Di tengah hutan gelap yang dikelilingi pepohonan kering dan terbengkalai, kabut tebal menyelimuti tanah, menciptakan suasana yang suram dan menakutkan.
Suara gemuruh petir terdengar di kejauhan, sementara cahaya remang-remang hanya menyoroti bayang-bayang yang menyeramkan di sekitar. Udara terasa dingin dan lembab, dan aura ketidakpastian menggantung di udara, memicu perasaan takut dan kegelisahan.
Seorang lelaki duduk melutut sambil disekeliling oleh manusia. Mukanya menunduk ke tanah tidak berani melihat ke langit yang mendung. Kini dirinya tidak lebih daripada rakyat biasa malah lebih teruk dari hamba. Hamba tidak akan berani mengkhianati tuannya tetapi dia telah mengkhianati tuannya.
Semua orang yang berada di situ hanya terdiam menanti ketibaan seseorang. Mata mereka tidak berhenti menatap keji lelaki yang melutut tersebut. Sungguh mereka tidak menyangka bahawa lelaki itulah serigala dalam kumpulan arnab.
Tap... Tap... Tap...
Kedengaran bunyi hentakan tapak kaki datang menghampiri. Orang yang berkumpul tadi mula berpecah memberi ruang kepada yang orang datang tersebut. Sesampai mereka di hadapan lelaki tadi, tadi tatapan tajam yang mampu mereka hadiahkan.
"Pagi ini beta telah mendapat jawapan daripada Yang Mulia Raja Evosthil atas peristiwa ini. Beliau sungguh murka dan telah menetapkan hukuman yang setimpal untuk pesalah," ucap Dekis.
Semua orang mula berbisik menanyakan tentang hukuman yang ada diterima. Mereka tahu berkhianat kepada negara adalah kesalahan yang besar, jadi sudah pasti hukumannya juga berat.
"Oleh itu, Ciro, bekas penyihir negara dengan ini gelaran kau sebagai bangsawan akan dicabut dan engkau akan menjadi rakyat biasa."
Suasana tiba menjadi senyap. Semua yang ada di situ tidak menyangka hukuman yang diberikan cukup ringan untuk seorang pengkhianat.
"Dan engkau juga akan dihukum mati."
Seketika itu, suasana yang senyap mula menjadi bising kembali dengan bisikan. Mereka semua terkejut. Mereka ingatkan hanya satu hukuman tetapi tidak sangka hukuman kedua juga ada.
Dan apa yang lebih mengejutkan ialah hukuman kedua merupakan hukuman mati. Hukuman paling berat dalam sejarah Evosthil.
Negera Evosthil terkenal dengan sistem hukuman yang boleh dikira cukup baik bagi para pesalah. Malah sebelum ini hukuman paling berat yang ada hanya sebat ataupun dibuang negara. Tetapi kali ini mati!
Adakah itu bermaksud Yang Mulia Raja Evosthil memang sangat murka atas kesalahan Ciro kali ini?
Bisikan demi bisikan mula riuh kedengaran di saja. Ciro yang duduk melutut juga tidak menyangka bahawa dia akan menerima hukuman sebegitu.
"Tu-tuanku! Maafkan patik. Patik tidak sanggup menerima hukuman sebegitu," Ciro mula merayu.
Dia cuba bangkit mendekati Dekis namun terhalang oleh para tentera yang menjaganya.
Dekis yang mendengar rayuan tersebut hanya menatap keji lelaki itu. Tidak layak rayuan tersebut didengari olehnya mahupun sesiapa pun.
"Sekarang kau pilih," Dekis mengambil pedangnya lalu dibaling ke tanah menghampiri Ciro.
"Kau mahu mati dengan cara aku pancung kau atau kau mahu mati dengan bunuh diri guna pedang itu sekarang."
Pilihan yang diberikan Dekis mengejut semua orang sekali lagi. Kedua pilihan tersebut tidak berakhir dengan baik dimana mangsa akan mati juga pada akhirnya.
Tetapi kalau dipilih antara dua pilihan tersebut, rasanya ramai akan memilih dipancung olehnya kerana itu boleh mengurangkan rasa sakit dimana mangsa akan mati dengan sekelip mata.
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...