"Kau pasti ke nak pergi?" Noah menyoal dengan penuh kerisauan.
Aku yang baru sahaja selesai memakai kasut itu mengeluh pasrah lalu aku menoleh ke arah lelaki tersebut. Mukanya memang kelihatan risau akan aku.
Sejak semalam dia masih tidak percaya bahawa aku akan dia untuk pergi ke markas itu. Bukannya dia tidak percaya tetapi dia takut sekiranya terjadi apa-apa pada aku.
"Aku sudah kata aku tak akan apa-apa. Kalau kau fikir aku ni akan menyusahkan perjalanan kau, kau tinggalkan sahaja aku tetapi aku tetap akan pergi."
"Bukan itu maksud aku. Aku cuma risaukan kau. Kalau kau tertangkap mereka tidak akan bunuh kau tetapi mereka akan seksa kau sampai kau bongkarkan semua rahsia kita."
Sekali lagi aku mengeluh lalu aku mula berdiri dari duduk aku. Tangan aku menepuk lembut bahu Noah sambil aku tersenyum sinis.
"Kau fikir aku siapa untuk mereka seksa aku. Aku sanggup bunuh diri daripada tertangkap oleh mereka."
Silap dia fikir aku memilih untuk bongkarkan semuanya. Aku bukan pengkhianat dan aku tidak akan buat begitu. Kalau pun aku tertangkap, aku tetap juga boleh larikan diri dengan sihir aku.
Aku bukan seorang yang mudah tertangkap. Apatah lagi bila aku ada sihir yang boleh membantu.
"Dah, jom pergi. Aku akan tunjuk laluan tu pada kau," kata aku lalu mula berjalan.
Noah yang berada di belakang aku dengan penuh risau hanya boleh akur dengan keputusan aku.
Kami berdua mula berjalan meninggalkan kota tadi dengan senyap pada malam itu menuju ke tempat laluan rahsia tersebut.
Sesampai di sana, aku terus membuat sihir api yang menyala di setiap laluan yang kami lalu dan apabila kami sudah berada di hujung laluan itu, api tadi terus dipadamkan agar tidak kelihatan keberadaan kami di sini.
"Aku akan jalan dan kau ikut belakang aku. Ikut sahaja langkah kaki aku supaya kau tak silap terbuat bunyi nanti," arah Noah.
Aku mengangguk faham lalu kami berdua terus keluar daripada laluan tadi. Langkah kaki kami berjalan dengan senyap menyelusuri hutan tebal tersebut dan apabila kami melihat sebuah khemah terbentang di hadapan kami, Noah terus memberi isyarat berhenti.
Matanya melihat tajam sekeliling kawasan khemah tersebut. Dia kelihatan seperti sedang memerhati berapa orang tentera yang berjaga di sana.
Daripada apa yang aku lihat, terdapat dalam 2 orang tentera berjaga di luar khemah tersebut. Kalau 2 orang, bukankah itu bermaksud itu mungkin khemah orang yang kepentingan.
Khemah biasa, tidak mungkin akan ada sebanyak itu tentera yang menjaganya. Malah aku rasa tidak akan dikawal oleh mana pun tentera.
"Aku rasa itu mungkin khemah utama. Mari masuk ikut belakang. Ingat, elakkan daripada lalu di kawasan tentera itu ada," bisik Noah.
Setelah itu kami berdua terus memasuki kawasan khemah tadi. Apabila tentera berjalan ke arah lain kami akan masuk ke sana dengan senyap dan akan menggunakan laluan lain sekiranya ada tentera di laluan itu.
Cara yang Noah tekankan adalah bergerak di titik buta para tentera itu. Dia memang sangat menitikberatkan bergerak dalam senyap itu. Mungkin itu salah satu kemahiran pembunuh upahan yang wajib dikuasai.
"Sekarang sudah pukul berapa? Kenapa komander belum balik lagi? Tambah lagi, mana orang yang ganti aku lepas ni tak datang lagi ni?" Kedengaran suara pengawal itu sedang berbual dengan rakannya.
Dia kata komander mereka belum balik bermaksud sekarang tiada sesiapa di khemah itu. Jadi sebab itu kenapa penjagaan tempat ini agak ketat.
"Kau sabar je lah. Komander kata dia pergi mesyuarat, jadi sudah semestinya dia akan lambat balik."
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...