cp 74

60 10 4
                                    

Setelah beberapa jam aku menjamu selera bersama unit aku, akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali ke khemah. Sejujurnya sangat sukar untuk unit aku melepaskan aku pergi begitu sahaja.

Mereka cuba untuk menahan aku supaya untuk terus duduk minum bersama mereka. Kalau aku sudah cukup umur mungkin aku akan ikut tetapi aku belum cukup umur. Lagi pula aku tidak suka bau air alkohol tersebut.

Ia tidak bagus untuk kesihatan aku dan rasanya mustahil untuk aku mempunyai tabiat meminum minuman keras begitu walaupun aku sudah boleh meminumnya.

Kaki aku melangkah pergi menuju je khemah aku. Dalam perjalanan aku menuju ke khemah aku, tiba aku melihat ada seekor burung merpati terbang keluar daripada sebuah khemah.

Rasanya aku tahu itu khemah siapa dan apa tujuan merpati itu. Nampaknya sekarang dia semakin aktif menghantar maklumat kepada pihak musuh. Mungkin sudah tiba untuk aku akhirkan semua itu.

Tapi bagaimana aku mahu akhirkan dia. Aku tidak boleh bunuh begitu sahaja. Kalau boleh aku mahu semua orang tahu apa yang telah dia lakukan.

Kepala aku diangkat memandang ke arah langit yang gelap itu. Mungkin aku boleh gunakan cara itu. Ia tidak terlalu berkesan tetapi kalau lelaki itu bijak dia akan faham maksud aku.

Aku tersenyum nipis lalu memulakan kembali perjalanan aku ke khemah aku. Sesampai aku di sana, aku tidak melihat bayangan Dekis di mana-mana pun. Dia masih bersama yang lain ke?

Mesti ada banyak benda yang mereka harus bincangkan.

Kaki aku melangkah menuju ke katil aku lalu terus aku duduk. Baru sahaja aku ingin membuka sarung tangan aku tiba aku teringat bahawa aku ada teman sebilik.

Kalau dia nampak lambang itu pada jari aku nanti dia akan mencurigai aku. Lebih baik aku jangan buka sarung tangan ini demi keselamatan aku.

Setelah selesai segala urusan aku tadi, aku terus merebahkan diri ke katil. Sikit demi sedikit mata aku mula terlelap. Aku harap esok akan menjadi hari yang baik buat aku.

.
.
.

Keesokan harinya

Pada pagi yang damai lagi cerah ini, semua tentera diarahkan untuk berkumpul. Sepatutnya hari ini kami akan teruskan perjalanan, namun entah kenapa Dekis mengarahkan untuk kami tinggal di sini buat sementara.

Jadi oleh hal yang demikian, aktiviti tentera pada hari ini hanyalah melakukan latihan ketenteraan dan begitu jugalah para penyihir.

"Jadi itu sahaja untuk ucapan beta hari ini. Kita mungkin akan teruskan perjalanan dalam beberapa hari lagi dan selama itu teruskan latihan kamu semua," akhir ucapan Dekis.

Setelah itu semua tentera mula beredar untuk melakukan latihan mereka. Untuk para komander juga begitu. Aku diarahkan untuk melatih para penyihir, manakala Noah melatih tentera yang lain dan Fero serta Dekis akan menjalankan tugasan meteka iaitu memikirkan rancangan perjalanan perang ini seterusnya.

Itu adalah apa yang mereka katakan tetapi aku tahu mereka tidak akan melakukan itu. Mereka secara diam ada rancangan lain.

"Umm... Aries," tiba Fero memanggil aku.

Kaki aku yang mula mahu melangkah pergi terhenti lalu aku menoleh ke arahnya. Mukanya kelihatan agak resah.

"Boleh tak kalau aku nak minta kau bawa para penyihir berlatih di tempat yang agak jauh," pintanya.

"Kenapa pula?"

Mata Fero mula memandang sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa ada di sini. Kemudian dia memandang ke arah Dekis dan Noah. Rasanya aku tahu kenapa ini.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now