cp 100

52 9 0
                                    

Neigh!

Kuda aku berbunyi apabila aku menarik tali untuk memberhentikannya. Kemudian, aku mula turun daripada kuda tersebut dan melangkah dengan perlahan ke dalam semak. Mata aku memandang ke arah sebuah kawasan lapang yang terlihat banyak khemah yang terpacak sudah hancur.

Itulah markas tentera kami yang diserang semalam. Sekarang keadaan tempat itu tidak ubah seperti tempat terbiar. Sukar dipercayai bahawa tempat didiami seseorang semalam sebelum diserang.

"Rasanya tiada orang di sana. Mari kita pergi," ujar Dekis yang datang bersama aku.

Setelah memastikan bahawa tiada sesiapa di sana, kami terus keluar daripada semak tadi dan berjalan ke arah markas itu. Setiba sahaja aku, mata aku terus memerhati keadaan sekeliling kawasan tersebut.

Terdapat banyak kesan darah, kesan terbakar dan ada mayat musuh serta mayat tentera Evosthil yang terkorban. Kesian sekali mereka.

Lihat daripada kesan luka yang dialami oleh oara terkorban ini, aku dapat simpulkan bahawa serangan yang hadir datangnya dari seranfan bersenjata dan bukan sihir. Kebanyakan mereka mempunyai kesan luka benda tajam.

"Aries, aku akan pergi ke sana. Kau boleh lihat kawasan sekeliling dahulu," Dekis berkata sambil menunjukkan sebuah khemah besar.

Khemah itu mesti tempat para komander menyimpan maklumat rahsia perang ini. Keadaan khemah itu kelihatan tidak berapa baik, jadi rasanya khemah itu mesti merupakan serangan utama para musuh. Rasanya masih ada ke segala maklumat perang tersimpan di khemah itu. Kalau ada mesti sudah diambil oleh para musuh.

"Baiklah. Aku akan jalan sekitar tempat ini dulu," balas aku.

Dekis kemudiannya terus bergerak ke khemah tadi, sementara itu aku pula mula melangkah melihat kawasan sekeliling. Beberapa minit aku berjalan dan tiba langkah kaki terhenti apabila mata aku menangkap kesan tapak kasut pada tanah di bahagian utara kem ini.

Aku agak terkejut melihat kesan tapak kasut ini kerana ia terletak di sebelah utara pintu masuk kem, bermaksud mereka datang daripada utara. Seingat aku, Dekis pernah menjangka mereka akan datang daripada belah barat tetapi kenapa tapak kaki mereka bermula di sini.

Jangan-jangan mereka masuk ke negara ini melalui sempadan di sebelah utara. Sebab itu kenapa kem ini mendapat serangan hendap. Cain juga tidak menjangka bahawa musuh akan datang daripada utara dan Cain hanya kuatkan tenteranya untuk jaga pada bahagian barat.

Tapikan kalau musuh masuk daripada utara, dari mana mereka masuk? Seingat aku sempadan di utara sangat susah untuk di ceroboh kerana keadaan kawasannya. Kalau pun mereka dapat masuk, mereka akan mengalami kesukaran dalam perjalanan ke sini dengan keadaan hutan yang penuh dengan hidupan yang bahaya. Sudah pasti mereka akan mengambil masa yang lama dan juga bekalan makanan mereka mesti tidak akan cukup.

"Aries..." nama aku dipanggil.

Aku menoleh ke belakang dan melihat Dekis berjalan perlahan ke arah aku.

"Bagaimana?" Soal aku.

Dia menggelengkan kepala, "hampir semua maklumat tentang tentera kita telah ambil dan khemah itu juga telah dibakar oleh mereka untuk elakkan kita mendapatkan maklumat itu lagi."

Aku sudah jangka semua itu. Mana mungkin mereka akan biarkan tempat itu tanpa berbuat apa-apa.

"Aku sudah jumpa arah laluan masuk musuh. Rasanya mereka masuk daripada belah utara," ujar aku.

Dekis memandang ke arah kesan tapak kasut itu lalu berkata, "mari kita ikut arah tapak kasut ini."

Kami berdua mula berjalan mengikuti jejak tapak kasut ini dan setelah hampir 1 jam berjalan, langkah kami terhenti di satu jurang yang cukup tinggi. Mata aku memandang ke bawah jurang dan aku melihat terdapat beberapa khemah berdiri di sana.

