Rarr!!!
Harimau tadi berjaya keluar dari timpaan dahan tadi dan mula menyerang aku dari arah belakang. Aku dengan pantas membuat sihir pelindung namun akibat kekuatan harimau itu sangat kuat, ianya membuat aku sedikit terhempas ke tanah.
Aku tidak sangka harimau ini sungguh kuat. Dahan tadi cukup besar dan harimau ini dapat lepas begitu sahaja.
Apabila harimau itu melihat aku, dia terus mula berlari ke arah aku lagi. Kaki aku dengan pantas terus mula berlari memasuki hutan. Laju mata aku memandang ke sekeliling mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi.
Namun dalam aku sibuk memandang sekeliling, tiba-tiba kaki aku terus tersaadung akar pokok yang berada di tanah.
Bruk!
Aku terus terjatuh. Harimau tadi yang melihat aku terkejut terus mengambil peluang untuk menerkam aku dan aku dengan pantas membuat sihir angin yang mampu menolak harimau itu ke belakang.
Aku bangkit semula dari jatuh aku. Kini aku sedar aku tidak akan cara lain untuk larikan diri kecuali aku melawan haiwan itu.
Kaki aku sedikit bergeser ke kanan dan tanpa aku sedari terdapat aku kayu dari pokok jatuh bersebelahan dengan kaki aku. Mungkin aku boleh gunakan kayu itu. Ianya tidak berapa panjang tetapi masih boleh digunakan sebagai senjata.
Tangan aku mengambil kayu tersebut dan memegangnya seakan aku memegang pedang. Aku sudah lama tidak memegang pedang kerana datuk tidak pernah mengajar aku tentang senjata tetapi aku masih sedikit ingat cara menggunakannya ketika aku belajar di kediaman asal aku.
Harimau tadi mula bersedia untuk menyerang aku dan apabila dia mula berlari menyerang, aku terus mengelak. Tidak cukup dengan itu dia mula juga menerkam aku namun aku dengan pantas menahan tangan yang ingin menerkam itu dengan kayu tadi.
Seterusnya aku membuat sihir angin yang kuat tepat di perut harimau itu membuatnya tertolak kuat ke belakang sehingga terhempas ke pokok.
Harimau tadi terhempas tidak terdaya di dahan pokok itu. Dia tidak dapat bangkit lagi. Rasanya aku sudah selamat sekarang. Kaki aku berjalan mendekati harimau itu dan apabila aku datang mendekat, aku melihat bahawa perut harimau itu sedang mengembang.
Dia mengandungkan anak ke?
Aku terkaku di situ. Aku tidak tahu berbuat apa. Apa aku patut bunuh dia? Kalau aku bunuh dia anak dia itu akan mati.
Tangan aku bergetar sehingga kayu tadi terjatuh dan seketika itu tiba kepala aku menjadi sakit. Telinga aku pula terasa sakit seakan mendengar satu suara yang sungguh kuat.
"Bunuh dia..."
Tiba aku terdengar suara yang asing dari dalam kepala aku yang sakit ini.
"Tidak salah membunuh dia. Dia telah mencederakan orang kau, jadi bunuh dia."
Suara itu semakin kuat. Ianya hampir membuat aku gila. Dari mana sarang suara itu.
"Kalau kau tak bunuh, nanti dia akan ganggu orang sekitar kau lagi dan mereka akan mati seperti mana orang yang kau sayang mati sekali lagi."
Orang yang aku sayang.
Aku mula teringat akan orang di desa aku. Mereka semua baik pada aku sejak aku datang dan aku tidak mahu mereka mati begitu sahaja.
"Bunuh dia, Aries."
Suara tadi terus menghilang. Sakit yang aku alami juga sudah berhenti. Kepala aku diangkat melihat tubuh haiwan yang terlantar di tanah itu. Seterusnya tangan aku mula mengambil kayu tadi dan aku halakan ke arah kepala harimau tersebut.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...