Draven menatap budak lelaki yang sedang tidur tenang di atas katil itu. Dulu budak itu kelihatan sungguh takut untuk mendekati dia tetapi selepas beberapa hari ini, budak itu sudah menerima dan setuju untuk tinggal bersamanya.
Jujur hati datuk tua itu berkecai apabila melihat seorang budak yang dalam keadaan yang sungguh teruk dengan luka parah terlantar di pembatasan negara ini.
Kalau sahaja dia tidak menjumpai budak itu mesti budak itu sudah mati. Itu akan menjadi sesuatu yang sungguh menyedihkan. Apatah lagi budak itu haru sahaja berjaya lari daripada aktiviti perhambaan haram.
Sesiapa sahaja yang menjadi hamba memang tidak akan mempunyai hidup yang bahagia. Mereka setiap masa akan dipaksa untuk bekerja ataupun melayani tuan mereka yang penuh dengan nafsu itu. Jadi itu mungkin terjadi juga dengan Aries.
Sesungguhnyq dia bersyukur bahawa dia sempat bertemu dengan Aries sebelum terlambat.
Namun walaupun dia gembira bertemu dengan Aries, jauh di hatinya ada juga satu perasaan yang pelik terhadap budak itu. Ketika dia cuba memeriksa mana di dalam tubuh budak itu, dia terasa sesuatu yang pelik.
Tubuh Aries tidak seperti tubuh manusia biasa. Mana di dalam tubuhnya banyak namun itu bukan mana kesucian, melainkan mana kegelapan. Mana yang digunakan oleh para iblis.
Bukan setakat mana, malah aura yang dikeluarkan oleh budak itu seakan aura seorang iblis. Budak itu seakan kelahiran iblis yang menyerupai manusia.
Jujur dia sangat terkejut apabila merasakan semua itu namun dia tidak mahu memberitahu sesiapa tentang hal ini termasuklah Aries itu sendiri.
Kalau ada yang tahu, nanti kehidupan Aries akan dalam bahaya. Mungkin nanti akan ada penyihir daripada menara sihir datang untuk mengambil Aries untuk dijadikan bahan uji kaji.
Jarang untuk seorang manusia memiliki mana kegelapan seakan iblis, jadi kalau ada pun, nyawa mereka mesti akan diancam oleh para penyihir daripada menara sihir. Dia tidak boleh biarkan semua itu.
Jadi oleh itu, dia akan mengajari Aries cara untuk bertahan hidup. Dia juga akan mengajarinya sihir berasaskan sihir kesucian untuk menipu mata orang lain kalau mereka tahu Aries memiliki mana kegelapan.
Itu adalah cara yang paling selamat. Mungkin dia tidak akan katakan ke kebenaran kepada budak itu dahulu tetapi satu hari nanti dia akan katakan semua itu. Hanya perlu tunggu masa yang sesuai.
.
.
.
.
.2 tahun kemudian
Aku mengangkat tangan aku lalu segumpulan air mula terapung di udara dan apabila aku memetik jari aku, air tadi terus masuk ke seluruh baldi yang ada di kandang kuda ini.
Tidak cukup dengan itu, aku juga mula membuat memberikan makanan kepada kuda-kuda di sini dengan mengampungkan makanan itu ke udara lalu dibahagikan ke setiap kandang kuda.
Setelah selesai, aku mula untuk membersihkan tempat tersebut. Seperti tidak sangka rupanya sudah 2 tahun aku berada di desa ini dan kini aku sudah mula terbiasa hidup begini.
Banyak yang telah aku belajar tentang desa ini. Aku bahkan sudah tahu kenapa desa ini tidak mempunyai orang muda.
Kata datuk, desa ini dulu ada orang muda namun sekarang mereka sudah berpindah ke kota. Katanya ingin mencari kerja demi mengubah hidup namun apabila mereka semua pergi, tidak ada satupun yang kembali ke sini lagi sehingga meninggalkan orang tua sahaja.
