"Apa kamu buat luar ni? Kalau tak nak masuk jangan masuk," tiba aku terdengar suara seorang lelaki di belakang aku.
Kepala aku menoleh ke belakang dan melihat seorang lelaki tua memandang ke arah aku. Dia kelihatan seperti orang atasan menara sihir kerana memakai pakaian penyihir menara. Apa dia datang daripada menara sihir?
"Apa lagi kamu tercengang berdiri sini? Kalau memang tak nak masuk, jangan berdiri di hadapan pintu," ujarnya lalu berjalan masuk ke dalam khemah.
Dia masuk ke dalam khemah ini bermaksud dia juga akan tinggal di sini. Tadi aku melihat ada dua katil bermaksud ada seseorang yang akan bersama aku. Adakah itu bermaksud lelaki tua ini?
Aku mengeluh di dalam hati. Bagaimana pula aku boleh duduk sama dengan dia? Aku ini budak dan dia pula kelihatan seperti orang atasan yang penting, jadi sepatutnya aku tidak akan di sini. Ada kesalahan ke ketika pendaftaran tadi?
Tapi tak kan lah mereka buat kesalahan besar begini. Hanya ada satu jawapan untuk membetulkan semua ini. Aku memang sudah ditetap untuk duduk bersama dia atas sebab tertentu.
Kaki aku melangkah masuk kembali ke dalam khemah tadi menuju ke katil yang kosong. Beg aku diletakkan di atas meja lalu aku mula membuka jubah hitam yang aku gunakan tadi.
Sekarang rasanya aku selamat untuk buka kerana di sini tiada orang lain selain orang tua yang dari menatap aku. Aku tahu dia menatap aku walaupun aku tidak melihat dia. Perasaan tatapan tajam itu memang terasa.
"Kau ke pelajar Draven tu?" Dia mula menyoal.
Aku menoleh ke arahnya lalu dengan perlahan aku mengangguk kepala. Jadi dia kenal datuk. Lihat dari rupa dia, mungkin dia kenalan datuk.
"Kenapa dia yang tak pernah terima pelajar tu, tiba sahaja kali ini dia terima, kenapa?"
Mungkin sebab aku ini tinggal sama dia. Asal sebenar aku bukanlah pelajar dia. Itu hanyalah identiti aku aku sahaja. Aku yang sebenarnya tinggal sama dia, jadi dia ajar aku sihir untuk tolong dia.
"Saya tidak tahu," balas aku tipu. Mana mungkin aku akan beritahu perkara sebenar.
"Apa-apa sahajalah. Esok kamu akan ikut aku. Orang tua tu arahkan aku untuk jaga kamu," balasnya lalu dia meninggalkan khemah ini lagi.
Jaga aku?
Datuk suruh dia jaga aku. Jadi sebab itu kenapa kami ada dalam khemah yang sama. Tetapi kenapa kena suruh jaga? Siapa lelaki tua tadi sebenarnya?
Dia kelihatan seperti bukan orang biasa. Apa mungkin dia adalah penyihir agung menara. Tetapi itu kelihatan mustahil.
Mana mungkin penyihir agung menara mahu membuat kerja begitu. Lagi pula, penyihir agung menara ini gelaran tinggi yang bukan semua orang boleh dekat dengannya. Hanya sesetangah orang sahaja dan tidak mungkin datuk boleh berkenalan dengan orang hebat seperti itu.
Walaupun sama penyihir menara tetapi pangkat itu sangatlah jauh beza. Ya, mungkin lelaki tadi hanyalah orang atasan menara yang dihantar sahaja.
.
.
.
.
.Lelaki tua tadi berjalan menuju ke sebuah khemah yang cukup besar lalu dia masuk ke dalamnya. Di dalam khemah itu, terdapat beberapa orang telah duduk berkumpul di sebuah meja.
"Akhirnya datang juga penyihir agung kita ini," ucap salah seorang daripada mereka. Lelaki tua tadi juga turut duduk bersama mereka.
Semua yang ada di sana adalah sosok penting dalam perang kali ini. Mereka yang menguruskan dan mengetuai perang.
"Jadi kau dah jumpa dia ke, Calen?" Soal seorang lelaki yang lengkap dengan baju besi.
"Sudah dan aku pasti dialah orang tu."