Khemah musuh ke?

"Jadi kem mereka di bawah ini. Mereka berjalan menaiki jurang ini supaya tidak dapat dikesan oleh tentera kita," Dekis berkata.

Mata aku memandang ke arah satu laluan kecil untuk menaiki jurang ini daripada bawah sana. Di sana terdapat banyak kesan tapak kaki, jadi sudah pasti mereka melalui jalan itu.

"Apa rancangan kau lepas ni?"

"Kita akan tolak mereka."

"Tolak? Maksud kau, buat mereka berundur?"

Dekis terdiam sejenak sambil matanya memerhati kawasan tebing ini. Dia kelihatan seperti sedang cuba menganalisis kawasan ini.

"Ya, kita akan buat mereka berundur. Laluan yang mereka pilih ini laluan yang bahaya namun laluan ini adalah laluan terdekat menuju ke ibu kota. Mereka mesti sudah fikirkan hal ini membuat mereka memilih laluan ini."

Kalau difikirkan balik, ada betul juga. Ketika Argena cuba menyerang dulu, mereka agak lambat ke ibu kota kerana negara mereka terletak di utara Evosthil. Jadi jarak mereka agak jauh untuk ke ibu kota membuat kami ada banyak masa untuk melawan mereka.

Tapi beza dengan Sullivan dimana negara mereka terletak di barat Evosthil. Jarak mereka jauh lebih dekat, apatah lagi pemisah dua negara ini hanya hutan tebal membuat perjalanan para tentera lebih mudah.

"Tunduk!" Tiba tangan Dekis menarik tubuh aku supaya aku tunduk.

Dengan terkejut aku menunduk dan tiba-tiba muncul anak panah daripada bawah tebing hampir mengenai kami berdua.

"Mereka sudah sedar kehadiran kita. Mari pergi!" Kata Dekis lalu kami berdua terus bangkit.

Dengan pantas kami berlari menuju ke arah kuda kami tadi. Selama kami berlari, aku sempat menoleh ke belakang dan melihat ada beberapa tentera musuh cuba mengejar kami. Cepat betul mereka naik tebing itu untuk kejar kami.

Seorang tentera itu cuba memanah kami yang sedang berlari dan aku dengan pantas membuat dinding pelindung daripada sihir.

Tang!

Tanpa aku sedari tiba muncul musuh daripada arah depan dengan pedangnya dihalakan ke arah Dekis. Untungnya Dekis sempat menangkis serangan itu.

Aku mengetap bibir aku. Kehadiran musuh ini boleh bongkarkan lokasi kem kami sekiranya kami terus pergi tanpa menyelesaikan mereka. Nampaknya tidak ada cara lain.

"Dekis, selesaikan dia. Yang belakang ni kau boleh berikan pada aku," ujar aku.

Dekis tersenyum lalu dengan pantas mula menyerang balas musuh tadi. Manakala aku yang melihat dua musuh datang mendekat mula mengeluarkan sihir aku. Satu lingkaran sihir mula muncul di udara lalu menembak serangan.

Dua musuh itu mengelak dengan mudah. Mereka lebih baik daripada apa yang aku fikirkan. Namun itu bukanlah serangan sebenar.

Apabila dua musuh tadi cuba mengelak serangan tembakan tapi dengan berlari mendekati pokok, denfab pantas, aku menggerakan akar pokok yang besar menahan kaki mereka.

Mereka jatuh tersungkur ke tanah lalu aku terus mengikat mereka oada pokok menggunakan akar tadi juga. Kini mereka tidak boleh bergerak lagi. Tapi semua ini tidak cukup.

Aku mengangkat tangan aku lalu muncul sengumpal tanah yang membentuk lembing tajam. Tanpa berlengah masa aku mengarahkan kembing itu tepat ke arah jantung mereka. Sekelip mata sahaja, nyawa mereka telah berakhir di tangan aku. Aku tersenyum mengenangkan kejadian itu.

"Aries, mari pergi sekarang," suara Dekis memanggil aku.

Aku menoleh ke arahnya yang sudah menyelesaikan orang tadi lalu kami terus berlari ke arab kuda kami untuk beredar dari situ. Tidak boleh berlama di sana kerana keberadaan kami sudah terbongkar.

 Tidak boleh berlama di sana kerana keberadaan kami sudah terbongkar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Servant of EvilWhere stories live. Discover now