cp 54

68 10 0
                                    

Langkah kaki kami bergerak laju berjalan menuju ke arah datangnya angin yang bertiup tadi dan setelah beberapa minit langkah kami berhenti.

Di hadapan kami terdapat satu cahaya yang datangnya dari atas laluan ini. Kelihatan seperi ada lubang di situ membuat cahaya masuk dari atas.

"Itu jalan keluar ke?" Soal aku sambil aku mendekati cahaya tadi.

Mata kami berdua memerhati sekeliling lubang datangnya cahaya tadi. Ianya tidak kelihatan terlalu besar, namun aku tersedar bahawa tanah di sekeliling lubang itu adalah tanah yang ditimbus sahaja.

Bermakna tanah itu boleh ditolak ke atas untuk membuat lubang itu lebih besar. Mungkin lubang yang menjadi cahaya masuk ini hanyalah petanda di mana pintu keluar berada.

"Di sini ada tangga kayu. Rasanya tangga ini digunakan untuk keluar dari laluan ini," suara Dekis menegur.

Memang betul ada tangga kayu di situ. Tangga itu diletakkan di dinding laluan berdekatan dengan lubang tersebut.

"Biar aku cuba hancurkan laluan masuk ini," ujar aku lalu membuat sihir angin yang menolak timbunan tanah tadi.

Beberapa saat kemudian, lubang tadi menjadi lebih besar bagi memuatkan tubuh manusia untuk melaluinya. Dekis pula terus mengambil tangga tadi lalu di letakkan di lubang tadi.

Setelah itu kami berdua terus menaiki tangga itu untuk keluar dari laluan rahsia tadi. Keluar sahaja aku, dapat aku lihat bahawa kami tidak sepenuhnya berada di luar.

Lubang tersebut terletak di dalam sebuah gua. Mungkin untuk menjaga pintu laluan agar tidak dijumpai dengan mudah, jadi orang itu membuatnya di dalam tempat tersembunyi begini.

"Di mana agaknya kita sudah jalan?"

"Kalau nak tahu, kita kena keluar dahulu," kata aku lalu mula melangkah keluar daripada gua tersebut.

Dekis yang turut bersama aku asik memandang sekeliling untuk mengenal pasti tempat kami sekarang dan apa yang aku tahu, kami sudah berjalan cukup jauh daripada kota tadi.

Mungkin sangat jauh sehingga aku tidak dapat rasakan sihir yang ahli kumpulan aku yang aku letakkan tadi.

Kami berjalan lagi menyelusuri hutan untuk melihat apa yang ada dan beberapa minit kami berjalan, langkah kami terus terhenti apabila kami terdengar suara seseorang.

Mata aku melihat ke arah Dekis memberi isyarat dan apabila dia memahaminya, kami mulakan dengan rancangan kami untuk bergerak dengan senyap.

Kami tidak taju siapa gerangan orang itu. Boleh jadi orang negara ini dan beh jadi tentera Argena. Kalau tentera Argena, itu akan sangat bahaya untuk mereka tahu keberadaan kami. Jadi lebih baik untuk kami bergerak dengan senyap.

Langlah kaki aku bergerak dengan teliti agak tidak membuat bunyi yang bising. Manakala Dekis yang berada di hadapan aku cuba memerhati arah suara tadi datang.

"Aries, lihat sana," jarinya menunjuk ke hadapan.

Aku berhenti lalu melihat ke arah itu. Alangkah terkejut aku melihat ada sebuah khemah yang di atasnya berkibar bendera Argena. Itu pasti khemah tentera Argena.

"Jangan-jangan kita sekarang berada berdekatan dengan markas tentera Argena," ujar aku perlahan.

"Bukan berdekatan tetapi kita berada di dalam markas itu," kata itu membuat aku lebih terkejut.

"Kenapa kau kata begitu?"

"Aku pernah mendapat laporan bahawa markas utama yang terletak di Nervin ini sungguh besar sehingga kelihatan seakan sebuah kota. Markas mereka juga dikatakan mengambil hampir separuh hutan Nervin untuk dijadikan kem tentera dan juga penjara sementara. Jadi tak mustahil ini adalah markas mereka."

Servant of EvilWhere stories live. Discover now