cp 97

59 10 3
                                    

Di tengah kebun yang penuh dengan tumbuhan hijau dan matahari memancar panas di langit, berdiri seorang remaja lelaki yang sibuk memetik tumbuhan yang sudah masak. Bakul rotan yang dibawa olehnya sudah hampir penuh dengan buah-buahan dsn sayur-sayuran.

Pemuda itu berkerja keras di kebun itu walaupun peluh sudah mengalir deras pada kulitnya. Sebagai satu-satunya remaja di desa itu, dia harus bekerja keras agar dapat membantu penduduk yang lain.

Dan yang paling penting, dia mahu membantu datuknya yang sudah semakin lemah akibat usia. Kalau bukan dia, siapa lagi yang mahu lakukan.

"Aries," namanya tiba dipanggil.

Lelaki itu bangkit lalu menoleh ke belakang melihat seorang lelaki tua tersenyum ke arahnya.

"Apa datuk buat dekat sini? Datuk sepatutnya rehat sahaja di rumah," ujar Aries lalu mendekati lelaki tua itu.

"Datuk baru balik daripada rumah pak cik Peter kamu. Katanya nak bincang buat pagar untuk desa ini. Lepas habis tu, datuk memang nak balik tapi ingat kamu di sini, jadi datuk singgahnya sebentar."

Aries mengeluh lalu tersenyum. Bakul yang ada di tangannya mula disandang di belakang badan.

"Kalau begitu, mari kita balik sekarang. Kerja saya sudah selesai, jadi saya boleh balik sekarang," balas Aries perlahan.

Aries tahu kalau dia tidak balik sekarang mesti datuknya itu akan tunggu di sana sampailah dia balik. Dia tidak mahu datuknya tunggu lama jadi lebih baik dia balik sahaja.

Lagi pula pekerjaannya di kebun itu sudah pun selesai. Dia tadi hanya memetik satur-sayuran dan buah-buahan untuk makan malam ini sahaja.

"Malam ini, saya akan masak ya," pinta Aries.

"Kamu lagi? Sudah lama datuk tidak masak. Takut nanti datuk lupa cara nak masak kalau kamu asyik masakan untuk datuk," lelaki tua itu tertawa kecil.

"Masakan sayakan sedap. Lagi pula datuk sukakan sup yang saya masak."

Mereka berdua tertawa bersama mendengar balasan itu. Sejak lelaki tua menjaga Aries, Aries telah diajar banyak perkara termasuklah ilmu rumah tangga seperti memasak. Bagi Aries, ilmu seperti itu penting baginya agar dia boleh hidup berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.

Walaupun tidak hebat tetapi sekurang dia masih boleh memasak makanan yang wajar dimakan. Itu lebih baik baik daripada tidak makan langsung.

"Aries, sekarang kamu memang pandai hidup berdikari ya," ujar datuknya. Aries tersenyum malu mendengar pujian itu.

"Nampaknya datuk tak perlu risau kalau satu hari nanti datuk tiada. Kamu boleh jaga diri kamu sendiri sekarang."

Langkah kaki Aries terhenti mendengar kata itu. Matanya memandang datuknya yang terus berjalan ke hadapan.

"Apa maksud datuk?"

Kata tadi kedengaran pelik apabila datuknya membicarakannya. Kata itu seakan ada maksud tersirat yang ingin disampai.

"Maksudnya..." lelaki tua itu menoleh ke arah Aries dan tiba-tiba kawasan sekitar desa itu mula berubah.

Daripada suasana yang terang menjadi malam yang diterangi oleh bulan. Aries terkejut melihat keadaan yang tiba-tiba sahaja berubah itu. Matanya mula mamandang sekeliling yang dimana runah penduduk desa terbakar dengan api yang marak dan tumpahan air merah merata-rata di tanah.

Langkah kaki Aries berundur ke belakang tidak faham apa yang terjadi dan tiba-tiba dia tersandung sesuatu membuat dirinya terjatuh ke tanah.

Apabila dia cuba melihat apa yang menyandung kakinya, alangkah terkejutnya dia melihat sosok pak cik Peter nya terbaring di tanah dengan darah mengalir deras keluar daripada tubuh yang parah terluka itu. Lelaki itu kelihatan tidak bernyawa lagi.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now