Langit yang gelap mula membiru apabila matahari timbul menerangi dunia ini. Di hadapan kota yang kecil itu terlihat sekumpulan manusia bersama kuda yang sudah bersiap sedia untik berangkat pergi.
Semua persiapan sudah siap untuk melakukan perjalanan mereka yang seterusnya itu. Dekis yang berdiri di saja juga kelihatan sudah puas dengan persiapan yang sudah selesai tersebut. Sudah tiba masa untuk mereka bergerak.
"Tu-tuanku," suara orang tua memanggil dirinya.
Dia menoleh ke belakang dan melihat ketua bandar tersebut bersama beberapa penduduk di sana berkumpul. Tangan mereka membawa sebakul buah-buahan yang segar.
"Sebelum tuanku pergi, kami ingin hadiah ini kepada tuanku kerana menyelamatkan kami. Tanpa tuanku sudah pasti kami masih dalam malapetaka," tangan lelaki tua itu menghulurkan bakul buah-buahan tadi.
Dekis tersenyum sambil menerima buah tangan itu. Dia sebenarnya tidak mengharap apa-apa daripada mereka kerana dia ikhkas membantu rakyatnya.
"Maaf kami tidak dapat memberi sesuatu yang lebih berharga tetapi sekiranya satu hari nanti tuanku memerlukan bantuan kami, kami akan siap membantu," lelaki tua itu tersenyum.
"Beta menerima apa sahaja pemberian tuan, dan sudah jadi tanggungjawab beta untuk menyelamatkan rakyat beta. Terima kasih untuk buah tangan ini."
Buah tangan tadi diberikan kepada seorang tentera untuk disimpan dengan selamat. Kemudian Dekis mula menoleh ke belakang untuk memastikan semua tentera sudah bersiap sedia.
"Semua sudah bersedia. Kita boleh gerak sekarang," ujar Cain.
"Kalau macam tu- Kejap! Mana Aries?" Dekis tidak melihat kelibat Aries dalam kalangan tentera itu.
"Dia kata dia mahu lihatkan dinding pelindung yang dia letakkan untuk kali terakhir. Hah! Tu dia sudah kembali," Dekis menoleh kepala melihat Aries yang berjalan perlahan menuju ke arahnya.
Muka lelaki itu tidak menunjukkan satu pun perasan seperti biasa. Semua orang tahu Aries seorang yang memliki muka yang selalu serius tetapi entah kenapa tatapan muka itu membuat hati Dekis tidak tenang.
Mungkin kerana pergaduhan yang terjadi pada mereka berdua beberapa hari lepas.
"Bagaimana dengan sihir kau? Okay ke?" Soal Noah.
"Semua dalam keadaan baik. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan lagi," balas Aries lalu matanya menoleh ke arah Dekis yang terdiam dari tadi .
"Ka-kalau macam tu, mari kita mulakan perjalanan kita, Aries..." kata Dekis dengan perasaan sungguh janggal.
"Korang boleh pergi dahulu. Aku tak akan ikut korang," balas Aries lalu berjalan menuju kudanya.
"Habis tu kau nak ikut siapa?" Fero memandang pelik ke arah lelaki itu. Biasanya dia tidak begitu.
Mata Aries menatap tajam ke arah Dekis sebelum dirinya menunggang kudanya.
"Aku sudah janji pada unit aku untuk bergerak bersama mereka," katanya lalu bergerak menuju ke unit penyihir meninggalkan rakannya di sana.
Dekis yang melihat perilaku Aries itu mula berasa bersalah. Dia tahu kenapa Aries tidak mahu bergerak bersama dan itu adalah salahnya.
Kalau sahaja pergaduhan itu tidak berlaku sudah mesti hubungan mereka tidak menjadi sejanggal ini. Malah sejak kejadian pergaduhan itu, Aries langsung tidak mahu berbual mahupun bertembung dengan dirinya. Sudah pasti Aries sungguu kecewa pada dirinya.
"Kalau macam tu mari kita mula bergerak sekarang," kata Noah.
Dekis setuju lalu mula menunggangi kuda miliknya. Beberapa saat kemudiannya robongan askar tersebut mula meninggalkan kota kecil itu sikit demi sedikit.
Selama dalam perjalanan menuju ke destinasi yang seterusnya, kepala Dekis tidak berhenti memikirkan tentang kejadian semalam. Entah kenapa dia berasa sungguh bersalah setelah menjawab begitu kepada Aries.
Sekarang dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia lakukan untuk memulihkan hubungan mereka. Dekis tahu bahawa bergaduh dengan Aries bukanlah sesuatu yang baik. Lagi pula dia tidak mahu kehilangan rakannya hanya kerana perkara tersebut.
"Hah..." keluh Dekis sendiri.
"Kau ada masalah ke dengan si Aries tu?" Soal Fero.
Dekis tersentak mendengar soalan yang tiba-tiba sahaja keluar dari mulut lelaki itu.
"Ke-kenapa kau kata begitu?" Bergetar Dekis menanya kembali.
Dia tidak mahu ada orang tahu akan hal ini. Baginya perkara tersebut boleh memburukkan namanya.
"Aku sedar dari pagi tadi korang berdua langsung tidak bertegur. Itu bukan perkara yang biasa. Korang bergaduh ke?"
"Bergaduh? Mana ada!" Dekis menafikan hal tersebut.
Fero menoleh ke arah lelaki itu yang kelihatan sedang menyembunyikan sesuatu itu.
"Dekis, aku bukan kenal kau baru hari ini. Aku tahu kau ada masalah dengan Aries tu. Aku nasihatkan lebih baik korang berdua selesaikan masalah korang tu. Kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan nanti kalau korang tidak berbaik."
Dekis berdiam diri. Matanya hanya memandang kuda yang ditunggangnya kini. Ada betul kata Fero tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah itu.
"Aku mahu berbaik dengan Aries tapi sampai sekarang Aries tidak mahu memandang aku. Apatah lagi bercakap dengan aku. Apa lagi yang patut aku lakukan?"
"Dekis, Aries tu adalah anggota termuda kita. Walaupun dia berkelakuan seperti orang dewasa tetapi jauh di hati dia, dia masih lagi budak. Budak ada hati yang lembut dan mudah kecewa. Jadi sebab itu kau tak kau berharap agar dia faham kau sepenuhnya dan sebagai yang lebih dewasa kau mesti faham akan dirinya juga. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kau tidak jaga hati orang lain."
Kata Fero itu terus menusuk ke hati Dekis. Ada betul katanya itu. Selama ini Dekis mungkin sudah terlupa bahawa Aries masih lagi budak. Walaupun lelaki itu kelihatan dewasa, tetapi tidak semestinya hati lelaki itu seperti orang dewasa. Dan dia sebagai yang lebih tua harus memahami diri Aries.
"Kenapa agaknya aku kata begitu kata Aries?" keluh Dekis memikirkan kejadian kemarin.
"Hah... Baiklah. Aku akan tolong kau."
"Tolong aku? Bagaimana?" Dekis mengangkat kepalanya.
"Kau akan tahu nanti. Tapi sebelum tu aku nak kau fikirkan cara untuk minta maaf pada dia."
Selepas mendengar kata itu, Dekis terus berdiam diri. Kali ini dia memang perlu memikirkan cara untuk berbaik dengan Aries. Biar dengan apa cara sekali pun, mereka berdua harus berbaik semula.
Dekis tua 2 tahun daripada Aries.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...