Di hari yang tenang itu, penduduk di tanah tersebut melakukan aktiviti mereka seperti biasa. Ramai penduduk keluar dari kediaman mereka untuk melakukan kerja mereka seperti membuka kedai ataupun membeli barangan.
Bukan sahaja orang dewasa yang keluar malah kanak-kanak juga dengan riang bermain di luar tanpa ragu-ragu.
Suasana yang tenang itu berlalu untuk seketika sehingga mereka terdengar bunyi hentakan kaki kuda yang kuat.
Tap! Tap! Tap!
Bunyi hentakan kaki kuda itu kuat dan kedengaran sungguh banyak. Semua orang yang sibuk di pekan itu mula menoleh ke arah hentakan tadi dan secara tiba mereka melihat ada sekumpulan tentera berkuda sedang bergerak laju ke arah mereka.
Mata mereka memerhati lagi tentera tersebut dan apabila mereka melihat tentera itu membawa bendera yang bukan milik negara itu, mereka mula tersedar akan apa yang berlaku selepas ini.
Semua penduduk yang ada di pekan tadi mula melarikan diri meninggalkan segalanya. Kedai yang dibuka dibiarkan terbuka dan barangan yang terjatuh di tanah dibiarkan kerana apa yang mereka tahu hanyalah keselamatan mereka sekarang.
"Lari! Tentera Argena sudah datang!" Jerit salah seorang penduduk di sana.
Mereka tahu kehadiran tentera Argena itu adalah untuk menjajah tempat mereka. Kalau mereka tidak selamatkan diri, mereka boleh terbunuh oleh tentera tersebut.
Kaki mereka semua berlari laju meninggalkan tempat tersebut, namun belum sempat mereka keluar dari gerbang kota itu, tentera tersebut sudah tiba dahulu. Gerakan kaki memang akan kalah dengan gerakan kuda.
Tentera Argena yang lengkap memakai baju besi itu memasuki gerbang kota itu dengan pantas lalu menutup gerbang tersebut. Sekarang semua penduduk tadi sudah tidak ada jalan lain untuk keluar.
Jalan keluar dari kota itu hanyalah ada satu iaitu gerbang tadi dan disebabkan gerbang itu ditutup oleh tentera tersebut mereka sudah tidak ada jalan lain.
"Sekarang tangkap semua penduduk di sini dan rampas segala barangan mereka," arah Zeke yang merupakan komander dalam operasi tersebut.
Apabila mendengar arahan tersebut semua penduduk kota itu mula berlari lintang pukang untuk menyelamat diri daripada ditangkap. Mereka tidak mahu ditangkap.
Manakala tentera Argena yang diberikan arahan tadi laju menjalanjan tugas mereka. Mereka mula bergerak menuju ke arah setiap penduduk yang cuba melarikan diri untuk menangkapnya.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba ceroboh masuk rumah penduduk lain lalu memaksa orang yang bersembunyi di dalam rumah itu untuk keluar.
Semua tempat malah celah kota itu dicari oleh para tentera yang jumlahnya melebihi ratusan tersebut. Mereka tidak meninggalkan satupun tempat apabila arahan sudah diberikan.
Apabila semua penduduk tadi sudah dikumpulkan di hadapan Zeke, semua tentera tadi pula mula menjalankan tugas mereka untuk merampas segala harta penduduk tersebut.
Manakala Zeke yang melihat para penduduk yang ketakutan di hadapannya hanya tersenyum puas. Rancangan dia untuk menakluki kota itu memang sangat mudah.
Dia tahu masa yang sesuai malah dia tahu kelemahan kota ini yang hanya memiliki satu laluan keluar dan disebabkan ini hanyalah kota kecil, mesti ramai yang fikir mereka tidak akan cuba menyerang kota ini.
Tetapi itulah silap mereka. Rancangan Argena kali ini bukan sahaja untuk menyerang pembatasan Delcan tetapi untuk mengusai seluruh wilayah Nervin ini.
Di wilayah ini tidak terdapat banyak kota yang maju kerana bentuk muka bumi wilayah ini yang penuh dengan pergunungan. Jadi kota di wilayah ini hanya sedikit dan kecil.