Untungnya ada datuk yang pandai dalam sihir yang boleh membantu penduduk desa ini dan dia juga mula mengajar aku tentang sihir sehingga aku sedikit mahir dalam menggunakannya. Dia bukan sahaja mengajar aku sihir malah dia juga mengajar aku banyak benda yang aku tidak tahu selama ini.
Datuk mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang herba dan tumbuhan hidup membuat aku dapat belajar tentang ubat-ubatan. Bukan setakat itu, dia juga sangat pintar dalam sihir.
Bila aku tanya kenapa dia sangat pandai dalam sihir, dia jawab bahawa dia adalah bekas penyihir menara yang sudah berhenti kerja.
Penyihir menara merupakan satu perkerjaan bagi para penyihir yang berkemahiran. Mereka akan bekerja di menara untuk menyelidik tentang sihir ataupun penyihir yang akan membantu negara. Jadi sebab itu kenapa datuk sangat hebat dalam sihir.
"Selamat pagi, Aries," tiba aku mendengar suara menegur aku.
Aku menoleh ke belakang dan aku melihat pakcik Peter yang datang.
"Selamat pagi," ucap aku sambil tersenyum.
Aku masih ingat lagi bagaimana pertama kali aku bertemu dengannya dulu. Sungguh aku sangat bodoh waktu itu kerana terlalu malu dengan lelaki yang sangat peramah seperti dia.
Setelah aku tinggal 2 tahun di desa ini, dialah yang banyak menegur aku dan dia jugakan yang membuat aku lebih mengenali desa ini. Aku sekarang bahkan sudah seperti mengenali semua orang di desa ini disebabkan dia.
"Rajin betul kamu awal pagi begini sudah berkerja. Orang muda ini memang bersemangat ya. Teringat masa muda pakcik dulu," katanya.
"Sudah jadi tugas saya pakcik," aku tertawa kecil.
Mata aku memandang ke arah bakul kecil yang disandang di belakangnya. Masih kosong bermakna dia masih belum ke kebunnya.
"Pakcik nak pergi ke kebun ke?" Soal aku.
"Hari ini pakcik tak pergi. Pakcik nak masuk hutan sekejap nak cari herba. Kamu tak pergi ke?"
Kalau difikirkan kembali herba di rumah sudah hampir habis. Mungkin sudah hampir masanya untuk aku pergi ke hutan. Hutan sekitar desa ini kaya herba yang berkualiti, jadi untuk mencarinya agak senang.
"Mungkin saya akan pergi petang sedikit. Saya mahu selesaikan kerja saya dulu," balas aku.
"Kalau macam tu baiklah. Pakcik pergi dulu," dia mula meninggalkan aku.
Aku melambaikan tangan melihat kepergian lelaki itu dan selepas itu aku terus kembali kepada kerja aku. Tangan aku dengan cepat membersihkan kandang itu.
Dengan bantu sihir, kerja aku sedikit senang. Aku boleh buat banyak kerja dalam satu masa membuat kerja aku cepat selesai.
Selepas itu, aku kembali ke rumah dan melihat datuk tidak berada di sana. Mungkin dia berada di kebun untuk menolong penduduk yang lain.
Di desa ini hanya aku dan datuk sahaja yang dapat gunakan sihir, jadi kami berdua sentiasa diminta tolong oleh penduduk lain untuk menolong mereka.
Biasanya aku akan pergi sendiri untuk tolong penduduk itu kerana aku risau dengan keadaan datuk yang sudah semakin tua itu. Tetapi datuk tetap berdegil dan pergi menolong mereka.
Kalau sudah sampai tahap begitu aku memang sudah tidak boleh melawan. Aku hanya boleh tolong ringankan sahaja kerja datuk seperti menggantikan dia untuk mencari herba di hutan.
Aku tahu banyak jenis herba atas pembelajaran yang datuk berikan, jadi aku boleh cari apa sahaja jenis herba aku yang aku.
Kaki aku melangkah menuju ke belakang rumah ini lalu aku mencapai bakul yang dibuat daripada rotan. Bakul itu di sandang ke belakang dan kemudian aku mulakan perjalanan aku memasuki hutan untuk mencari herba.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...