Orang yang mereka maksudkan adalah Aries. Sejak kali pertama mereka mendapat tahu bahawa Draven menghantar pelajarnya untuk perang ini, mereka amatlah terkejut.
Lelaki yang dulunya sangat membenci mengajar seseorang kini mempunyai pelajar sendiri. Siapa sahaja tidak terkejut?
Ramai penyihir yang hebat mahu menjadi pelajar Draven kerana mereka tahu bertapa hebatkan Draven. Tetapi mereka semua ditolak tanpa mendengar alasan namun secara tiba muncul pula khabar angin Draven mempunyai seorang pelajar.
Semua orang mesti akan tertanya siapa pelajar itu, jadi sebab itu kenapa ramai yang menanti ketibaan Aries.
"Kau rasa kenapa Draven ambil dia jadi pelajar? Dia tu anak bangsawan ternama pun dia tolak untuk ajar tetapi dia terima budak yang tidak ada latar belakang ternama itu untuk dijadikan pelajar," soal seorang wanita.
Calen yang mengingat semua itu juga masih bingung. Daripada apa yang dia tahu, Aries datang dari desa Turgis dan tidak ada latar belakang yang hebat pun. Jadi kenapa lelaki itu pilih Aries?
"Aku tidak tahu tetapi aku rasa ada sesuatu pada budak tu yang kita tidak tahu," balasnya.
Mereka semua yang mendengar itu mula pasrah. Sungguh mereka ingin tahu tentang budak itu namun maklumat yang ada sangatlah terhad. Malah mereka pernah cuba tanya pada Draven melalui surat namun tidak dibalas.
"Draven tidak akan terima orang biasa, jadi budak tu mesti bukan orang biasa. Draven berikan kepercayaan pada kau untuk jaga dia, jadi gunakan masa itu untuk perhatikan dia," cadang lelaki berbaju besi tadi.
Permintaan Draven yang menyuruh dia untuk menjaga budak itu memang kedengaran pelik namun apa dia boleh katakan dengan rakan lamanya itu.
Sejak zaman mereka saling bekerjasama lagi, Calen tidak pernah faham apa yang Draven fikirkan. Baginya Draven itu pelik dan jenis manusia yang susah untuk difahami.
Begitu jugalah apabila Draven memutuskan untuk berhenti menjadi penyihir agung menara kesucian. Draven berhenti pada umur yang cukup muda dan itu adalah salah keputusan yang tidak masuk akal. Dia sendiri tidak setuju dengan keputusan Draven itu.
Apabila dia bertanya sebab, dia hanya kata dia rindukan kampung halaman dia dan dia mahu berehat dari kerja. Hanya itu.
Kalau itu alasannya, boleh sahaja dia minta cuti tetapi kenapa mesti berhenti. Calen memang tidak boleh mengerti apa yang difikirkan oleh rakannya itu.
"Kalau kau jaga dia, itu juga bermaksud bahawa dia juga mungkin akan jadi pelajar kau selepas ini," tiba wanita tadi berkata.
"Tak akan. Pelajar aku hanya seorang sahaja," Calen menolak kenyataan itu.
"Siapa? Tuanku Dekis."
Calen mengangguk kepala. Dia telah mengajar putera mahkota itu sejak dulu dan dia telah berjanji hanya akan mengajar putera mahkota.
"Cakap tentang itu, bila tuanku Dekis akan tiba?"
"Aku dengar dia akan tiba esok. Dia mahu melihat kebolehan askar yang kita ada sebelum dia mulakan perjalanan ini," balas Calen.
Kali ini putera mahkota itu akan menjadi komander perang. Raja mereka telah mengarahkan anaknya sendiri kerana kebolehan Dekis dalam mengatur strategi perang.
Walaupun Dekis masih muda tetapi ilmu dia dalam bab peperangan ini memang sangat banyak. Malah di usia sekarang, Dekis dapat mengikuti mesyuarat politik negaranya dan mampu memberi respon yang mengejutkan semua para bangsawan.
Jadi sebab itu kenapa kehadiran putera mahkota tersebut sangat penting kali ini. Perang yang terjadi tidak boleh berlanjutan lama kerana kemakmuran negara itu boleh terjejas begitu sahaja.
Sebelum aku lupa, umur Calen ini setara dengan umur Draven. So dia sudah datuk-datuklah.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...