cp 103

64 10 2
                                    

Mata aku lama memerhati markas Sullivan yang sudah ditinggalkan itu. Bukan ditinggalkan tetapi orang yang ada di sana hampir semuanya mati kerana kalah melawan Evosthil.

Sejujurnya aku sendiri tidak menyangka bahawa rancangan Dekis kali ini berjalan dengan sungguh lancar. Rancangan dia mahu menipu musuh dengan membuat dua serangan telah berjaya memusnahan kawasan inu walaupun tentera kami tidaklah berapa sangat.

Menipu musuh dengan menunjukkan bahawa kami telah kalah dengan berundur telah membuat musuh leka dan apabila tiba masanya kami akan melakukan serangan sebenar.

Kalau diikutkan rancangan sepatutnya semua musuh akan di perangkap supaya mereka tidsk boleh melarikan diri tetapi seorang telah melepaskan diri. Kalau sahaja lelaki itu tidak ada pedang tersebut sudah pasti mudah untuk mengalahkannya.

Aku mengeluh pasrah di dalam hati sambil kaki ini melangkah menuju ke satu khemah terbesar di sini. Masuk sahaja aku ke dalam khemah tersebut, aku dapat melihat sosok Fero yang sibuk membaca kertas-kertas yang ditinggalkan oleh musuh.

"Kau rupanya..." Fero mengangkat kepalanya melihat aku.

"Mana Dekis?" Soalnya.

Aku memandang sejenak ke arahnya lalu bertanya, "kenapa kau tanya aku? Aku bukannya penjaga dia?"

Tangan Fero meletakkan kembali kertas yang dia baca ke atas meja lalu memandang ke arah aku.

"Kau kan selalu sama dia, jadi mesti kau tahu dia dimanakan?"

"Dia ada bersama Cain untuk uruskan laporan," balas aku pasrah dengan fakta yang diungkapkan oleh Fero itu.

"Betul juga kata aku kau tahu dia dimana. Kau memang tak jauh beza dengan penjaga dia," gurau Fero sambil tetsenyum.

Aku mengendahkan gurauan itu lalu berjalan menuju ke satu almari di penjuru khemah ini. Satu persatu buku yang ada di sana diambil oleh aku lalu aku baca.

Kebanyakan buku itu menceritakan tentang perang yang ada dijalankan oleh Sullivan ke tanah Evosthil. Ada juga peta negara mereka bersama negara ini.

Membaca buku ini membuat aku sedikit nostalgia kerana bahasa yang digunakan merupakan bahasa Sullivan. Bahasa ibunda aku ketika aku masih lagi tinggal di negara itu. Malah melihat peta Sullivan membuat aku teringat akan keindahan negara itu terutamanya tempat kelahiran aku.

Tempat kelahiran aku merupakan salah satu negeri yang indah dengan alam semula jadi. Disebabkan negeri itu terlerak tepat di sempadan negara membuat keindahan alam di sana kurang diterokai. Tempat itu malah pernah menjadi tempat pelancongan terbaik untuk seseorang yang sukakan alam sekitar.

Sayangnya sekarang tempat itu sudah hancur di bawah kepimpinan manusia durjana itu. Aku tidak tahu apa yang sudah terjadi di sana tetapi aku pernah mendengar desas desus katanya disana kerap terjadi bencana alam. Nampaknya alam juga tidak menyukai pasangan durjana itu.

"Kau boleh faham ke apa yang kau baca tu?" Tiba kedengaran suara Noah dari belakang aku membuat buku di tangan aku terjatuh.

Dengan terkejutnya aku, aku menoleh ke belakang melihat sosok Noah yang tiba ada di sana. Aku tidak sedar ada orang memasuki khemah ini. Apa aku terlalu khusyuk membaca sehingga tidak menghiraukan sekitar aku.

Noah mengambil buku aku yang terjatuh lalu cuba membacanya. Mukanya kelihatan agak sukar untuk memahami isi buku tersebut.

"Kau pandai baca ke bahasa ni?" Soal Noah lagi.

"Aku pandai dan faham bahasa Sullivan. Jangan nak merendahkan aku," balas aku sambil mengambil kembali buku tersebut.

Aku mengaku bahasa Sullivan ini memang susah. Ada yang mengatakan bahawa kalau seseorang itu bukan warga asli Sullivan, memang susah untuk dia memahami mahupun fasih berbicara dalam bahasa Sullivan.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now