katil ini sambil tersenyum.
"Datuk..." sebut aku perlahan.
Lelaki tua itu tidak menjawab dan hanya tersenyum. Dengan perlahan aku bangkit dari baring aku menatap dirinya.
"Itu datuk ke?" Soal aku perlahan.
Tangan aku bergetar cuba menyentuh tubuh itu. Mata aku pula tidak beralih melihat dirinya.
"Aries, jaga diri kamu," ucapnya lalu bangkit dari duduk.
"Datuk hendak ke mana? Jangan pergi..." aku memohon.
Langkah lelaki tua terhenti di hadapan pintu bilik ini. Matanya menoleh seketika ke arah aku sambil tersenyum.
"Selamat tinggal, Aries..."
Seketika itu sosok tersebut terus menghilang dari pandangan aku dan seketika itu juga aku mula bangkit dari tidur aku.
Mata aku memandang ke langit bilik ini lalu ke arah pintu masuk. Semua itu hanya mimpi.
Jadi datuk memang sudah tidak ada. Tanpa aku sedari air mata aku mula mengalir menghiasi pipi ini. Sungguh aku tidak dapat menerima semua ini.
Aku sudah kembali ke desa ini tetapi aku tidak dapat lagi melihat semua yang aku ada dahulu. Malah semuanya hancur tanpa tersisa satu pun.
Apa dosa aku mendapat semua ini? Semua yang ingin aku jaga telah pergi selamanya. Semuanya...
Tubuh ini mula bangkit dari katil lalu aku duduk melihat ke luar tingkap bilik ini. Hanya bulan yang menerangi langit malam. Tiada bintang sebagai peneman. Namun bulan itu tetap bersinar tanpa orang sekitarnya.
Tetapi bagaimana dengan aku? Aku tidak tahu adakah aku masih boleh bertahan hidup selepas segala harapan aku hancur. Orang yang aku cintai telah tiada umpama cahaya yang menerangi jalan aku telah terpadam.
Kini aku hanya sendiri di jalan yang gelap. Tidak tahu laluan yang ingin dilalui. Adakah aku patut hentikan sahaja semua ini? Berhenti dan terus menetap di tempat yang sama.
"Apa yang patut saya lakukan, datuk?" Soal aku dengan suara teresak. Tidak sanggup menahan semua ini lagi. Aku mahu hentikan semua ini.
Seketika aku menatap bulan itu, tiba aku melihat kehadiran satu bebola cahaya terapung di udara. Dengan pantasnya aku, aku terus berdiri sehingga membuat kerusi aku terhempas ke lantai.
Kemudian aku terus keluar melalui tingkap bilik ini mendekati bola cahaya tadi. Aku kenal bola cahaya itu. Itu adalah sihir datuk.
Aku ingat lagi dulu datuk pernah tunjukkan aku sihir tersebut kepada aku. Katanya sihir tersebut boleh menerangi jalan bagi orang yang tersesat di dalam hutan. Jadi datuk selalu meletakkan sihir seperti itu di hutan berdekatan untuk orang kampung agar mereka tidak tersesat.
Tetapi kenapa sihir tersebut ada di sini dan bagaimana ia ada di sini?
Langkah kaki aku mendekati bola cahaya tadi dan apabila aku mendekat bola itu tiba bergerak membuat aku mengikutinya. Beberapa minit aku berjalan mengikuti bola cahaya itu, akhirnya dia berhenti di dataran desa ini.
Dia berhenti tepat di tengah dataran ini atau lebih tepatnya di atas satu mayat tertutup yang baring di sana. Rasanya aku tahu itu siapa?
Mayat tertutup oleh kain itu mesti datuk. Aku dengar Dekis dan Cain telah menurunkan mayatnya, jadi tidak salah lagi.
Langkah kaki aku berhenti sana. Tidak berani mendekati mayat tersebut. Atau lebih tepatnya aku takut untuk mendekati tubuh tidak bernyawa itu lagi.
Rasanya lebih baik aku pergi dari sini sekarang. Aku memusingkan tubuh aku untuk kembali semula ke rumah tadi namun tiba-tiba...
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasíaAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...