Mata lelaki yang duduk itu tajam melihat satu bayangan budak lelaki di balik bebola kacanya. Tidak sekali dia melepaskan tatapannya memerhati gerak geri budak 10 tahun itu.
Baginya budak itu sungguh menarik namun bukan itu sebab kenapa dia memerhati budak tersebut. Ada alasan lain yang membuatnya menjadi begitu.
"Tuanku," tiba seseorang memanggil dia.
Kepala dia diangkat melihat seorang lelaki berambut perang sedang menunduk hormat kepadanya.
"Apa?" Dingin suaranya menjawab.
"Patik ingin melaporkan ada satu kahadiran aura kegelapan yang agak kuat di dunia atas," lapor lelaki itu.
Dunia atas ataupun dunia manusia ialah dunia yang sepatutnya tidak boleh ada kehadiran aura kegelapan. Kalau ada, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena sudah berlaku.
Tetapi itu tidak membuat dirinya terkejut sekalipun kerana dia sudah menjangka semua ini akan terjadi. Apatah lagi sejak dia tahu kehadiran budak itu.
"Apa tuanku mahu patik hapuskan aura itu?"
Lelaki itu terdiam seketika lalu mulutnya tersenyum sinis melihat gambaran budak tadi di balik bebola kacaunya.
"Tidak perlu."
"Apa?"
"Aku kata tidak perlu dan beritahu para iblis lain supaya jangan mengganggu aura tersebut," arahnya.
Kalau para iblis tahu kehadiran aura kegelapan di dunia manusia mesti mereka akan cuba mengganggu budak itu dan akhirnya menyebabkan kekacauan di sana.
Dia malas mahu menguruskan semua itu tetapi dia mahu terus melihat budak itu terus hidup.
"Kenapa tuanku? Bukankah kehadiran dia boleh membinasakan kehidupan dunia atas."
"Kenapa? Mungkin sebab aku mahukan satu pertunjukkan yang menarik," balas lelaki itu sambil tersenyum menyentuh bebola kacanya.
Dia tidak ada niat lain untuk membiarkan budak itu hidup tetapi disebabkan dia inginkan pertunjukkan yang menarik daripada budak itu, dia ingin biarkan budak itu terus hidup.
Kehadiran budak itu akan menjadi sesuatu yang menarik di masa hadapan. Dia tidak boleh biarkan pertunjukkan itu hilang begitu sahaja.
"Kau boleh keluar dan beritahu kepada iblis lain, kalau mereka mengganggu budak itu maka mereka akan berurusan dengan aku," amaran keluar dari mulutnya.
Lelaki tadi sedikit gementar ketakutan mendengar nada amaran begitu. Jarang sekali orang itu memberi amaran seketat begitu. Tertanya juga siapa budak itu kepada orang itu.
"Kalau begitu baiklah, tuanku Alver," ucap lelaki tadi sebelum keluar daripada bilik raja iblis tersebut.
.
.
.
.
.Tap! Tap! Tap!
Laju kedengaran bunyi tapak kaki seseorang berlari menuju ke bilik aku. Buku yang ada di tangan aku ditutup melihat ke arah pintu masuk bilik ini.
Apa sudah jadi?
Bab!
Tiba pintu bilik aku dihempas kuat oleh kepala pelayan. Mukanya kelihatan sungguh cemas sambil berjalan mendekati aku.
"Tuan muda..." dia memanggil aku.
"Kenapa tiba-"
"Merquess terlibat dalam kemalangan kereta kuda."
Seketika itu buku yang ada di tangan aku mula terjatuh. Masa pula terasa seakan terhenti apabila aku mendengar semua itu.
"Apa... Apa sudah jadi?" Aku mula berjalan mendekati lelaki itu.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...