Sudah satu minggu berlalu sejak kejadian itu. Selepas penyerangan itu berakhir, terdapat beberapa orang kampung melimpasi kawasan tersebut dan mula menyelamatkan aku lalu menghantar aku kembali ke kediaman aku.
Ayah aku yang mendengar apa yang terjadi terkejut dan apa yang lebih menyakitkan adalah dia terpaksa melihat isterinya mati sekali lagi. Dia tidak boleh menerima kematian ibu tiri aku itu sehingga dia tidak keluar dari bilik sejak hari pengebumian wanita tadi.
Aku juga turut sedih. Aku baru sahaja belajar untuk menerima wanita itu tetapi dia telah pergi begitu sahaja. Bukan sahaja wanita itu malah anak dalam kandungan wanita itu juga sudah pergi bersama.
Sungguh aku berasa bersalah. Kalau sahaja wanita itu tidak menarik aku dan aku yang terkena panah itu, mesti wanita itu akan selamat. Tetapi kenapa!
Kenapa dia harus menyelamatkan aku? Dia boleh sahaja biarkan aku terkena panah itu dan pergi selamatkan diri. Sekurangnya kalau aku yang kena, wanita itu tidak akan mati dah anak kandungannya akan selamat.
Aku pula masih boleh bertahan kerana itu hanya anak panah. Ia tidak akan membunuh aku dengan mudah.
Mengingati semua itu memang membuat aku kesal. Setiap malam aku ingin tidur akan bermimpi perkara itu sehingga membuat aku sukar untuk tidur.
"Tuan muda..." satu suara memanggil aku.
Kepala aku menoleh ke arah suara itu dan itu rupanya pelayan aku yang datang sambil membawa dulang makanan aku.
"Ini makanan tuan muda," katanya lalu menghidanglan makanan itu.
Mata aku menatap makanan tersebut. Sejak kejadian itu, aku sudah hilang selera makan aku. Kesihatan tubuh badan aku juga menurun sehingga aku tidak sekalipun memasuki kelas untuk belajar.
Aku diberikan rehat kerana mereka ingin memberi peluang kepada aku untuk menenangkan diri selepas apa yang berlaku.
"Ayah bagaimana?" Soal aku.
Dia mengurung dirinya di dalam bilik sehingga aku tidak tahu apa yang berlaku dengan lelaki itu. Mungkin dia sakit menahan kesedihan yang berlaku.
"Marquis sekarang masih berada dia ruang kerja, jadi saya kurang tahu."
Seperti yang aku jangka. Ayah, sejak kejadian itu terus berubah menjadi pendiam. Tidak pernah sekali dia melawat aku tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu dia juga menghadapi masa yang sukar sekarang.
Tetapi bukan itu masalah aku. Aku mesti berjumpa dengan ayah untuk berkata sesuatu mengenai kejadian hari tu.
Kejadian hari itu bukan kemalangan melainkan sesuatu yang sudah dirancang oleh seseorang. Ada orang mahu mengancam keluarga ini dan aku harus memberitahunya.
"Bawa makanan ini balik. Aku tak ada selera," arah aku.
Kemudian aku mula berdiri dan berjalan menuju ke ruang kerja ayah aku. Pintu diketuk sebelum aku membuka pintu tersebut.
Masuk sahaja aku, aku dapat melihat ayah sedang duduk di mejanya sambil menulis sesuatu di atas kertas. Keadaan dia kelihatan sungguh serabut dengan rambut yang tidak teratur dan juga mata yang mempunyai kantung hitam.
"Ayah," panggil aku.
Tangan lelaki itu terhenti lalu dia mengangkat kepalanya melihat aku.
"Ryzel..." perlahan suaranya memanggil aku.
Kaki aku berjalan mendekati dia.
"Ada sesuatu yang ingin saya katakan."
"Ryzel sekarang bukan masa yang sesuai. Lebih baik kamu-"
YOU ARE READING
Servant of Evil
FantasyAku tak percayakan keadilan di dunia ini. Ibu bapa aku dibunuh dengan kejam namun pembunuh tersebut terlepas begitu sahaja apabila ditangkap. Keadilan yang sepatutnya aku dapat tidak dicapai olehku. Aku mahukan keadilan, namun disebabkan manusia it...