"Ryzel, kamu mesti ingat, jangan sesekali membuat perjanjian dengan para iblis."
"Baik ibu. Tapi kenapa tidak boleh?"
"Itu kerana kamu adalah..."
Hah!
Aku tersedar daripada mimpi tersebut. Dahi aku berpeluh serta nafas aku tersekat-sekat. Itu bukankah mimpi yang seram namun entah kenapa aku berasa sungguh menakutkan.
Suara ibu kandung aku yang terdengar di dalam mimpi tadi membuat aku teringat akan masa silam. Aku ingat bahawa ibu pernah mengatakan tentang iblis kepada aku tetapi aku tidak berapa ingat sepenuhnya apa yang dia katanya.
Memori aku tentang hal itu seakan terkunci sehingga aku tidak dapat mengingatnya.
Mata aku ditolehkan ke arah tingkat bilik ini. Dapat aku lihat bahawa langit masih gelap dan bulan masih tegak di langit. Mungkin sekarang masih lagi tengah malam.
Aku tidak ingat pula tertidur tadi. Selepas aku keluar daripada bilik kerja ayah, aku hanya kembali ke bilik ini tetapi aku tidak ingat bahawa aku sudah tertidur.
Aku mengeluh seketika lalu aku mula bangkit dari katil ktu. Kaki aku melangkah mendekati tingkap kaca tersebut dan tiba aku terlihat ada sebuah kereta kuda sedang berhenti di hadapan rumah ini.
Itu bukan kereta kuda ayah aku ke?
Apa kereta kuda itu buat malam-malam begini?
Mata aku memerhati lagi kereta kuda tersebut dan beberapa minit selepas itu, aku melihat ayah keluar dari rumah ini lalu memasuki kereta kuda tersebut.
Ayah yang lengkap memakai pakaian formal itu bergerak keluar dari rumah ini dalam keadaan yang cukup curiga. Tidak pernah aku melihatnya keluar pada waktu begini. Apa yang dia ingin lakukan di luar? Kalau hendak keluar pun, kenapa tidak esok pagi sahaja? Kenapa mesti sekarang?
Kepala aku buntu memikirkan semua itu. Aku mula menyerah untuk berfikir lalu aku mula bergerak semula ke arah katil. Semasa aku melangkah, aku terlimpas satu cermin.
Mata aku memandang cermin yang sebenar tubuh aku itu. Dapat aku lihat bagaimana pucatnya kulit muka aku. Dari lahir aku memang mempunyai kulit yang putih pucat seperti kulit muka ibu kandung aku namun sekarang muka aku kelihatan lebih pucat dan tidak bermaya.
Mata aku mempunyai kantung hitam yang membuatnya kelihatan sungguh letih. Mungkin selepas apa yang terjadi, tubuh aku menjadi sangat lemah. Aku sakit dan tidak bermaya seperti dulu lagi. Aku patutnya lepaskan semua itu pada masa sekarang tetapi kepala aku tidak berhenti memikirkannya.
Tok! Tok!
"Tuan muda..." tiba aku terdengar suara kelapa pelayan rumah ini.
Dia mesti dapat untuk memeriksa aku sudah tidur atau belum. Aku tidak boleh biarkan dia tahu aku tersedar. Nanti dia akan beritahu ayah.
Kaki aku berlari perlahan menuju ke katil lalu aku menyelitkan diri dan berpura-pura seperti sedang tertidur.
Klak!
Pintu bilik ini mula terbuka. Dapat aku dengar suara hentakan kaki pelayan itu mendekati katil aku lalu berhenti tepat di hadapan aku. Walaupun aku tidak melihat namun aku dapat rasakan tatapan pelayan itu melihat aku untuk memastikan aku tertidur. Aku pula dengan sedaya upaya cuba kelihatan seakan tertidur.
Setelah beberapa minit, pelayan tadi mula melangkah pergi. Aku menghela nafas lega di dalam hati. Perasaan takutnya aku tadi sama seperti ketika aku sedang bersembunyi daripada penjahat.
"Tolong jaga ketat bilik tuan muda. Jangan tinggalkan bilik ini sampai esok pagi dan kalau ada apa-apa berlaku, cepat bertindak selamatkan tuan muda. Ini adalah arahan daripada merquess," suara pelayan tadi kedengaran drai luar bilik ini.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...