cp 34

69 10 0
                                    

Bab!

Meja tersebut di hentak kuat oleh lelaki itu. Matanya menunjukkan pandangan yang sungguh marah serta hatinya sedang panas mendengar laporan yang dikatakan oleh tenteranya tadi.

Sungguh dia terkejut mendengar laporan mengatakan bahawa tentera Argena telah berundur dari pertarungan yang berlaku pagi tadi dan yang membuat dia marah adalah pasukan dia kalah teruk dengan tentera Evosthil.

Bagaimana boleh jadi begini?

Tentera Argena jauh lebih banyak namun mereka kalah dengan tentera Evosthil itu. Daripada laporan yang dikatakan tadi, apabila tentera dia cuba melalui laluan di pergunungan tersebut, terjadi satu letupan yang membunuh serta mencedera banyak tentera.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga diserang hendap oleh tentera Evostil yang datang secara tiba. Awalnya rancangan Argena adalah bergerak senyap untuk menyerang markas tentera Evosthil tetapi secara semuanya telah berubah apabila Evosthil dahulu yang mulakan pertarungan itu.

Tentera Argena telah kalah dan berundur kembali. Malah dia mendapat laporan daripada perisik mereka di saja bahawa Evostil telah menghantar beberapa tentera di pembatasan Delcan pada malam tadi.

Itu bermakna pasukan tentera Argena yang bergerak ke sana akan menghadapi kesukaran akibat bertambah kekuatan di pembatasan itu.

Memang gagak teruk rancangan dia untuk menyekat pergerakan tentara Evosthil tersebut.

"Aku terlalu memandang remeh budak tu. Dia tahu rancangan kita dari awal dan sekarang dia pula cuba menyekat pergerakan kita," ujar Caze geram.

Kalau dulu dialah pemain catur atas medan perang ini tetapi sekarang kuasa caturnya telah berpindah ke tangan Dekis. Lelaki itu mampu merampas kekuasaannya dalam medan perang ini dan kalau terus begini, Dekis mungkin akan mengusai sepenuhnya permainan ini.

"Apa yang patut kita lakukan sekarang? Tentera kita yang menuju ke sana tidak mungkin dapat melawan balik," soal rakannya.

Caze terdiam sejenak memikirkan hal tersebut. Tentera yang ada di sana tinggal di sana sudah sedikit, kalau dia teruskan rancangan asal itu mereka semua akan terbunuh. Dia tidak boleh biarkan mereka mati atau tentera Argena akan semakin berkurangan. Tetapi dia mesti menyekat pergerakan Evosthil di pergunungan itu.

"Kalau kita tidak boleh penyekat mereka di sana, apa kata kita menyekat mereka daripada kawasan ini?" Tiba rakannya menunjuk satu kawasan kota yang terletak di bawah pergunungan itu sahaja.

Mata Caze melihat kawasan kota itu. Jalan masuk ke pergunungan itu mesti melalui kota kecil ini dahulu dan memang tiada jalan lain. Seingat dia kota itu hanyalah kota kecil sahaja tetapi di sana terdapat banyak sumber bahan mentah yang mudah diperolehi. Malah terdapat dua tasik yang menjadi sumber air kepada penduduk sana.

Bukankah itu satu kawasan yang baik untuk mereka dapatkan bekalan makanan untuk tentera mereka. Dan kalau mereka kuasai kawasan itu, mereka dapat menyekat pergerakan tentera Evosthil kerana Evosthil mesti melawan mereka untuk melalui pergi ke tempat lain.

"Ini kawasan yang bagus untuk kita besarkan jajahan kita. Tapi kita tidak dapat arahkan tentera kita ke sana dengan mudah. Mereka perlukan petunjuk."

"Kalau begitu, biar aku jadi komander dalam operasi ini," rakannya tadi mencadangkan diri sendiri.

"Kau nak pergi? Kau pasti ke?"

"Ya, aku juga nak lihat bagaimana putera mahkota tu jadi komander perang," balasnya sambil tersenyum.

Sebenarnya dia masih ragu dengan kenyataan bahawa budak mentah itu boleh kalahkan tentera mereka. Dia tidak akan percaya selain dia melihat dengan mata sendiri.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now