"Mulai hari ni kau tak perlu lagi bekerja di sini. Kau dipecat dan akan digantikan oleh orang lain," aku tiba terdengar suara Countess seakan sedang mengarahkan seseorang.
Pecat?
Siapa yang dia pecat dan kenapa tiba-tiba sahaja dia mahu memecat pekerja rumah ini?
Kaki aku melangkah laju memasuki bilik kerja milik ayah aku dimana arah aku mendengar suara tadi. Sepatutnya bilik tadi, tidak dibenarkan sesiapa masuk. Kenapa suara Countess kedengaran dari sana?
Setiba aku di hadapan bilik itu, aku melihat pintu bilik itu sudah terbuka besar dan apabila aku masuk, aku melihat banyak pelayan mengemas bilik itu. Semua buku yang berada di rak dikeluarkan serta kertas bertaburan di atas meja ayah.
Aku juga melihat kepala pelayan yang berdiri di hadapan Countess sambil menunduk. Adakah dia orang yang Countess katakan tadi?
"Kau boleh kemas barang kau dan pergi dari rumah ini esok. Gaji kau bulan ini akan dibayar nanti," ujarnya lagi. Jadi memang betul dia ingin memecar kepala pelayan.
"Apa Countess lakukan? Bilik ini sepatutnya tidak boleh dimasuki sesiapa dan kenapa Countess memecat dia?" Soal aku berjalan mendekati wanita itu.
Wanita itu yang sedar kehadiran aku mula memandang tajam aku lalu dia mula memandang ke arah kepala pelayan.
"Mulai minggu hadapan bilik ini akan jadi milik saya, jadi saya ingin memeriksa segala data wilayah ini selama ini. Dan dia, saya pecat kerana dia sudah sampai umurnya untuk berhenti. Tidak elok biarkan orang tua masih bekerja," alasannya.
Aku tahu sekarang umur kepala pelayan tua tetapi itu masih dalam umur seseorang yang masih boleh bekerja dan Countess juga belum ada kuasa untuk mengarah. Gelaran itu masih belum diserahkan sepenuh kepada dia, jadi dia tidak boleh berbuat sesuka hati dengan tempat ini.
"Countess, segala gelaran itu masih belum diserahkan sepenuhnya pada Countess. Jadi sekarang Countess jangan berbuat seakan tempat ini milik Countess," tegas aku.
Mata aku tajam melihat ke arah wanita itu. Sejujurnya perasaan benci aku itu semakin membuak. Menyelongkar bilik ini adalah satu kesalahan yang sangat besar.
Semasa ayah hidup, dia tidak pernah sekalipun membenarkan sesiapa masuk bilik ini kecuali aku dan pekerja dia. Jadi orang luar seperti Countess tidak layak masuk kecuali gelaran itu memang sudah ada padanya.
Perbuatan dia berbuat begitu memang menunjukkan sikap tidak menghormati ayah aku yang sudah pergi.
"Ryzel, kamu masih kacil jadi kamu masih tidak faham akan kerja begini. Saya buat ini lebih awal agar tidak menyusahkan saya apabila saya sudah mendapat gelaran itu nanti," balasnya.
Walaupun begitu, tidak bermaksud dia harus lakukan semua ini. Jangan fikir aku ini masih kecil dia boleh merendahkan aku.
Aku sudah diajar untuk menjadi pewaris ayah, jadi aku tahu segala tentang kerjanya dan aku juga tahu bahawa apa yang Countess lakukan bukanlah membersihkan bilik ini tetapi dia cuba mencari data kerja ayah untuk kegunaannya. Sungguh wanita yang licik.
"Saya-"
"Kau, bawa dia keluar," arahnya menunjuk kepala pelayan.
"Baik, Countess," serta merta kepela pelayan tadi terus menarik aku untuk keluar.
Sudah semestinya aku cuba melawan tetapi dia tetap menarik aku keluar. Dia membawa aku kembali ke bilik aku dan memerhati sekeliling sebelum dia mengunci bilik ini lalu memusing ke arah aku.
"Tuan muda..." panggilnya.
Dia muka menunduk membuat tinggi kami setaraf dan matanya mula menatap aku yang sedikit kesal dengan dia.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...