Walaupun begitu, ianya sangat menguntungkan Argena. Senang tentera Argena untuk menguasai wilayah ini kerana saiz untuk menyekat pergerakan tentera Evosthil di pergunungan sana.
Malah sekarang rasanya kumpulan tentera Argena yang lain juga mesti sedang menjalankan operasi mereka untuk mengusai wilayah ini bahagian lain.
Kalau mereka sudah mengusai semua kota tersebut, maka seluruh wilayah Nervin ini memang berada di tangan tentera Argena.
Zeke yang duduk di atas kuda tadi mula turun lalu matanya memandang ke semua penduduk yang sedang ketakutan itu. Dia cuba mencari seseorang yang mungkin boleh digunakan sekarang.
Matanya bergerak-gerak dari kiri ke kanan melihat semua penduduk itu dan terhenti apabila dia melihat seorang lelaki dewasa sedang ketakutan namun masih berani untuk melindungi seorang wanita dan seorang anak lelaki di belakangnya.
Zeke dapat tahu bahawa wanita dan anak lelaki itu adalah keluarga lelaki tadi. Mungkin dia boleh gunakan orang tersebut.
"Kau yang baju hijau tu, angkat kepala kau," arah Zeke.
Lelaki yang menundukkan kepala tadi mula mengangkat kepalanya melihat wajah Zeke yang sedang berada di hadapan dia sekarang.
"Kau tahu di mana rumah pembesar wilayah ini?" Soal Zeke.
Lelaki tadi terdiam sejenak. Matanya cuba melihat ke arah anak dan isteri yang ketakutan itu lalu sikit demi sedikit dia mengangguk kepala.
"Bagus! Tunjukkan aku mana rumah itu," arahnya lagi.
Lelaki tadi terkejut. Dia terkaku di sana kerana dia tahu bahawa sekiranya para tentera Argena ini berjaya membunuh pembesar wilayah itu, maka mereka akan memang secara keseluruhan.
Wilayah itu tidak akan ada pelindung lagi kalau bangsawan yang menjaga wilayah itu hilang nyawa.
"Saya..." lelaki itu ragu untuk menjawab. Tidak tahu sama ada dia perlu memberitahu tempat itu atau hanya berdiam diri.
Zeke yang melihat semua itu mula hilang sabar. Pedang yang berada di pinggangnya mula dikeluarkan lalu dia arahkan kepada lelaki tersebut.
"Beritahu aku atau kau mati sini," amaran Zeke.
Lelaki tadi ketakutan lagi. Badannya bergetar apabila melihat pedang yang hanya beberapa inci dari helernya itu.
"Saya-"
"Kau dua orang, tangkap perempuan dan budak tu," Zeke mengarahkan tenteranya untuk menangkap orang di belakang lelaki tadi.
Dua orang tentera itu menurut perintah lalu menarik wanita dan budak tadi. Lelaki tadi cuba menyelamatkan isterinya dan anaknya itu namun tidak kekuatan dapat melawan kekuatan tentera Argena.
Wanita dan budak tadi ditarik ke hadapan lalu mereka dipaksa untuk melutut. Pedang Zeke tadi pula mula mengarahkan kepada mereka berdua membuat lelaki itu ketakutan.
"Beritahu aku atau mereka mati sekarang," amaran Zeke.
"Sa-saya akan beritahu. Tolong jangan bunuh anak dan isteri saya," lelaki itu merayu.
Zeke tersenyum sinis lalu pedang tadi diturunkan. Memang betul bahawa menggunakan cara kasar adalah jalan yang lebih cepat untuk kawal manusia.
"Baiklah. Tapi sebelum tu, anak dan isteri kau akan ditahan sehingga aku tunjuk rumah itu."
Wanita dan budak itu mula ditarik oleh tentera tadi menuju ke tempat lagi. Pada ketika itu semua orang yang melihat kejadian tersebut ma ketakutan. Mereka sedar bahawa sekarang mereka harus mengikuti kata Zeke atau mereka akan dibunuh tanpa belas kesian.
Mereka tidak ada kekuatan untuk melawan balik dan jikalau ada yang cuba melawan balik, mungkin orang itu akan kalah dengan mudah. Kekuatan penduduk di sini tidak ada bandingnya dengan kekuatan tentera Argena.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...