cp 104

49 11 0
                                    

Dengan pantas kuda aku berlari menyelusuri hutan ini tanpa henti. Tangan aku pula tidak henti melibaskan tali kuda untuk mempercepatkan lagi lariannya.

Aku tidak kisah berapa jauh jarak yang harus aku tempoh, berapa lama untuk ke sana mahupun bahaya yang akan datang. Yang aku mahu sekarang hanyalah tiba di desa itu secepat mungkin.

Mana mungkin aku akan biarkan desa aku begitu sahaja selepas apa yang aku dengar. Mendengar berita itu memang membuat jantung aku hampir terjatuh. Aku bahkan tidak sempat meminta kebenaran daripada Dekis ketika hendak ke sini.

Selepas dia katakan semua itu kepada aku, aku memang tidak berfikir lain kecuali untuk kembali ke desa itu. Biar apa yang mereka ingin katakan asalkan aku dapat kembali sekarang.

Apa yang berlaku sebenarnya sehingga membuat aku menjadi seperti ini?

Semua ini bermula beberapa jam yang lalu...

.
.
.

Beberapa jam yang lalu

Dekis dan Cain memandang aku dengan serius laly Dekis mendekati aku. Kenapa agaknya mereka itu?

"Aries, aku rasa kau kena tahu hal ini," kata Dekis mendekati aku.

"Apa dia?" Aku tertanya.

Dekis dan Cain saling menatap lalu mereka memandang aku kembali.

"Desa kau telah diserang oleh tentera Sullivan sebelum mereka tiba di sini."

Seketika itu jantung aku berdegup kencang. Tubuh aku terkaku sambil mata aku hanya melihat Dekis yanh mengatakan hal itu.

"Kau jangan nak bergurau. Itu bukan benda yang patut dibawa main," ujar aku menafikan semua itu.

"Kami tak bergurau sekarang. Tadi aku baru dapat maklumat daripada tahanan katanya mereka serang desa kau untuk dapatkan bekalan makanan sebelum bergerak ke sini," Cain membalas.

Aku terdiam.

Tidak ada kata yang mampu aku ucapkan. Semua itu tidak betulkan. Mana mungkin mereka berjaya masuk desa itu. Datuk ada untuk jaga desa itu. Lagi pula siapa yang berani melawan bekas penyihir agung itu.

Ya, semua itu tipu. Kalau pun mereka ada melalui desa itu mesti mereka tidak akan berjaya masuk. Aku yakin tahanan itu hanya cuba berbohong untuk memberi maklumat palsu.

'Eras'

Tiba aku teringat nama itu. Lelaki itu adalah komander tentera musuh dan dia ada pedang itu...

Jangan-jangan!

Dengan pantas aku berlari keluar daripada khemah tersebut lalu menuju ke arah seekor kuda yang terikat pada sebatang pokok. Tali ikatkan itu dilepaskan dan terus aku tunggangi.

"Aries!" Suara Dekis menjerit memanggil nama aku namun tidak sempat untuk aku balas kerana kini aku harus kembali ke desa itu.

End of flashback

.
.

Sepanjang perjalanan ini, jantung aku tidak henti berdegup kencang. Nafas aku pula terasa sungguh sesak seakan ada seseorang menahan aku untuk bernafas.

Aku takut.

Aku sangat berharap apa yang aku fikirkan sekarang hanyalah firasat buruk dan bukannya benda yang berlaku.

Setelah beberapa jam aku menunggang kuda tidak henti, aku akhirnya melihat pintu gerbang memasuki desa Turgis. Aku tersenyum lalu mempercepatkan lagi larian kuda aku.

Sesampai sahaja aku di hadapan gerbang itu, aku terus turun dari kuda aku. Mata aku melihat pintu gerbang yang sudah hancur itu. Agak terkejut aku melihat keadaannya.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now