cp 23

64 11 0
                                    

Masuk hari ini sudah hampir satu minggu aku memulakan perjalanan aku. Jarak aku dengan desa itu juga sudah terlalu jauh sehingga kalau mahu berpatah balik pun sudah tidak ada gunanya.

Namun aku tidak kisah kerana aku telah tekad tidak akan balik sehinggalah perang ini selesai. Aku mahu balik ketika aku sudah boleh membawa kejayaan untuk datuk.

Sambil aku menunggang kuda itu, tangan aku mula membuka peta tang aku bawa bersama. Kerana aku sudah terlalu biasa menunggang kuda, aku sampaikan tidak takut kalau aku menunggang tanpa melihat ke hadapan.

Mata aku memandang ke arah peta tadi dan aku mula sedar bahawa aku sudah menghampiri markas tentera itu. Hanya beberapa kilometer maka aku akan sampai.

Aku mula melajukan pergerakan kuda ini untuk berlari cepat ke tempat itu. Kalau boleh aku mahu sampai sebelum petang.

Beberapa jam aku menaiki kuda, akhirnya aku sampai di tempat itu. Aku turun dari kuda tersebut sambil mata aku memandang ke sekeliling.

Terdapat banyak anak muda yang datang sama seperti aku. Rasanya mereka juga salah seorang tentera yang terlibat.

Sungguh aku tidak selesa dengan suasana yang ramai begini. Di desa Turgis jumlah penduduknya sedikit, jadi aku tidak kisah tetapi apabila sampai di sini, aku mula berasa sedikit tidak selesa.

Banyak manusia dari pelbagai arah sehingga aku rasa badan kecil aku ini akan tenggelam salam kerumunan tersebut. Harap sahaja tidak ada apa yang akan terjadi nanti. Sungguh aku malas untuk terlibat dalam apa-apa masalah sekarang.

"Kuda tuan boleh diletakkan di sana," tiba aku terkejut mendengar suara seorang lelaki.

Aku menoleh ke belakang dan aku melihat seorang lelaki dewasa sedang berbicara dengan aku. Tangannya menunjukkan satu kandang kuda khas yang dibuat untuk kuda yang datang diletakkan.

"Tuan..."

"Maaf, saya akan bawa kuda ini ke sana," ucap aku lalu mula melangkah pergi.

Tangan aku dengan pantas menarik tudung jubah aku aku pakai supaya tidak ada orang melihat aku. Jujur sikap aku yang pemalu ini masih tidak sembuh.

Sudah bertahun lalu namun aku masih tidak biasa untuk berbicara dengan orang asing. Kalau bicara juga, aku mesti akan gagap atau aku akan cari cara untuk tidak bercakap.

"Semua orang boleh mendaftarkan diri mengikut kumpulan masing-masing di hadapan sana," muncul pula suara seorang menjerit.

Setelah aku selesaikan meletakkan kuda aku di kandang tadi, aku terus melangkah pergi ke arah yang dikatakan tadi.

Dia kata semua orang mesti berdaftar mengikut kumpulan mereka, jadi aku mesti cari kumpulan penyihir. Mata aku memandang sekeliling mencari tempat daftar tersebut dan aku akhirnya menemui tempat itu.

Aku berjalan menuju ke sana lalu aku mula beratur di belajar beberapa orang lain yang turut hadir. Dapat aku lihat, bahawa dalam kumpulan penyihir banyak yang membawa satu batang kayu di tahan mereka.

Apa batang kayu itu digunakan untuk melakukan sihir?

Aku pernah belajar bahawa seorang penyihir mempunyai satu batang kayu yang mempunyai sihir di dalamnya untuk menolong mereka. Tetapi kata datuk itu hanya digunakan untuk penyihir pemula.

Jadi kenapa mereka ada? Bukankah penyihir yang datang harus seorang yang sudah mahir. Kalau mereka terus mamakai batang kayu begitu, nanti itu akan me ganggu pergerakan mereka ketika bertarung.

Tapi apa-apa sahajalah. Itu bukan urusan aku. Mereka bukannya ada hubungan dengan aku.

"Seterusnya," ujar orang di kuanter pendaftaran itu apabila orang di hadapan aku selesai.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now