Di malam yang sejuk itu, seorang lelaki berpakaian lusuh masuk dengan senyap ke dalam rumah agam yang cukup besar itu. Setiap langkah kakinya dibuat dengan sungguh teliti agar tidak kedengaran bunyi walaupun sedikit.
Dia tahu tiada sesiapa di dalam rumah itu dia tetap harus berhati-hati kerana kita tidak tahu sekiranya ada orang selain dirinya di sana. Kalau dia tertangkap mungkin dia tidak akan dapat melihat matahari esok.
Setelah dia berjalan beberapa minit, akhir tiba ke sebuah bilik yang merupakan bilik kerja rumah itu. Tangannya membuka perlahan pintu bilik itu lalu terus dia masuk.
Perkara pertama yang dia lakukan adalah mencari surat bekas komander perang Argena yang telah mati.
Ya, komander perang Argena. Dia adalah tentera Argena yang dipaksa untuk kembali ke tempat itu untuk mencari surat tersebut untuk dihapuskan agar tentera Evosthil tidak menjumpainya.
Surat yang dia cari memiliki banyak rahsia terbesar dalam rancangan perang antara dua negara ini. Zeke yang dulunya komander Argena telah berkomunikasi dengan komander Caze melalui surat menyurat yang memiliki isi tentang rancangan rahsia mereka.
Dan apabila Argena kalah menawan kota itu, mereka telah larikan diri namun mereka lupa bahawa ada rahsia terbesar yang patut mereka bawa sekali. Jadi disebabkan itu, dia ditugaskan untuk mencari lalu hapuskan surat tersebut.
Tangannya lelaki itu mencari surat tadi disekitar bilik tersebut. Dari setiap almari yang ada sehinggalah meja kerja yang ada di sana. Katanya surat itu ada di dalam almari berdekatan dengan meja, jadi mesti akan ada di sekitar situ.
Dia mencari lagi ke setiap penjuru meja tersebut sehinggalah dia membuka satu almari di bawah meja yang tersorok itu. Di sana dia melihat terdapat banyak surat disimpan dengan rapi. Dia pasti itu adalah surat yang dimaksudkan.
"Untung saja orang itu tidak menjumpai surat ini," ujarnya perlahan.
Sebenarnya dia ingin mencari surat itu pada siang tadi tetapi dia tersedar bahawa ada beberapa orang tentera Evosthil datang ke sini. Dia jadi takut untuk keluar mencari surat itu dan hanya terus bersembunyi agar tidak ada sesiapa menjumpainya.
Tetapi untungnya surat itu tidak dijumpai oleh tentera Evosthil tadi kerana diletakkan di tempat yang tersembunyi seperti di almari tadi.
"Sekarang masa untuk aku kembali," katanya lalu mula berdiri.
"Aku takut kau tak akan dapat kembali selepas ini," tiba satu suara kedengaran dari belakangnya.
Lelaki itu terkejut lalu dengan pantas dia menoleh ke belakang namun belum sempat dia menoleh tiba-tiba...
Brak!
Satu tendangan tepat mengena perutnya sehingga dia terhempas ke rak buku berdekatan. Sungguh dia tidak menyangka tendangan kuat tersebut akan datang. Dia sangat pasti tadi tiada sesiapa di belakangnya.
"Argh!" Perutnya terasa sungguh sakit.
Lelaki itu cuba mengangkat kepalanya melihat gerangan yang telah menendang dia kuat tadi dan apabila dia melihat muka gerangan orang itu, matanya terus terbeliak besar.
Rambut yang hitam berkilat serta mata merah darah itu adalah orang yang dia lihat pada siang tadi. Dia tidak salah itu adalah orangnya. Walaupun sekarang adalah malam tetapi dia dapat lihat jelas mata merah orang itu yang bersinar di dalam kegelapan.
Mana mungkin dia lupa muka lelaki yang pernah buat dia gementar walaupun hanya melihat dari jauh.
"Kau memang pandai bersembunyi daripada yang lain tetapi malang kau berjumpa dengan aku," ujar Aries sambil berjalan mendekatinya.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...