Pasangan lelaki dan wanita yang duduk di dalam kereta kuda itu tersenyum puas melihat ke luar jendela. Sejak kejadian itu tidak pernah sekali mereka hilang senyuman penuh kepuasan tersebut.
Rancangan mereka yang selama ini telah mereka lakukan telah membuahkan hasil dan sekarang yang tinggal hanya membuang budak itu sahaja.
"Tak sangka bukan, segalanya berjalan seperti yang kita rancang," ujar lelaki itu.
Wanita tersebut menoleh ke arah suaminya, "Untung sahaja waktu itu kita sudah bersedia. Kalau sahaja terlambat mungkin segalanya akan terbongkar."
Lelaki itu setuju dengan kata isterinya. Rancangan mereka untuk mendapatkan segala milik Rowan telah tercapai. Selama ini, mereka telah melakukan banyak kerja untuk menjatuhkan lelaki itu.
Mereka telah merancang pembunuhan Ryna dan seterusnya membuat kemalangan Rowan sehingga lelaki itu mati.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah merasuahi peguam peribadi Rowah untuk mengubah wasiat yang merupakan milik Ryzel tetapi berubah menjadi milik mereka.
Wanita itu sebenarnya tahu bahawa abangnya itu tidak akan pernah sesekali mewasiatkan apa-apa kepadanya walaupun dia adalah adiknya.
Rowan terkenal sebagai seorang yang sangat berhati-hati dan itu adalah penyebab segala perbuatan mereka berdua selama ini hampir terbongkar.
Pada malam kematian Rowan, mereka sedar bahawa akan ada sesuatu yang terjadi, untungnya mereka memang sudah merancang sepenuhnya bagaimana mahu membunuh lelaki itu pada malam itu dengan mengupah pembunuh bayaran.
Apabila lelaki itu mati, maka tidak ada sesiapa boleh menanggung mereka lagi. Hanya tinggal anak Rowan sahaja dan itu tidak perlu dirisaukan kerana lelaki itu hanya budak yang mudah untuk mereka hapuskan.
"Tentang hal ini, rasanya raja akan dengar atau tidak?"
"Kenapa pula?" Wanita itu pelik dengan soalan itu.
"Rowan itu terkenal sebagai anjing sang raja yang setia. Kalau raja tahu kematian dia yang sangat mengejut ini, bukankah itu akan menjadi sesuatu yang sangat mengejutkan."
Selain dikenali sebagai Merquees, Rowan juga dikenali sebagai anjing sang raja yang sangat setia. Hal itu kerana sebelum Rowan dinobatkan Merquees, Rowan adalah komander perang kerajaan itu yang sangat rapat dengan sang raja.
Dikatakan kalau sang raja memberi perintah apa sahaja, Rowan akan lakukan tanpa membantah sekali pun. Malah ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Ryzel, anak Rowan akan menjadi salah seorang teman sepermainan kepada putera mahkota sekarang.
Rancangan untuk membuat putera mahkota dan Ryzel berkawan adalah untuk merapatkan hubungan antara dua keluarga tersebut.
Memang wanita itu ada terfikir kalau betul sang raja itu mengambil kisah tentang Rowan, mungkin sang raja akan mencurigai segalanya. Tetapi itu hanya dulu.
"Raja itu tidak akan mencurigai apa-apa. Selama ini dia tidak pernah kisah pun tentang wilayah Rowan itu. Jadi sangat pasti berita tentang kematian Rowan, raja itu hanya endahkan sahaja."
Sekarang sang raja itu sudah berubah. Tidak seperti raja yang dahulu lagi. Mungkin berita tentang kematian Rowan itu hanya akan datang seperti angin sahaja kepada raja itu.
Datang dan terus menghilang tanpa dia kisahkan.
Lagi pula berita tentang kematian Rowan ini mesti lambat untuk sampai ke ibu kota. Wilayah ini jauh, jadi agak lambat untuk khabar angin menyebar. Walaupun dengan apa pun kuasa penyebaran, berita itu hanya akan sampai setelah 3 hari kematiannya sahaja.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...