cp 81

64 10 5
                                    

Boom!

Tiba satu letupan terhasil menghancurkan hampir separuh bala tentera musuh yang datang. Dekis dan Cedric terkaku di situ melihat serangan dahsyat yang datang tiba-tiba.

"Kau ke yang lakukan serangan tadi?" Soal Cedric.

Dekis pantas menggelengkan kepalanya. Mana mungkin dia dapat membuat serangan sebesar itu dalam keadaan dia kehabisan mana.

"Jadi dari mana serangan itu tiba?" Sekali lagi Cedric menyoal.

Mata Dekis memandang ke arah pedangnya lalu dia tersedar bahawa kain putih pemberian Aries dulu telah kotor terkena darahnya. Seketika itu, dia tersedar bahawa serangan tadi mungkin bantuan yang dimaksudkan oleh Aries pada hari itu.

Dekis tersenyum seorang diri. Walaupun lelaki itu tidak berada di sini tetapi dia tetap menolong dirinya.

"Dekis..." Cedric menyebut namanya sambil mata dia memandang terkejut ke hadapan.

Dekis memandang ke hadapan dan alanglah terkejutnya dia memandang terdapat beberapa lingkaran sihir di udara yabg bercahaya. Beberapa saat kemudian, lingkaran sihir itu mengeluarkan sihirnya melawan pada musuh yang tiba.

Hanya dalam beberapa saat sahaja, para musuh yang datang dapat dilawan secara berterus tanpa henti. Hal tersebut juga menyebabkan para musuh yang datang semakin berkurangan daripada tadi. Malah kini baru kelihatan berkurang para musuh.

"Apa itu?" Cedric terkejut melihat serangan yang dahsyat tadi.

"Ignis et glacies."

Muncul sekali lagi ledakan yang menghancurkan musuh di hadapan mereka tetapi kali ini kedengaran satu suara membaca mantera sihir di belakang mereka.

Mereka berdua menoleh lalu kelihatan seseorang berjubah hitam dan menutup hampir separuh mukanya berjalan menghampiri mereka.

"Aries!" Dekis menyebut nama orang tersebut.

Dekis berlari ke arah Aries sambil tersenyum. Sungguh dia gembira akan kedatangan Aries yang tepat pada masa itu sehingga dia ingin memeluk lelaki itu sekarang juga.

"Maaf, aku terlambat," ujar Aries. Matanya memandang ke arah Dekis lalu beralih memandang ke arah Cedric.

Tatapan mata yang tajam itu seketika membuat Cedric ketakutan. Mana tidaknya selepas melihat serangan yang dahsyat tadi datang daripada orang tersebut.

"Jadi bagaimana situasi perang sekarang?" Soal Aries.

"Seperti yang kau lihat, musuh kini tidak henti melawan kita. Aku sendiri tidak tahu berbuat apa lagi setelah menerima serangan hendap begini. Kita mungkin akan kalah kalau kau tidak datang tadi," balas Dekis.

Aries sendiri tidak menyangka situasi di sini lebih teruk daripada apa yang dia bayangkan. Kalau sahaja dia tidak mendapat signal daripada sihir kain putih itu mesti dia tidak tahu bahawa keadaan perang di sini sangat teruk. Untung sahaja dia berikan kain tersebut sebagai pelindung Dekis.

"Tuan!" Kedengaran seseorang memanggilnya.

Aries menoleh ke belakang melihat salah seorang penyihir datang lalu memberi tunduk hormat kepada dirinya dan Dekis.

"Tentera musuh telah mula berundur," lapornya.

Setelah menerima serangan terus menerus daripada penyihir nampajnya para tentera Argena mula belajar untuk berundur. Mustahil untuk mereka terus kalau mereka tidak mahu terus mati.

"Baiklah, arahkan para penyihir yang lain-" tiba kata Aries terhenti lalu terus dia menoleh ke arah Cedric.

Tangannya diangkat lalu matanya bercahaya seakan sedang melakukan sihir dan tiba-tiba...

Servant of EvilWhere stories live. Discover now