Sikit demi sedikit aku membuka mata aku. Perkara pertama yang aku lihat adalah langit biru yang luas terbentang. Aku dimana?
Tubuh aku mula bangun dan aku melihat aku berada di sebuah tasik. Ini bukan tempat aku malam tadi ke?
Aku berjumpa dengan raja iblis itu di sini dan secara tiba dia mencekik aku sehingga aku tidak sedarkan diri.
Tangan aku memegang leher ini. Tidak terasa sakit namun entah kenapa aku merasakan ada sesuatu yang telah terjadi pada tubuh aku.
Aku mula bangkit sambil mata aku memandang sekeliling. Sekarang sudah awal pagi. Aku tidak tahu apa yang sudah terjadi setelah aku tidak sedarkan diri tetapi aku dapat pastikan bahawa aku tidak apa-apa sekarang.
Mungkin aku boleh mula kembali ke tempat aku semula lalu mulakan perjalanan aku. Kaki aku melangkah meninggalkan tempat itu dan secara tiba-tiba...
Tap!
Kaki aku tersadung dengan akar pokok. Aku hampir terjatuh tetapi tangan aku sempat menyentuh satu dahan pokok sebagai penahan.
Kenapa aku cuai sangat ini?
Aku mengeluh pasrah lalu aku mula mengangkat kembali pandangan aku dan tiba aku terkejut melihat pokok yang disentuh aku tadi bertukar menjadi layu dengan serta merta.
Terkejutnya aku sehingga berundur ke belakang lalu aku sekali lagi tersentuh sebatang pokok. Pokok itu juga dengan serta-merta terus menjadi layu.
Apa sudah jadi?
Pokok itu yang tadinya lebih dengan daun tiba bertukar layu apabila aku menyentuhnya. Layu dia pula bukan layu biasa tetapi layu seakan mati dan tidak akan hidup lagi.
"Orang tua itu sudah kunci kekuatan kau."
Tiba aku teringat kata raja iblis itu. Dia kata kekuatan aku dikunci oleh orang tua dan ada kemungkinan orang tua yang dia maksudkan adalah datuk.
Datuk mengunci kekuatan aku selama ini kerana dia tahu kekuatan ini sangat bahaya. Lalu apabila raja iblis itu tahu semua itu, dia mula buka kembali kunci tersebut supaya aku boleh menggunakannya.
Jangan cakap apa yang terjadi pada pokok itu adalah disebabkan kekuatan aku.
Mata aku memandang batang pokok yang sudah menjadi gelap itu. Kemudian aku melihat pula pokok disampingnya. Tangan aku cuba mendekati pokok itu dan apabila aku menyentuhnya, pokok itu juga mula menjadi layu. Memang betul ianya datang daripada kekuatan aku.
Aku terkejut dengan kekuatan ini. Kekuatan ini bukan kekuatan yang baik tetapi kekuatan yang membinasakan. Bagaimana kalau aku sentuh benda hidup seperti manusia, adakah mereka akan mati?
Aku tidak tahu dan aku takut akan kekuatan ini. Aku mesti berlajar untuk mengawalnya. Tetapi bagaimana?
"Untuk melakukan sihir ini, kita mesti pandai mengawal mana. Kamu mesti rasakan mana yang mengalir di tubuh kamu untuk melakukan sihir."
Aku teringat ajaran datuk dahulu. Dia pernah kata bahawa semua sihir memerlukannya mana dan kalau kita pandai mengawal mana, maka sihir kita akan menjadi lebih baik.
Mungkin itu boleh menjadi satu cara untuk aku mengajar kekuatan ini.
Aku memejamkan mata aku. Udara di sekeliling dihirup dengan perlahan dan aku mula merasakan mana yang mengalir di tubuh aku. Mana yang selama ini mengalir secara tidak terkawal, mula dikawal oleh aku.
Tubuh aku yang tadinya terasa sedikit berat mula terasa sedikit ringan. Mana aku juga mula mengalir tenang seperti air yang tenang.
Aku membuka mata aku kembali dan cuba menyentuh satu pokok yang berdekatan. Apabila tangan aku menyentuhnya, batang kayu itu mula sedikit layu lagi. Aku cuba memfokuskan mana aku dan layu pokok itu terhenti separuh jalan.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...