Suasana malam yang gelap mula bertukar menjadi terang. Bulan yang tadinya tegak di langit kini sudah menghilang mengganti matahari yang mula terbit.
Kini suasana di markas itu mula menjadi tenang semula setelah berlakunya penyerangan yang besar-besaran pada malam tadi. Markas yang kemarinnya kelihatan masih elok kini telah hancur akibat tentera Evosthil itu.
Walaupun kemenangan milik Sullivan namun kesan penyerangan kemarin sungguh teruk sehingga menghancurkan hampir 50 peratus markas tersebut. Pintu gerbang utama yang merupakan tembok mereka telah roboh dan ada beberapa khemah tentera telah hangus terbakar. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesan penyerangan malam tadi sungguh dahsyat.
Namun begitu, kini mereka tidak perlu risau lagi kerana pasukan Evosthil sudah berundur bermakna pasukan itu tidak akan menyerang mereka dalam masa terdekat ini. Dan itu juga bermakna Sullivan terbukti lebih kuat daripada Evosthil.
Mengingatkan kejadian tersebut membuat Eras tidak berhenti tersenyum. Sejujurnya dia takut untuk menghadapi Evosthil kerana apa yang dia dengar daripada kekalahan Argena tetapi apabila dia berhadapan dengan putera mahkota Evosthil, semua sangkaan dia melencong jauh.
Putera yang dikatakan sungguh kuat rupanya hanyalah seorang lelaki lemah yang berlindunh di balik tenteranya.
"Apa rancangan kau lepas ni?" Tiba rakannya menyoal.
Eras terdiam sejenak melihat kawasan sekeliling markas itu. Kelihatan banyam oara tentera sedamg sibuk melakukan tugas mereka membaiki kerosak akibat penyerangan semalam.
"Memandangkan Evosthil sudah berundur, inilah masa kita untuk maju kehadapan. Sekarang pasukan Evosthil melemah bermakna peluang kita untuk melawan mereka," Eras tersenyum.
Rakannya itu hanya tersenyum mendengar balasan itu. Ada betulnya kata Eras. Jangan sia-siakan peluang untuk melawan Evosthil ketika mereka masih lemah sekarang.
"Bagaimana dengan pasukan tentera kita sekarang?" Soal Eras pula.
"Tentera kita tidak banyak yang cedera. Semuanya masih dalam keadaan baik."
Selepas berakhirnya penyerangan malam tadi, tentera mereka terus bersorak kegembiraan kerana mendapat kemenangan begitu. Jadi disebabkan itu, pagi ini sebahagian tentera dibenarkan berehat dan ada juga sebahagian mereka meraikan kemenangan itu.
Eras tidak menghalang semua itu kerana dia tahu tentera dia mesti meraikan kemenangan tersebut untuk menambahkan lagi motivasi oara tentera untuk pertarungan di masa hadapan.
"Kalau macam tu baguslah. Aku akan kembali untuk tulis laporan," ujar Eras sambil memusingkan tubuhnya.
Sebelum kakinya membuka langkah, tiba dia merasakan sesuatu yang pelik. Angin yang bertiupan entah kenapa terasa agak kuat pada hari itu.
Pandangannya diangkat melihat ke arah daub pokok yang melambai-lambai ditiup angin.
"Kau ada rasa sesuatu tak?" Soal Eras.
Rakannya memandang sekeliling lalu menggelengkan kepala menandakan dia tidak merasakan apa-apa.
Eras mula curiga. Matanya menatap pula ke arah satu batu yang ada di atas tanah dan dia tidak tersedar batu itu seakan bergerak akibat satu gegaran kecil. Matanya dikecilkan lagi menatap tajam batu tersebut dan tiba-tiba...
Prak!
Kedengaran bunyi seakan berlakunya tanah runtuh berdekatan. Eras menoleh ke arah bunyi tersebut dan alangkah terkejutnya dia melihat tanah yang menjadi jalan masuk gerbang utama markas telah runtuh membentuk satu lubang yang dalam.
"Apa sudah terjadi?" Soalnya sendiri.
Semua orang yang ada disitu memandang ke arah kejadian tanah runtuh itu. Mereka terdiam tidak terkata kerana tidak faham apa yang terjadi sekarang.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...