Dekis membuka langkah kakinya keluar daripada gelanggang para tentera itu. Sudah puas dia melihat kehebatan tentera yang datang hari itu, jadi sekarang dia mahu pergi ke arah penyihir.
Sejujurnya dia lebih suka melihat sihir daripada pedang kerana baginya sihir itu lebih menarik walaupun ramai orang mengatakan bahawa penyihir ini lemah.
Baginya penyihir bukan lemah malah merekalah yang terkuat kerana walaupun mereka kelihatan tidak bergerak ketika melakukan sihir namun hakitatnya melakukan sihir itu menggunakan banyak tenaga serta kehebatan masing-masing. Mereka mungkin bokeh jadi yang lebih kuat berbanding parajurit biasa.
"Dekis," panggil seseorang yang mengikutinya.
"Fero."
Fero adalah rakan Dekis yang akan turut serta dalam perang kali ini. Sebenarnya ada beberapa lagi yang akan turut serta namun mereka tidak hadir hari ini atas urusan mereka.
"Betul ke nanti komander perang di sini akan berpindah ke markas perang yang lain?" Soalnya.
"Ya, rancangan sebenar kita adalah untuk pindahkan mereka ke markas untuk supaya mereka boleh kawal sana dan kita pula akan mengambil alih tugas komander di sini."
Antara sebab kenapa dia ditugaskan menjadi komander perang kali ini juga adalah kerana itu. Disebabkan terdapat dua arah serangan musuh, mereka terpaksa membuat dua markas tentera.
Komander yang menjaga di sini akan dipindahkan ke tempat lain untuk menjaga di sana dan dia pula akan ambil alih tempat ini.
Dikatakan juga bahawa sekarang penyerangan yang berdekatan dengan tempat ini semakin mengganas membuat dia mengambil alih sepenuhnya. Sang raja ingin putera mahkota itu menggunakan kebijaksanaannya untuk mengetuai pasukan tentera di situ.
"Kalau begitu, tuan Calen juga akan pindah ke?"
"Tuan Calen tidak akan pindah. Penyerangan di sini lebih bahaya, jadi dia akan tetap di sini."
Dalam 4 orang komander perang itu, hanya Calen yang tidak akan pergi. Alasan dia kerana dia adalah penyihir terkuat sekarang dan untuk situasi di wilayah itu yang sangat teruk, dia harus berada di sana untuk mempertahankan wilayah tersebut.
Lagi pula Calen tidak perlu risau untuk markas satu lagi kerana di saja sudah sedia beberapa penyihir menara yang mendapat gelaran penyihir tingkat tinggi.
"Kalau begitu, kita tidak perlu risau akan penyihir tetapi-"
"Kamu boleh guna sihir elemen lain juga."
Kata Fero terhenti apabila terdengar suara kuat Calen yang berbicara. Mata mereka berdua menoleh ke arah Calen yang sedang bercakap dengan seorang budak lelaki.
"Sihir elemen hanya sihir biasa. Jadi rasanya tidak susah untuk lakukan sihir itu."
"Sihir elemen memang sihir biasa tetapi bagi seorang penyihir pemula, mereka hanya dapat mahir satu sihir elemen. Tetapi kamu lain. Berapa sihir elemen yang aku mahir?"
"Semua."
"Semua!"
Dekis terkejut mendengar balasan daripada lelaki itu. Dia mengatakan bahawa dia mahir dalam semua jenis sihir elemen. Itu adalah sesuatu yang hebat untuk penyihir di usia yang muda.
Dia pernah dengar bahawa penyihir yang keluar dari akademi negara dengan kelulusan terbaik pun hanya dapat mengusai dua sihir elemen. Tetapi lelaki itu katakan semua. Bukankah itu sudah terlalu hebat untuk penyihir di usia muda itu.
"Siapa dia tu?" Soal Fero.
Dia juga terdengar perbualan itu tadi dan dia tidak rasa itu hanya dan omongan kosong. Apatah lagi orang yang bertanya soalan itu adalah penyihir agung menara.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...