cp 68

70 9 0
                                    

Seorang lelaki dengan berhati-hatinya membalut luka yang terdapat di tangannya sekarang. Luka bakar itu kelihatan sungguh teruk sehingga membuat kulitnya menjadi hitam.

Bukan itu sahaja, tubuhnya juga terdapat banyak luka lain yang tidak dapat sembuh dalam masa yang terdekat ini walaupun telah menggunakan sihir penyembuh.

Mungkin semua itu kerana luka yang dia dapat adalah datang daripada sihir yang kuat. Jujur baginya, itu adalah kali pertama dia merasakan luka yang begitu parah.

Sebelum ini dia pernah merasakan luka daripada sihir namun kali ini bukan sihir biasa. Luka tersebut kelihatan lebih teruk dengan sihir yang diberikan oleh orang itu.

Ianya seperti itu bukan sihir biasa. Mana mungkin sihir biasa boleh menyebabkan kesakitan yang sebegitu sekali.

Tok! Tok!

Pintu bilik itu diketuk seseorang.

"Masuk."

Beberapa saat kemudian, pintu itu dibuka dan kelihatan rakannya yang hadir.

"Kau masih rawat luka kau ke?" Soal rakannya sambil berjalan mendekatinya.

Dia tidak menjawab dan hanya mengangguk kepala sambil tangannya sibuk menyapu ubat di lukanya.

"Kau sudah dengar ke yang budak tu akan jadi komander baru kita," ujar rakannya tadi.

Tangan lelaki itu terhenti seketika. Dia sudah mendengar khabar angin itu. Malah dia tahu semua itu akan jadi.

Dan itulah yang membuat dia kesukaran sekarang. Adanya Aries sebagai komander membuat kerjanya semakin sukar kerana Aries tidak sama seperti Calen.

Aries seorang yang misteri dan susah untuk memperdayakan lelaki itu dan itu berbeza dengan Calen yang sangat mudah diperdaya.

Jadi apabila Aries menjadi komander bermakna dia harus melakukan kerjanya dengan lebih hati-hati kalau tidak mahu tertangkap kerana setiap gerakan dia mungkin diperhatikan oleh Aries.

Dan sekiranya dia tertangkap, itu akan menjadi lebih teruk. Apatah lagi dia sudah berhadapan dengan Aries yang menyebabkan dia mendapat luka begitu.

Awal rancangan dia adalah untuk menyelamat komander Argena sahaja tetapi dia tidak menyangka akan bersemuka dengan Aries. Di sebabkan hal itu rahsianya keberadaannya sebagai perisik hampir terbongkar. Nasib sahaja tidak.

"Aku tak fahamlah bagaimana rakyat biasa macam dia boleh dapat jawatan itu sedangkan kita yang datang dari keluarga bangsawan tidak dapat," balasnya.

"Itu lah, aku rasa dia dapat jawatan tu sebab putera mahkota itu. Kau tahukan dia rapat dengan putera mahkota, bahkan dia juga rapat dengan para komander yang lain. Jadi tak pelik lah kalau dia yang terpilih jadi komander baru kita," rakannya menambah.

Mendengar hal itu sahaja sudah membuatnya sakit hati. Jawatan itu sepatutnya menjadi miliknya selepas Calen mati. Tetapi kenapa diberikan kepada Aries?

Dia datang dari keluarga bangsawan, belajar di akademi sihir negara, malah dia juga penyihir yang diterima oleh menara sihir. Tetapi kenapa Aries yang tidak tahu asal usul sebenar dan hanya berbekalkan pelajar Draven boleh mendapat jawatan itu dengan begitu mudah.

Sedangnya dirinya berusaha selama ini juga tidak mendapat jawatan itu. Memang rasa bencinya pada Aries kali ini semakin membuak.

"Tapi sekarang, walaupun kau tak suka dia, kau tetap harus terima dia. Kau tak boleh pertikaikan dia lagi sebab putera mahkota sentiasa berada di sisi dia untuk pertahankan dia," tambah rakannya.

Itulah yang membuat kerjanya semakin sukar. Adanya putera mahkota sebagai penyokong utama Aries membuat dia sukar untuk mempertikaikan Aries.

Kalau dia cuba lakukan sekalipun mesti putera mahkota itu akan pertahankan Aries malah membalas kembali apa yang telah dia lakukan.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now