cp 53

58 11 0
                                    

Hush...

Aku meniup angin dari mulut aku sehingga mengeluarkan kabus kecil berwarna putih. Dapat aku rasakan kesejukan udara pagi ini sambil mata aku melihat ke arah cahaya matahari yang baru sahaja muncul itu. Disebabkan hari ini aku ada misi, jadi aku terpaksa bangun lebih awal daripada biasa agar aku dapat sampai ke sini dengan lebih cepat.

Aku di mana? 

Sudah semestinya aku berada di kediaman pembesar kota ini. Misi hari ini adalah untuk pergi memeriksa laluan rahsia yang dikatakan ada di bawah tanah rumah tersebut. 

Aku tidak tahu bagaimana rupa laluan itu namun Dekis berkata bahawa laluan itu cukup panjang dan besar tetapi dia tidak tahu bagaimana keadaannya. Jadi sebab itu kenapa hari ini aku bersama beberapa orang lain akan pergi memeriksa tempat itu.

"Semua sudah tiba ke?" Kedengan suara Dekis bertanya.

Aku menoleh ke belakang dan melihat Dekis tiba bersama Noah di sampingnya. Manakala aku dan ahli kumpulan aku sudah tiba awal. Bukan awal malah terlebih awal. 

Aku tidak tahu kenapa ahli kumpulan aku ini terlalu bersemangat untuk pergi sehingga mereka sudah berdiri menunggu aku di hadapan rumah pengipan pada awal pagi lagi. Matahari pun belum naik tapi mereka sudah sedia seakan matahari sudah berada tegak di atas kepala.

"Sebelum beta katakan misi kita hari ini, beta ingin semua yang ada di sini untuk merahsiakan segala yang kamu lihat. Ini adalah misi rahsia dan hanya kita yang tahu. Kita tidak boleh biarkan musuh kita tahu rancangan kita."

Semua yang berada di situ mula menjawab dan mengerti arahan Dekis itu. Disebabkan dalam kalangan tentera Evosthil ini, ada seorang perisik, jadi Dekis mengambil jalan untuk tidak menghebohkan mengenai laluan tersebut.

Sekiranya perisik itu tahu akan rancangan ini, mesti tentera Evosthil akan dalam bahaya ketika melakukan penyerahan nanti.

"Kumpulan kita akan terbahagi kepada 4. Tentera akan dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan Cain, Noah dan Fero. Manakala para penyihir akan ikut beta dan Aries."

Setelah mendengar arahan pembahagi kumpulan itu, kami semua terus bergerak menuju ke pintu masuk laluan rahsia tersebut. Mengikut peta yang dijumpai dahulu, pintu itu berada di belakang rumah ini.

Kami bergerak menuju ke sana dan apabila kami melihat petanda yang merupakan sebuah batu, kami terus berhenti. Itu adalah pintu masuknya.

Dekis mengarahkan beberapa tentera untuk mengangkat batu tersebut dan serta merta aku dapat melihat ada satu lubang sederhana besar yang menuju ke bawah tanah. Tidak salah lagi ini adalah pintu masuk laluan itu.

Selepas batu tadi dipindahkan, kami semua terus memasuki lubang tersebut dan di tiba kami di dasarnya, kami tidak dapat melihat apa-apa kecuali kegelapan. Ini bertempat di bawah tanah jadi sudah semestinya ianya gelap.

Snap!

Aku memetik jari aku lalu muncul api yang terapung di hadapan kami untuk menerangkan laluan kami. Untungnya Dekis sudah mengarahkan beberapa orang untuk membawa obor. Kalau tidak mesti mereka akan berjalan dalam kegelapan.

"Di hadapan kita akan ada 4 laluan, jadi setiap pasukan boleh masuk salah satu laluan itu. Sekiranya sudah jumpa penghujung lalaun, kembali ke markas semua dan buat laporan. Pastikan semua laluan selamat dan jangan biarkan sesiapa tahu kehadiran kamu semua."

"Baik, tuanku!"

Selesai sahaja arahan tadi, setiap pasukan mula berjalan menuju ke laluan masing-masing. Begitu juga dengan kumpulan aku, kami semua berjalan masuk ke lorong ke-4.

Selama aku melalui laluan itu, aku dapat lihat keadaan lorongnya yang kelihatan agak baik dan hanya ada sedikit merosakkan. Tetapi itu masih boleh di baiki.

Servant of EvilWhere stories live. Discover now