"Terima kasih sudah datang Marchiones Reyna," ucap wanita tua tadi.
Sekarang sudah tiba masa kami untuk balik setelah hampir 4 jam berada di sini. Rasanya itu sudah cukup lama tetapi aku tidak melihat langsung wajah Marchiones seakan penat. Dia hanya tersenyum seperti apa yang dia lakukan tadi tidak memenatkan.
"Selamat tinggal puan. Saya akan datang lagi bulan hadapan kalau ada masa," balasnya.
Kami berdua mengucapkan selamat tinggal kepada pemilik tempat tadi lalu kami masuk ke dalam kereta kuda. Tanpa menunggu kereta kuda itu terus bergerak keluar dari kawasan tersebut.
Mata aku melihat ke arah langit yang kelihatan seperti mendung sahaja. Apa mahu hujan lagi?
Di wilayah ini, setiap awal tahun akan dilimpahi dengan hujan yang cukup banyak. Jadi aku tidak hairan kalau hujan turun setiap hari namun aku agak risau kalau hujan ini mengganggu perjalanan kami.
"Apa pendapat kamu dengan rumah itu tadi? Seronok tak?" Tiba Marchioness bertanya.
Aku memandang ke arah wanita itu lalu memikirkan apa yang terjadi di rumah itu tadi. Aku tidak banyak melakukan apa-apa kecuali berbicara dengan pemilik rumah itu.
Mungkin agak seronok kerana aku dapat keluar dari kediaman aku setelah terperap di sana dalam jangka masa yang lama.
"Agak seronok tetapi saya masih tidak biasa untuk berbicara sama mereka," balas aku.
Wanita tadi tertawa kecil lalu tangannya mengusap kepala aku.
"Tidak apa. Kamu boleh belajar. Lagipun mereka juga sama umur dengan kamu. Saya yakin mereka gembira mahu berkawan dengan kamu."
Aku terdiam sambil tersenyum nipis. Kawan adalah sesuatu yang sangat aku inginkan. Selama aku hidup, aku tidak pernah mempunyai kawan kerana aku jarang bertemu dengan budak seumuran dengan aku.
Dan disebabkan wilayah ini sangat jauh daripada wilayah bangsawan yang lain, aku juga jarang berjumpa dengan anak bangsawan lain membuat aku tidak pernah mengenali mereka.
Tapi rasanya tidak salah untuk berkawan dengan orang biasa. Mereka mungkin bukan bangsawan tetapi mereka juga manusia yang sama seperti aku. Jadi aku masih boleh melayan mereka sama seperti orang lain.
"Kamu tahu, waktu pertama kali saya berjumpa kamu, saya selalu terfikir akan kanak-kanak di rumah itu?"
"Kenapa?" Aku kehairannan.
"Kanak-kanak di sana sebelum ini hidup tanpa kasih sayang keluarga mereka. Ketika saya bekerja di sana, saya selalu mendengar keluhan mereka bahawa mereka iri ingin mempunyai keluarga seperti orang lain. Tetapi mereka tidak dapat. Dan bila saya berkenal dengan kamu, saya dapat lihat kamu juga sebenarnya iri ingin memiliki seorang ibu bukan?"
Aku terdiam.
Selama ini dia sedar semua itu. Memang betul, aku sangat iri melihat orang lain mempunyai ibu tetapi aku tidak. Jauh di hati aku, aku juga ingin memiliki ibu tetapi aku mesti terima hakikatnya bahawa ibu aku sudah pergi. Aku tidak boleh meminta perkara yang mustahil.
"Ya, saya iri tetapi saya sedar bahawa ibu saya sudah tiada," balas aku dengan nada sedih.
Aku mula mengingat kembali memori aku bersama ibu aku dulu. Kami tidak memiliki banyak memori kerana ibu aku dulu selalu sakit selepas melahirkan aku.
Doktor katakan bahawa tubuhnya melemah kerana melahirkan aku sehingga membuat dia sentiasa terbaring di atas katil sahaja.
Namun walaupun begitu, dia tetap mempunyai masa buat aku sehingga akhir hayatnya.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...