"Dalam gelapnya malam, sihir menyelimuti dunia, merayap tanpa terlihat, menghisap cahaya kehidupan."
Ayat yang pelik namun merungkap 10001 makna. Mata aku membaca lagi ayat tersebut sambil aku cuba mencari maksudnya. Aku tidak faham mengapa buku ini mengatakan bahawa sihir kegelapan begitu.
Semenjak aku dapat buku sihir ini daripada datuk, ayat ini selalu teriang di kepala aku seperti ingin memberitahu aku sesuatu namun sampai sekarang aku masih tidak memahami ayat tersebut.
Buku tersebuy ditutup oleh aku lalu mata aku memangdang muka depannya yang tertulis besar tajuk buku tersebut.
"Rahsia kegelapan IV Keegoan."
Hanya tajuk yang besar tetapi tiada nama penulisnya. Terfikir juga aku siapa penulis buku ini? Kalau penulis itu menulis buku sebegini mesti penulis itu memahami tentang sihir kegelapan.
Mana mungkin seseorang akan menulis sesuatu yang tidak mereka ketahui. Dan satu lagi, bagaimana pula datuk memperolehi buku ini?
Aku tahu datuk merupakan bekas penyihir agung tapi tidak mungkin dia akan mempelajari sihir yang datang bukan dari bidangnya. Lagi pula di kerajaan ini mempunyai sihir kegelapan merupakan sesuatu yang bahaya.
Walaupun tidak tertulis dalam undang-undang negara pada masa kini, tetapi dahulu sihir kegelapan dipandang serong dan diharamkan penggunaan atas sebab kekuatannya yang tidak dapat dikawal sehingga banyak orang menggunakan sihir ini untuk melakukan jenayah.
Jadi sangat bahaya untuk orang mempelajari sihir kegelapan pada masa dahulu berbanding sekarang. Datuk memang menyimpan banyak rahsia. Aku sampai tidak tahu apa lagi yang dia sembunyikan daripada aku.
Aku mengeluh pasrah lalu tersenyum. Mengingati datuk membuat aku rindu padanya tetapi sayangnya aku tidak boleh berjumpa dengan dia sekarang. Sekurangnya biarkan perang ini tamat maka aku boleh kembali pada kampung halaman aku tanpa perlu memikirkan semua ini lagi. Hidup di kehidupan yang aku inginkan bersama orang tersayang.
"Tuan, semua sudah sekarang," tiba satu suara menyapa aku.
Aku mengangkat pandangan aku melihat gerangan orang itu lalu aku terus berdiri. Buku tadi terus disimpan di dalam beg.
"Kalau begitu, mari kita bergerak sekarang," arah aku sambil menunggang kuda.
Setelah dua hari berjalan menyelusuri hutan yang tebal ini akhirnya pasukan aku menghampiri tembok itu. Disebabkan aku membawa pasukan tentera yang tidak berkuda maka aku mengambil masa yang lebih lama berbanding Dekis dan yang lain.
Mereka mungkin sudah tiba di tembok tersebut pada hari kejadian tetapi aku baru mahu keluar dari hutan ini pada hari kedua. Agak lambat tetapi ini sudah cukup cepat untuk tentera berjalan kaki.
Harap sahaja keadaan perang di pembatasan itu tidak berada dalam keadaan yang teruk. Jikalau pun teruk, harap pasukan ini boleh tiba tepat pada masanya untuk membantu.
.
.
.
.
.Slak!
Kain khemah tersebut diselak oleh Cedric lalu terus dia masuki khemah bersama Fero dan Noah. Di dalam khemah itu sudah kelihatan Dekis yang sibuk memandang peta perang yang telah diberikan oleh Cedric.
Matanya tidak berganjak walaupun sedikit seakan fokusnya hanya tertumpu pada peta tersebut. Di atas peta itu pula sudah tercatat beberapa tulisannya yanh menandakan sesuatu pada sesebuah kawasan di peta.
"Jadi bagaimana?" Soal Cedric kepada Dekis.
Dekis terdiam sejenak sebelum mengangkat pandangannya. Lihat daripada riak wajahnya kelihatan Dekis masih lagi buntu.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...