cp 93

61 11 2
                                    

Di sebuah taman yang indah serta dipenuhi oleh pelbagai bunga, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar lembut segala yang ada di taman tersebut. Bunga-bunga yang tumbuh mekar pula kelihatan indah menghiasi taman tersebut dan bau mereka menjadi pewangi keoada pengunjung taman.

Dari jauh kelihatan pula satu gazebo besar terbina yang di tengah taman itu dan di dalam gazebo tersebut terlubat dua kelibat manusia yang sedang menikmati teh bersama. Seorang wanita yang cantik jelita dan seorang lelaki yang tampan gah perkasa.

"Awak tak rasa ke hantar Dekis ke Astea akan kecewakan budak tu?" Soal lelaki itu.

Wanita yang duduk di hadapannya menghirup perlahan teh di dalam cawan lalu tersenyum. Cawan tersebut diletak kemas di atas sebuah piring.

"Budak tu, kalau tak dipaksa memang tidak akan buat. Selagi ada peluang kita guna sahaia peluang itu," jelas wanita itu.

Lelaki tersebut mengeluh pasrah lalu memandang ke arah taman yang penuh dengan bunga. Dia tahu bahawa sekarang dia tidak ada kuasa untuk membantah isterinya.

Walaupun dia merupakan raja negara tersebut, tetapi dia tidak berani melawan kata isterinya. Apatah lagi kalau perkara itu ada kena-mengena dengan anak mereka.

Baginya bergaduh dengan isterinya sama seperti dia pergi berperang dengan raja iblis. Dia lebih takutkan isterinya berbanding perkara lain di negara ini.

"Budak tu..."

Lelaki tersebut mengalihkan pandangan ke arah isterinya yang mula berharap.

"Dekis, saya nak budak tu jadi seorang pemimpin yang berpengalaman. Saya tak nak dia jadi pemimpin yang hanya melihat dari jauh tetapi tidak melakukan kerja. Lebih baik dia bermatian bersama bawahan dia daripada hanya melihat bawahan dia mati untuk dirinya."

Mendengar penjelasan itu mula membuat lelaki tadi faham akan tindakan isterinya. Dia faham menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang mudah. Pemimpin mestilah seseorang yang adil, pengalaman dan yang lebih penting seorang yang memahami bawahannya.

Semasa dirinya muda juga, dia telah dihantar beberapa kali untuk pergi berperang oleh raja sebelumnya dan hal tersebut telah mengajarnya banyak benda terutamanya tentang kehidupan ketika kita tiada apa-apa.

"Mungkin ini juga keputusan yang terbaik untuk budak tu. Tidak salah untuk berikan pengajaran sedikit pada dia," lelaki itu tersenyum mengenangkan anaknya.

Dia tahu sekarang sudah pasti anaknya itu sedang kesedihan kerana dipaksa pergi ke Astea.

.
.
.
.
.

"Sampai bila kau macam tu? Tiga hari lagi kita akan mula bergerak," ujar aku kepada lelaki yang asyik berbaring sambil berselimut itu.

Dia tidak menjawab dan hanya terus menyelimuti dirinya. Kadang aku mendengar suara seakan tangisan datang daripada lelaki itu. Seteruk itu ke dia tidak mahu ke Astea?

Aku mengeluh pasrah lalu keluar daripada khemah itu. Tidak ada guna lagi mahu bercakap dengan orang begitu.

"Jadi macam mana dengan Dekis?" Soal Fero yang berada di luar khemah itu.

"Malas sudah aku dengan dia tu. Lantak dia lah," ujar aku.

Lelaki itu tertawa lalu membalas, "aku ingatkan kau boleh pujuk dia. Nampaknya kenalah kita bersabar dengan dia."

Sejak mendapat surat hari itu, Dekis terus kelihatan begitu. Bersedih dan menyendiri di dalam biliknya. Hanya disebabkan diarahkan pergi ke Astea dia terus begitu. Apa yang dia tak nak sangat pergi ke Astea itu?

"Dia memang macam tu ke?" Soal aku.

"Sejujurnya apa yang kau lihat sekaranglah diri dia yang sebenar. Dia tu boleh aku katakan seorang yang cukup pemalas. Dia sertai perang ini pun disebabkan Yang Mulia Permaisuri yang paksa."

Servant of EvilWhere stories live. Discover now