cp 90

72 12 7
                                    

Tangan Dekis semakin laju bergerak mengawal pedang untuk mengakis serangan Caze. Serangan demi serangan Caze berikan sehingga Dekis kepenatan menahan dan mengelak serangan tersebut.

Pantasnya Caze memberi serangan seakan tidak mahu Dekis menyerang dirinya. Malah kini Dekis masih tidak sempat menyerang kerana setiap kali dia cuba menyerang, Caze akan menyerang duluan.

Tang!

Pedang yang melibas ke arah Dekis ditahan olehnya. Tangannya kuat menahan pedang lalu menolaknya dengan sedaya upaya. Caze tertolak ke belakang akibat balasan tadi lalu tersenyum. Matanya memandang ke arah Dekis.

"Aku mengaku kau kuat tapi sekuat kau belum pasti dapat mengalahkan aku," secara tiba Caze berlari laju ke arahnya sambil menghalakan pedang.

Pedang tersebut cuba menyasarkan pinggang Dekis namun sekali lagi berjaya ditangkas oleh Dekis. Apabila melihat gerakan tersebut, Caze tersenyum lagi lalu menyepak kaki Dekis membuat Dekis tersungkur ke tanah.

Melihat peluang itu, Caze lalu cuba menusuknya dan Dekis cuba mengelak dengan bergoleng ke tepi. Akan tetapi tersebut tidak akan dapat menyelamat dirinya.

Dekis mula berasa pasrah. Apa dia patut berlari ke markas tadi? Kalau dia ke sana sekurangnya akan ada tentera yang boleh membantu dia.

Tetapi persoalannya disini, berjaya ke dia larikan ke markas itu sebelum Caze sempat mengerjarnya. Jarak dia dengan markas itu agak jauh ke dalam akibat Caze yang asik menolak dia masuk ke dalam hutan ketika bertarung.

Rasanya itulah sebab kenapa Caze menolak dirinya ke hutan. Semua ktu agar dia tidak dapat mendapatkan pertolongan daripada tenteranya yang lain di markas tadi. Dekis mengetap bibirnya geram tidak dapat memikirkan apa-apa ketika itu.

Tang!

Sekali lagi pedang mereka berdua berlaga. Kali ini Caze memang menolak pedangnya cuba mengenakan Dekis dan Dekis pula mula mengalami kesukaran menahan pedang tersebut.

Dan seketika itu tanpa berfikir, tangan Dekis yang menyentuh tanah itu mula menggenggam tanah lalu dilemparkan ke wajah Caze. Pandangan Caze mula kabur membuat dia tidak fokus dan dari sana Dekis mula mengambil peluang untuk bangkit kembali.

Pedangnya mula diangkat lalu dilibaskan ke arah Caze. Serangan tersebut berjaya memberi luka di lengan Caze kerana Caze tidak fokus apabila pandangan kabur. Dekis tersenyum apabila berjaya memberikan serangan balas kepada Caze.

Dia kemudian mula memberikan serangan lagi dari berlainkan secara terus dan Caze terus cuba menangkisnya dalam keadaan matanya sakit terkena tanah.

Melihat keadaan itu juga, Dekis tidak berlengah untuk memberikan serangan pada bahagian kaki Caze. Serangan diberikan membuat Caze terluka parah di kakinya sehingga dia terpaksa melutut.

Dekis yang melihat peluang itu mula mengangkat pedang ke arah kepada Caze dan mula menghayunkannya namun secara tiba-tiba...

Srak!

Libasan pedang asing hadir dari belakang Dekis melukakan belakangnya.

"Argh!" Dekis menjerit kesakitan. Dia terjatuh ke tanah menahan perit kesakitan itu.

Lelaki itu menoleh ke belakang dan alangkah terkejut dia melihat terdapat seorang tentera lengkah berzirah menutup seluruh wajahnya menyerang dirinya dari belakang. Tentera itu cuba menyerangnya lagi namun sempat dielak oleh Dekis.

"Apa-"

"Itulah balasan kau," ujar Caze yang mula berdiri itu. Tentera tadi mula berdiri di samping Caze.

Mata Dekis memandang ke arah tentera tadi yang kelihatan sungguh mencurigakan. Kenapa dia rasa itu bukan tentera biasa melainkan mayat hidup?

Dia sedar bahawa ketika tentera itu cuba menyerangnya, pergerakan tentera itu seakan tidak teratur seperti manusia. Lebih kepada bagaimana patung digerakkan.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now