cp 99

48 9 1
                                    

"Kita akan berhenti berehat di sini. Sesiapa tolong hantar pesanan kepada tentera kita yang lain untuk datang ke sini secepat mungkin," ucap Dekis setelah sampai ke muara sungai.

Mendengar sahaja arahan itu, para tentera mula menurunkan tentera yang tercedera untuk merehatkan mereka sebelum bantuan tiba.

Lihat daripada situasi tentera itu, serangan tadi jelas memberikan kesan luka yang parah. Malah tadi sempat aku melihat ada beberapa tentera kami yang tidak sempat diselamatkan.

"Argh..." aku mendengar desahan kesakitan Cain yang sedang dibaringkan oleh Dekis.

Aku turun dari kuda aku lalu bergerak ke arahnya. Mata aku melihat kesan cedera yang dia alami. Sangat teruk.

"Cain perlu dapatkan rawatan dengan segera. Kalau tidak nyawa dia dalam bahaya," ujar Dekis.

Nyawa lelaki itu memang dalam bahaya sekarang. Aku dapat lihat bagaimana keadaan mana di tubuhnya kelihatan tidak seimbang. Semua manusia ada mana tersendiri dan kalau mana itu tidak seimbang, bermakna tubuh manusia itu dalam bahaya atau diambang kematian.

"Kau tak dapat tolong dia ke, Aries?"

Kepala aku menoleh ke arah Dekis yang bertanya itu. Tolong dia? Bagaimana aku boleh tolong dia? Sihir penyembuh adalah sihir kesucian dan aku tidak dapat melakukan sihir kesucian.

Aku mengetap bibir aku. Apa patut aku lakukan? Aku tidak boleh biarkan dia dalam keadaan begitu?

Kepala aku memikir sejenak dan tiba-tiba aku teringat sesuatu. Mungkin aku boleh guna sihir penyembuh kegelapan. Aku pernah dulu gunakan sihir untuk sembuhkan luka aku tapi aku tidak pasti sama ada sihir ini selamat atau tidak untuk menusia biasa.

Rasanya tidak salah aku cuba daripada memberikan dia begitu sahaja.

"Aku boleh tolong tapi jangan terlalu mengharapkan sangat sihir aku," balas aku lalu tangan aku mengeluarkan satu buku sihir.

Buku sihir tadi mula menyelak pada muka suratnya sendiri lalu aku terus membaca mantera yang tertulis di sana. Tangan aku yang menyentuh luka Cain mula mengeluarkan sahaja cuba menyembuhkan luka tersebut.

Kali ini aku tidak gunakan sihir yang kuat melainkam sihir ringan kerana aku takut kesan sampingan kepada tubuh Cain.

Setelah beberapa minit, akhirnya sihir aku selesai. Riak wajah Cain kelihatan sedikit tenang setelah menerima sihir aku. Sedikit lega aku.

"Sihir ini boleh kurangkan kesakitan dia tapi dia masih perlukan rawatan lanjut. Kalau pasukan yang lain sudah datang, pastikan dia dapatkan rawatan secepat mungkin. Aku tak tahu sampai bila sihir ini boleh bantu dia," ucap aku.

Dekis mengangguk kepala lalu menyandarkan tubuh Cain di sebatang pohon. Aku pula mula berdiri dan melangkah ke arah sungai yang berada tidak jauh dari sana.

Sesampai sahaja aku, aku terus mengambil air sungai itu untuk disemburkan ke wajah ini. Sejujurnya aku masih memikirkan tentang lelaki yang aku lawan tadi.

Kehadiran lelaki itu dapat menjadi penghalang kepada Evosthil untuk menang. Pedang yang ada di tangannya memberikan dia kekuatan yang kuat sehingga susah untuk aku lawan. Pedang itu boleh menyerang semua jenis sihir membuat penyihir menjadi lemah apabila berlawan dengan pemegang pedang tersebut. Itulah sebab kenapa dia boleh menjadi musuh utama dalam misi ini.

Aku mengeluh pasrah sambil memandang langit yang masih gelap. Bulan masih di langit tetapi rasanya tidak lama lagi matahari juga akan terjaga. Apa agaknya rancangan perjalanan selepas ini?

"Aries..." tiba nama aku dipanggil.

Aku menoleh ke belakang dan melihat Dekis berjalan menghampiri aku lalu duduk disamping aku.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now